20.6.24

Sometimes, it is just why

Setiap kali aku dilanda ujian, aku fikir cuma aku yang paling malang dalam sejuta.

Tanpa aku sedar sebenarnya ianya cuma kecil berbanding yang lain.

Bila aku amati semua ini, Tuhan menguji apa itu sabar sebenarnya. Cuma kadang, it is just why. Why me?

Aku, kalau orang tu aku anggap penting segenap alam aku akan angkat call. Tu aku. Walaupun ada jer aku tekan butang merah banyak kali.

Bila Ain call hari tu aku angkat. Dia kata ada cerita penting nak beritahu. Dia ajak jumpa malam. Aku mulu mula tu macam malas betul nak jumpa. Sebab esok tu rabu, dah sekolah. Cuti hari raya haji kan. Tapi Ain kata urgent. Nak jumpa. Jadi, aku macam hurm okay. Proceed.

Dalam otak aku mulalah terbayang apa benda dia nak beritahu aku sebenarnya. Sebab kalau dia ajak jumpa nak beritahu something yang betul-betul deep memang dia akan ajak jumpa. Tu pesen dia.

Malam tu, lepas maghrib dia sampai. Dalam kereta. Aku dah tak sabar. Tapi dia buka topik pasal cikgu sekolah dia yang tak puas hati tu. Aku macam takkan nie jer weh. 

Borak punya borak, sampai dekat cafe. Richiamo kat Sentul Point. Tak ramai orang kat situ. 

Ain pun macam take a deep breath, nak cerita.

Aku sebenarnya nak tulis pun tak sanggup sebab aku pun teringat apa yang dia cerita malam tu. Aku tak pernah nangis dengar cerita orang selama nie. Tapi, aku tewas malam tu. In denial, but reality it was hurt. Really hurt. Ain lagi lah. Aku tak tahu macam mana dia nak hadap benda nie. Aku rasa macam useless betul. Tak tahu nak buat apa.

Malam sebelum kejadian, Ain tidur rumah Atia. Sebab nak teman Atia, bagi Atia semangat sebab nak exam untuk sem akhir semua. Esok pagi Ain hantar Atia ke Monash. Lepas tu, dia terus balik rumah. Around pukul 6, 7 pagi begitu.

Sumpah, bila sampai part nie mulut aku ternganga, air mata aku jatuh. Sakit.

Ain buka pintu rumah, tengok ruang tamu semua bersepah. Macam kenapa begitu. Ain intai bilik Azm. Tengok pintu terbuka. Dia pun pergi tengok.

Boooomm!!!! What kind of view is that.

Ain tengok Azm dan Srh atas katil. Ain tengok Srh, Srh tengok Ain. Baju semua tak ada. Jadi, fahamlah Ain.

Kalau aku dah mengamuk gila, benda kau buat dekat rumah aku nie kan.

Aku pun tak imagine benda nie. Aku sendiri jadi takut. Jauhkan keluarga aku, adik aku Muhammad, anak-anak sedara aku dari buat benda terkutuk, dosa besar nie.

Seharian Ain nangis lepas kejadian tu. She has no body to tell. Atia tu jelah. Clueless. Tak tahu nak buat apa. 

Aku saksi Ain buat macam macam dekat rumah tu, beli macam macam nak bagi Azm selesa dekat situ, beli katil semua, sewa pun tak minta. Aku jadi geram pula.

Aku tak boleh imagine benda yang Ain kena lalui. Dia nampak. Dia saksi.

Aku kata pusing tang mana pun, kena beritahu mak dia. Lepas tu apa yang nak berlaku hadap dengan tenang.

Ain sedih, aku pun sedih. Ain sakit, aku pun sakit.

Walau kadang aku pun ada geram juga dengan Ain, tapi aku tak boleh tengok dia dalam keadaan macam nie. 

Semoga Allah lorong jalan yang terbaik, ringkankan beban yang Ain pikul. Permudahkan.

You have me. You have my shoulder.

9.6.24

Harga Sebuah Masa Depan

 Dia ibarat macam kau jatuh terduduk. Clueless dan nak telan berita tu. 

Al-kisahnya, baru baru nie result SPM diumumkan. Excited dan teruja nak tahu gred purata dapat berapa, ada yang gagal ke dan lain lain. Takut, teruja, berdebar semua ada. Bersatu dalam rasa yang tidak dapat digambarkan.

