Salam sejahtera. Hai, kembali lagi saya di sini dengan entri baru.
Entah
menarik atau tidak. Yang pasti inilah entri saya. Haha..
Merdeka
Asasi, kenapa, why, limaza???.. Beginilah.. Pada umur yang hampir menjangkau 20
tahun apa yang anda harapkan untuk diri sendiri? Bagi saya, tamat pelajaran di
university, kerja dan berumah tangga. Arghh…itu cuma angan-angan Minah Jenin
jer. Tak kan tercapai andai 4 tahun lagi berada di university. L Urm…
Perkara
kedua yang saya risaukan selepas result SPM 2009 adalah keputusan UPU. Dengan
sedikit kecacatan pada result tersebt membuatkan saya sedikit takut. Takut
tidak mendapat tempat di university.
Alhamdulilah,
hikmah dan rezeki ALLAH ada di mana-mana. Gadis Besut ini Berjaya menempatkan
diri di Pusat Matrikulasi, UIAM atau lebih
glamor lagi Centre for Foundation Studies, IIUM. Course? Saya dapat Islamic Revealed Knowledge and
Heritage atau singkatannya IRK. Ia menjurus kepada pengajian Islam.
Tempoh? Secara asasnya course ini
memakan masa dua tahun. Paling singkat setahun bagi yang betul-betul expert
dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Dan saya..dua tahun diambil untuk
menamatkan pelajaran di matrikulasi. Haha.. Bahasa pengantara? Medium bahasa
yang digunakan bagi course ini adalah Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris bagi
sesetengah subject.
Pada awal
bulan 5 tahun ini saya telah menamatkan pengajian saya dengan bermacam aneka
rasa. Rasa sedih apabila mendapat markah paling tercorot di dalam kelas dan
rasa gembira apabila mendapat yang sebaliknya. Itulah, perasaan!! J
Untuk
program ijazah pada bulan 9 nanti saya telah memohon untuk mengambil major
dalam Fiqh dan Usul-Fiqh.
Keputusan nanti akan diumumkan pada 13 Julai ini. J Selain itu, saya juga telah mengisi
ruang kosong bagi Bachelor of Education Intake 2012/2013 dalam jurusan Bahasa
Arab. J
Pada awalnya, saya cuma sekadar isi. Kalau dapat, dapatlah. Kalau tak, tidaklah
memandangkan prosesnya agak sulit. Tak lebih dari itu. Namun tiada siapa dapat
menolak perancangan dari-Nya. Alhamdulillah, saya daripada golongan yang
terpilih untuk mengambil ujian MEdSI pada 3 Julai ini di UIAM, Gombak. Wish me
all the best. J
2 tahun
sudah terlalu ‘sekejap’ dirasakan apatah lagi 4 tahun bakal menyusul. Dalam
tempoh itu kadang-kadang takut diuji dengan kegagalan subject lantas
mengulanginya. Tidak! Alhamdulillah, sepanjang waktu itu cuma sekali sahaja me’repeat’ subject Bahasa Inggeris
level 5. J Ujian dari ALLAH. CGPA yang tidak
seberapa sudah cukup bagi menyebut kalimah merdeka. Merdeka Asasi!!!
Inilah
kisah saya dalam The Secret Life of BD.
P/S : 1) Telah mendapat major yg dikehendaki.
2) Sedang menunggu keputusan interview utk batch Education intake 2012/2013. :)
May ALLAH bless you all ^__^