5.8.12

Entri Lewat Sebulan


************


***********


Salam sejahtera. Hai, kembali lagi saya di sini dengan entri baru.
Entah menarik atau tidak. Yang pasti inilah entri saya. Haha..

Merdeka Asasi, kenapa, why, limaza???.. Beginilah.. Pada umur yang hampir menjangkau 20 tahun apa yang anda harapkan untuk diri sendiri? Bagi saya, tamat pelajaran di university, kerja dan berumah tangga. Arghh…itu cuma angan-angan Minah Jenin jer. Tak kan tercapai andai 4 tahun lagi berada di university. L Urm…

Baiklah…

Perkara kedua yang saya risaukan selepas result SPM 2009 adalah keputusan UPU. Dengan sedikit kecacatan pada result tersebt membuatkan saya sedikit takut. Takut tidak mendapat tempat di university.

Tetapi…

Alhamdulilah, hikmah dan rezeki ALLAH ada di mana-mana. Gadis Besut ini Berjaya menempatkan diri di  Pusat Matrikulasi, UIAM atau lebih glamor lagi Centre for Foundation Studies, IIUM. Course?  Saya dapat Islamic Revealed Knowledge and Heritage atau singkatannya IRK. Ia menjurus kepada pengajian Islam. Tempoh?  Secara asasnya course ini memakan masa dua tahun. Paling singkat setahun bagi yang betul-betul expert dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Dan saya..dua tahun diambil untuk menamatkan pelajaran di matrikulasi. Haha.. Bahasa pengantara? Medium bahasa yang digunakan bagi course ini adalah Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris bagi sesetengah subject.

Sekarang…

Pada awal bulan 5 tahun ini saya telah menamatkan pengajian saya dengan bermacam aneka rasa. Rasa sedih apabila mendapat markah paling tercorot di dalam kelas dan rasa gembira apabila mendapat yang sebaliknya. Itulah, perasaan!! J

Untuk program ijazah pada bulan 9 nanti saya telah memohon untuk mengambil major dalam Fiqh dan Usul-Fiqh.  Keputusan nanti akan diumumkan pada 13 Julai ini. J Selain itu, saya juga telah mengisi ruang kosong bagi Bachelor of Education Intake 2012/2013 dalam jurusan Bahasa Arab. J Pada awalnya, saya cuma sekadar isi.  Kalau dapat, dapatlah. Kalau tak, tidaklah memandangkan prosesnya agak sulit. Tak lebih dari itu. Namun tiada siapa dapat menolak perancangan dari-Nya. Alhamdulillah, saya daripada golongan yang terpilih untuk mengambil ujian MEdSI pada 3 Julai ini di UIAM, Gombak. Wish me all the best. J

Kesimpulan…

2 tahun sudah terlalu ‘sekejap’ dirasakan apatah lagi 4 tahun bakal menyusul. Dalam tempoh itu kadang-kadang takut diuji dengan kegagalan subject lantas mengulanginya. Tidak! Alhamdulillah, sepanjang waktu itu cuma sekali  sahaja me’repeat’ subject Bahasa Inggeris level  5. J Ujian dari ALLAH. CGPA yang tidak seberapa sudah cukup bagi menyebut kalimah merdeka. Merdeka Asasi!!!
Inilah kisah saya dalam The Secret Life of BD.

P/S :  1) Telah mendapat major yg dikehendaki.
         2) Sedang menunggu keputusan interview utk batch Education intake 2012/2013. :)

Ramadhan Kareem ^^
May ALLAH bless you all ^__^

No comments:

Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....