Tapi, bila dah tahu keputusan berapa semua, dia macam. Eh, kenapa begitu sekali. Teruk sangat. Kenapa boleh berlaku macam tu.

Can you imagine, calon ada 73 orang plus minus calon luar 74 orang. Total yang dapat A cuma 5 orang, Tu pun A-. Dalam ramai-ramai tu cuma 5 orang. Kenapa boleh jadi begitu? Aku mengajar teruk sangat ke, aku sibuk sangat dengan urusan luar ke, aku tak bagi fokus lebih ke dan macam macam aku fikir. Nak terima dan nak telan benda tu. Dalam fikiran aku cuma satu waktu tu, tak apa. Kita terima sahaja, Kalau kena panggil ke apa, kita pergi dan hadap. Kita comeback stronger. Jadi, lena dan makan aku masih sama seperti biasa. Esok, aku lalui hari tersebut sama juga seperti biasa. Perlahan-lahan aku menerima apa yang ditakdirkan. Ya, aku akan cuba lakukan yang terbaik untuk batch tahun ini. Itu azam yang aku semai.

Tapi, siapa kita. Takdir yang berubah, mengubah semuanya dalam sekelip mata.

Aku jadi kelu lidah buat kali kedua. 

RESULT UTQH SALAH KEY IN. Sebab tu yang dapat A tu boleh jadi ciput jumlahnya. Macam mana tahu? Sebab ada murid yang recheck dan Lembaga Peperiksaan dapat detect. Jadi, kena buat bayaran untuk recheck semua calon, jumlah RM2220 bagi 74 calon. Satu kepala RM30, gila besar jumlah tu. Dalam kepala aku bercanak-canak memikirkan siapa yang kena bayar jumlah tersebut. Buat sementara waktu, SU Peperiksaan Kak Liana yang bayar dulu. Okay, fine. Aku dah tarik nafas lega, mula ada bayangan yang gred purata akan berubah. And yes, I'm smiling from the inside.

Aku malas nak fikir panjang. Aku hidup dalam bayangan.

Beberapa hari kemudian, selepas hasil perbincangan antara Kak Mah, Kak Liana, Kak Juley dan Puan Rozila petang tu... Kak Mah datang ke surau. Masa tu ngam ngam habis latihan sukantara, 5 Jun 2024. 

Aku mengharapkan jawapan yang melegakan jiwa sebenarnya. Tapi, harapan aku musnah.

Aku clueless entah yang ke berapa kali. Berat untuk aku telan, hadam dan nak terima benda nie.

Kak Mah kata, kita dua yang kena bayar Rok. Jadi, jumlah tu kena bahagi dua. Sebab apa, sebab kita pentaksir Rok. Kak Mah kata lagi, mahalnya harga sebuah kejayaan. 

Air mata aku nak terkeluar, tapi tak dapat. Entah kenapa. Aku fikir banyak benda. Aku nak cari duit kat mana sebenarnya. Saving aku kosong. Aku hidup harap gaji bulanan saja, Benak fikiran aku melayang entah ke mana.

Aku cuma kena telah berita tu. Kak Mah kata kena transfer malam tu. Aku cuma nampak Muhammad. Aku mesej Muhammad, aku kata nak pinjam duit nak bayar recheck paper. Muhammad bagi tanpa banyak soal. Petang tu juga mesej dalam group Gegirls masuk bertubi. 

Sungguh, ujian ini untuk menguji siapa yang akan berada bersama ku. Aku tak tahu nak cerita macam mana. Aku cuma doa yang terbaik untuk mereka.

Ya, jika itu harga yang harus dibayar, maka aku tak nak menyusahkan sesiapa selagi boleh, Ambil tanggungjawab. Langsaikan.

Ini masa depan mereka. Hak yang sepatutnya mereka dapat. Seharusnya begitu. Semoga pengorbanan ini membuatkan mereka bercambah di masa depan. 

Aku? Ia cukup menginsfakan, 'ibrah yang tidak akan sesekali aku lupakan.

Kata Rabiatul, selama hampir 6 tahun senang lenang ini baru sekali Allah uji. Takkan nak berputus asa begitu. Kalau asyik fikirkan duit, sampai bila begitu.

Kalau Allah rezekikan, dalam sekelip mata wang tu kita boleh dapat semula. 

Masa depan mereka, bermula dengan keputusan SPM mereka.

Aku tutup rapat rapat sejarah ini. Aku cuma nak move forward, and power through semua hal ini.

Doakan aku.

Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....