6.11.12

Kenapa dia..

************
Minda gagal berfungsi secara normal, tangan pula kebas untuk menaip lantaran terlalu lama membiarkan blog kosong tanpa huruf. Sebarang kesulitan teramatlah dikesali. I apologize for that. So sorry to my followers who’re waiting my update. Agaklah kan.. ^^

Terus lagi terang..serius aku tak pandai nak bahagikan masa 24 jam secara bijaknya.. Errr..

Al-kisah..

Aku telah membuat satu perubahan langkah yang cukup besar dalam hidup iaitu menukar kursus pengajian  di university. Sebelum ini, di peringkat asasi aku mengambil jurusan pengajian Islam atau lebih glamor lagi sebagai Islamic Revealed Knowledge and Heritage ( IRK ). Tetapi, untuk peringkat ijazah, aku mengambil jurusan pengajian yang menjurus kepada bidang pendidikan atau perguruan. Major aku? Urm..masih lagi, masih juga mengunakan bahasa arab sebagai bahasa utama. Teaching Arabic as Second Language ( TAASL ) is my major. Satu pertaruhan dalam menghadapi karenah cabaran yang mendatang. J
 Satu soalan yang sering dilontarkan tatkala major menjadi tema perbualan.

Kenapa SRA ambil TAASL?

Jawapanya… Naluri hati berkata entah. Begitulah. Arghh..itu jawapan budak mentah!

Jujur aku katakan aku suka mempelajari bahasa arab. Suka untuk mendalaminya ke akar umbi. Suka untuk menggunakannya sebagai bahasa percakapan harian. Suka!!!! Itu yang pertama.
Yang kedua, aku merasakan cabaran menjadi guru pada masa kini terlalu mencabar keupayaan diri. Murid-murid perlu diberikan penekanan dari segala aspek secara menyeluruh. Untuk itu, mereka memerlukan guru yang mampu, berdaya saing dan optimis untuk mendidik. Iya, professional sebagai guru sudah kian terhakis kerana guru juga yang sudi menconteng arang di muka sendiri. Ini pendapat aku semata-mata dari hasil pemerhatian dan bacaan ilmiah. Ia tidak ditujukan kepada sesiapa. Pendapat sekadar pendapat! Oleh itu, aku meng’angkat’kan diri untuk menjadi seorang guru yang bertauliah, bukan sekadar pegang kapur dan mengajar. It’s not my concept! I want to be more than a teacher.
Ketiga,aku bukan dipaksa atau terasang oleh persekitaran keluarga yang satu duanya bekerja sebagai pendidik. Cuma aku terasa dan merasa keadaan di mana kita sebagai murid terpinggir dan deskriminasikan. Kredit untuk drama Korea yang berjaya merangsang langkah ku untuk menjejakkan kaki ke Institute of Education,IIUM iaitu Master of Study atau God of Study. The drama is really awesome. Serius! Aku tak nak bercerita panjang mengenainya. Tengok dan hayatilah drama tersebut. Sekian!
Keempat, aku suka bercakap tanpa tahu di mana mula dan di mana noktah. Haha. Logik ke?? Kau rasa?? Lidah ku dan segala nikmat dari Allah aku ingin gunakannya di jalan yang menuju kepadaNya jua. Lidah ku untuk berbicara sesuatu yang berguna untuk disampaikan kepada yang mahu mendengar dan untuk dimanfaatkan. Sesuatu yang ingin aku sumbangkan untuk masyarakat, untuk bakal generasi yang akan datang. Moga diizinkan olenNya. Amin.

Panjang lagi untuk aku nukilkan, Tapi, setakat itu sudah memadai. Haha.

Alhamdulillah, itu pilihan yang tepat untukku. May ALLAH bless me. Amin. Aku belajar banyak perkara. 

Bukan senang untuk menjadi pendidik jika kita sendiri tidak terdidik. ^^

May ALLAH SWT bless us and selawat to our beloved Prophet Muhammad SAW.


Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....