11.8.22

It was tough, literally...

I don't know how to describe this feeling. 

It was so sudden. And just like one click, it became yours. Responsibility. 

I want to keep this as my memory, so here I am, writing it byte by byte. Who knows, ten years later or twenty years later, I will read it once again and my head blooms with memories.

9 Ogos 2022

Tengah duk kalut-kalut nak bincang dengan pengetua, Kak Liza pasal makanan untuk Kem Akidah tu, masa tulah dapat call. Sari tanya ada orang jabatan minta no telefon, nak tanya pasal Puteri Islam. Cuak juga. Kot dimintanya bukan-bukan. Sekali tu, ambil. Paling besar dimintanya.

Join perbarisan bawa bendera negeri masa Hari Kebangsaan nanti. Bunyi macam best kan, sebab rasa boleh masuk tv. Tak apalah, saya hint pengetua dulu. Sekali belum sempat hint pengetua, Puan Nafisah, timbalan dia dah call dulu. Huhu jelah. 

Pong pang pong pang, nak tolak tak boleh, serba salah. Pengetua pun rasa serba salah juga, sebab bulan Ogos nie berderet program nak buat. Rasa tak ada kaki tangan dah nie. Tak dang sejam eh, sampai terus dua pegawai dia, jabatan bakat murid. Terus kira jadi. Orang kata tak ada tunang eh, kahwin koboi terus nie. 9 Ogos kahwin, 10 Ogos esok tu terus honeymoon. Penat majlis pun tak hilang lagi. Gitulah kiasannya.

Balik rumah petang tu, kepala terus ting tong. Tak dapat nak hadam maklumat-maklumat yang diterima. Overthinking jadinya.

Kalut weh. Surat kebenaran nak kena settle hari tu juga, panggil budak-budak berkumpul lagi, malam tu cari orang yang tak cukup lagi. Macam-macam weh. Seriuslah, rasa macam boleh ke aku nie jadi ketua rombongan. Nak adjust duit lagi, urus vendor, nota minta, bawa budak pergi latihan, itu inilah.

After all difficulties and hustles, I'm thankful enough to have Kak Liza and Husna with me. Stronger together. 

Tak sempat nak beritahu Kak Sham, Kak Nun sepatah dua kata, face to face. Mampu blast dalam group gitu kata kena hantar pasukan Puteri Islam join perbarisan. Tak apalah, depa sibuk urus benda lain. Kan dah kata tadi bersusun kerja duk tunggu.

10 Ogos 2022

Kesian mereka. Aku korbankan diorang. Sorry guys. Aku pun turut terkorban sekali. Mujurlah ada Qistina duk teman. Dia join kawad suku jalan jer. Hari pertama aku seorang jer guru pengiring. Day one I can said it was indeed good and went well. Tak ada benda ribut berlaku. Garang kawad normal. Ada yang give up sorang. Tak apa.

11 Ogos 2022.

Hari ini ada teman. Ada Husna. Ada geng. Jadi tak sunyi sangat. Adalah sorang yang give up hari nie. Tanya semalam, tak nak give up. Nasib ada penganti. Dan hari ini, perlahan-lahan nampak sinar. Pokoknya, hari ini untuk hari ini kerjanya dan kerja esok untuk hari esok. Baru nyaman hidupnya. Sikit-sikit kita buat dan fikir.

Budak kawad gaya macam nak masuk bertanding. Siapa yang give up lepas nie, aku tak nak terima. Peluang bukan datang selalu. Kena rebut, tapi gitulah. Kena susah dahulu, baru senang kemudian.

Begitulah kehidupan.


Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....