Iye,BD akui sdh lama tdk menjengah ruang blog nie lantaran tugas mengupdate hanya seminggu sekali-Saturday..:p
Malam ini hati BD tergerak utk menulis tentang Guru..Iye,mungkin sebabnya esok merupakan 16 Mei yg saban tahunnya dirai_Selamat Hari Guru 2011.Tetapi,itu bukan lar semata-mata sebab wujudnya entry ini kerana Bd sendiri merasa kedudukan seseorang yg bernama pendidik itu terlalu dekat di hati.Terlalu sukar utk dilupakan,dan mungkin sampai nafas terakhir jasanya akan dikenang.Sampai kapan pun :)
Tanpa mu,guru mana mungkin aku mampu melangkah sejauh ini,mana mungkin aku hadapi semua ini jika bukan kerana asuhan,didikan mu..Penat lelah mu membuatkan aku berfikir betapa payahnya mendidik anak-anak murid yg kerenahnya pelbagai..Jika engkau kata A,jawabya B..Jika engkau katakan 2+2=4,jawabnya pulak 3..Memang itulah namanya murid yg terlalu ingin tahu akan jawapan,maka sememangnya tugas seorag pendidik yg perlu memberi jawapan yg sebetulnya,setepatnya,dan yg paling sahih jawapannya..Bukan B,tapi A.Bukan 3,tapi 4..
-Sekolah Rendah-
Kadang - kala bila diimbau kembali zaman persekolah yg tarafnya sekolah rendah terasa lucu pulak..Masakan tidak tika itu usia masih mentah,masih setahun jagung yg baru cuba belajar tentang ilmu..
Masa itu jangan kata nak mengira membaca pun belum tentu pandai..Maka,tika itu punyalah penat para cikgu Sekolah Kebangsaan Alor Peroi memberi tunjuk ajar tanpa jemu sehingga BD mampu nenganyam huruf-huruf menjadi bait-bait ayat..mampu menulis karangan Bahasa Melayu dgn jayanya..kekeke:p Urmmmmmm..karangan BI pulak masa itu masih lg tunggang melintang..bagai ular kena patuk..Hahahahaha..
Alhamdulillah,berkat didik para cikgu membuatkan BD mampu mengharungi Ujian Penilaian Sekolah Rendah aka nama glamor yg terlalu famous UPSR..
.: Terima kasih cikgu-cikgu SKAP tahun 1998-2004:.
-Sekolah Menengah-
BD bangga dan terlalu bangga kerana mempunyai dua buah sekolah menengah dalam menuntut ilmu..Iye,serius..BD bangga kerna pernah menjadi warganegara,rakyat kpd SMU(A) Nurul Falah dan terakhirnya berhijrah ke Maahad Saniah,Pasir Puteh Kelantan Darul Naim..
Menjejak serta melangkah kaki ke alam persekolah menengah tentunya terlalu luar biasa bezanya.Kenapa? Kerana,ketika saat itu kita pelu mencari kenalan,kawan serta sahabat lantaran perpisahan dgn kawan-kawan sekolah dahulu..Memang masa itu tidak bercakap antara satu sama lain merupakan pilihan bijak lagi cerdik ekoran sifat malu utk menambah kawan.Percayalah,memiliki seramai kwan mungkin lebih baik utk diri kita daripada memiliki seorang musuh dalam selimut..huhuh..Sifat malu inilah yg membuatkan BD kekok utk memulakan sesuatu percakaan mahupun perbualan.Namun,alang - alang menimba ilmu biarlah sampai ke hujunhnya..alang-alang menyelam biarlah sepenuhnya..BD mula bertindak mencari kawan-kawan yg ingin berkawan,memulakan persahabatan baru dlm masa yg sama tdk melupakan persahabatan terdahulu..
Wah,jauhnya menulis sehingga terbabas dari tajuk asal..Hahahaha..Berbalik kpd itu,tentu sukatan mata pelajaran juga terlalu asing utk diterokai.Maka,saat serta waktu itu paling penting utk kita adalah insan yg bernama Guru..Jangan kata guru itu tdk penting utk kamu..Jangan sesekali kamu sanggup berkata sedemikian rupa sementelah kini kamu pandai membaca,bijak matematik,petah bercoral speaking.Jangan!! Kerna pokoknya cikgulah,gurulah,pendidiklah yg membuat kita cerdik dlm segala cabang ilmu.
Masa berada dlm tingkatan 1-3,4-5..banyak jasa,pengorbananyg telah dilakukan utk BD,utk kita semua selaku anak didik..
Tanpa mereka,mana mungkin kita tahu bumi ini bentuknya sfera,metaforanya begini bukan begitu sis,matematik ini jika ditambah kuasa dua jawapannya ini dan sebagainya..Sekali lagi alhamdulillah BD mampu mengharungi onak duri zaman menengah berkat asuhan,didikan dan tunjuk ajar para guru..
.: Terima kasih Sifu-sifu 2 buah sekolah ku 2005-2009:.
Dikesempatan ini izinkan penulis merakam ribuan,jutaaan kemaafan andai dulu sepanjang daku menuntut ilmu byk khilaf ,silap dan dosa telah aku lakukan sama ada sengaja,yerlebih sengaja atau tidak sengaja..Ku pihon kemaafan dari jauh..Juga,diruang yg terbatas lagi terhad ini penulis ingin malah lagi ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU 2011 utk SEMUA GURU seluruh Malaysia.
- GURU ENGKAU ILHAM KU-
Guru..
Jiwa dan hati mu begitu tulus murni memberi tunjuk ajar kpd kami..
tidak jemu malahan tidak penat melayan pelbagai celoteh kami..
dan tidak pula diri mu menterjemah kemarahan itu kpd kami..
sebaliknya hati mu beku,keras utk berbuat demikian..
Diri mu bagaikan lilin yg sanggup menerangi malam buta kami..
diri mu bagaikan jalan yg lurus utk diterokai kami..
dan...
diri mu bagaikan cahaya bulan yg setiap detik dinantikan kami..
Aku mengerti,kami lebih mengerti....
jasamu tdk akn terbalas malah langsung TDK akn terbalas oleh kami..
kerna diri mu selalu,sentiasa mendidik tanpa keluhan jemu dan penat,
tanpa mengira masa,tenaga dan kudrat yg telah dihabiskan utk kami,utk melahirkan generasi perwaris negara..
Kalungan terima kasih utk mu,wahai guru..
-Guru Penjana Tranformasi Pendidikan negara-
Secangkir cebisan: Walau siapa pun kamu pd hari ini,ingatlah kamu mampu berdiri pd detik ini kerana hasil didikan insan yg berma GURU..Seraya itu,hargailah,sayangilah guru kamu seadaanya..Kenangilah jasa-jasa mereka lantaran kita sedar jasa dan budi mereka tdk akn terbalas sampai kapan pun..

