27.6.12

Harapan ^^

************


Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua pengikut setia SB serta pembaca sekalian.

Saya akui agak lama untuk menerbitkan entri baru ekoran dari ketiadaan idea untuk menulis atau otak sudah malas untuk berfikir. Kadang-kadang tertanya mungkin juga kalian sudah merasa boring, bosan, lesu dengan gaya penulisan saya. Iya, saya tiada bakat dalam dunia penulisan, but I will try hard to make others love my writing, blog and me!

Haha. It’s not funny guys when you saw your blog zero of readers. Who am I? Nothing. Ok.. Saya tak nak merasa hiba, pilu kerana tujuan wujudnya blog ini bukan untuk mencari pengikut a.k.a follower, bukan untuk mencari kaki bodek, kaki ampu, tapi sekadar untuk melepaskan tekanan, kepenatan. Apa yang saya belajar blog merupakan catatan harian, diari harian. Jadi, tidak hairanlah semakin hari semakin ramai yang mula menyertai dunia blog ini. Betulkah saya?.

Blog ini tidaklah sesedap, selazat blog-blog lain. Punya informasi perlbagai, pandai berceloteh, bijak menawan, sesuai untuk dibaca, diikuti. Sedangkan.. Sedangkan blog ini tipis maklumat, kurang pandai berceloteh, kurang bijak menawan pula itu. Saya akui. Lantas, apa yang saya harus dilakukan? Melenyapkan diri?. Argggh, itu mustahil untuk dilakukan. Why? Because I’m a servant of Allah.
Oh..tidak, apa yang saya merapu ini?. Dulu, sebelum ini saya pernah kata akan melakukan perubahan untuk blog ini baik dari segi penulisan atau gaya penyampaian. Tapi??  Saya gagal. No, I’m not a failure!!
Seseorang berhak mendapatkan peluang kedua. Tidak, Allah sentiasa memberi saya, kamu, kita semua peluang. Antara sedar atau tidak.

Saya tidak ingin berjanji sakan, mengungkapkan kata kerna takut tidak tertunai, tercapai. Saya lemah! Because I’m weary.  Never give up, but keep trying.

Apa pun.. Apa pun saya berharap blog ini terus dikunjungi daripada bersarang usang. Saya cuba untuk membuatkan blog ini mendapat simpati mata-mata. Kakak saya kata, Tulis pendek-pendek. Jangan tulis panjang-panjang, sebab orang tak larat nak baca. Orang kurang rajin nak baca dek terlampau panjang karangannya. Ini bukan karangan BM masa zaman SPM! Dan entri saya kali ini memang panjang! Mungkin selepas ini saya akan memendekkan karangan, memenuhkan entri dengan gambar. Barangkali.

Sekian sudah saya merapu yang bukan-bukan. Apa yang baik dijadikan teladan, apa yang buruk dijadikan sempadan. May ALLAH bless you all in this world and Hereafter. (^-^)


12.6.12

M.A.L.A.S jadi R.A.J.I.N

Assalamualaikum wbt.

Yeah, alhamdulillah malam nie ada masa untuk update blog sikit. Haha.. Kejadah apa, aku free 24 jam! Hihi..

Pagi tadi aku pasang lar tv kat rumah tu..tekan TV1.. Apa yang ada? Haha.. Rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM). Memanglah, aku bangun awal hari ini. Urm, aku tak da lar tengok SPM sangat, sbb aku lebih prefer Malaysia Hari Ini (MHI).. ^^.. Tapi, apa yang aku tertarik, terpacak, terduduk kat situ disebab satu segmen ini. Segmen MOTIVASI. Haaaa..elok bebenor lar tu, sebab sekarang nie memang aku ketandusan motivasi. Aku pun tak tahu depa semua hilang entah ke mana. You know, motivaasi tu pulak tajuknya M.A.L.A.S. Aku ulang taip sekali lagi MALAS. Nie lagi satu, memang sebijik sepapan kena kat batang hidung aku. Await?? Apesal??? Sebab aku malas nak cari keja walaupun aku sibuk menganggur! Haha..

Kalau tak silap aku, motivator tu Encik Tengku Ismadi.. You kenal?? Alah, yang femes lagi glamor tu.. Hihi.. Apa yang aku dapat simpulkan kat sini..antara point yang aku dapat tangkap, lalu digoreng masuk dalam otak adalah..

M.A.L.A.S nie kena ada D.U.A rangsangan supaya jadi R.A.J.I.N...

1) Ganjaran atau imbuhan.

Biasalah, kalau kita nak buat sesuatu tu mestilah kena ada ganjaran, barulah ada semangat. Semangat untuk jadi rajin. Bila aku teliti balik memang betul pun. Contohnya apabila aku menyuruh adik bongsu aku p beli ais krim. Lebih kurang ginie lar..  

''Adik, gi belikan ais krim satu untuk kak''
''Malas!''...
''Gi jelah. Dekat jer pun. Basikal pun ada. Naik lar basikal tu.''..
''Urm..malas!''..
''Kalu adik gi kak bagi main game..''

Bila aku sebut main game terus jer p beli ais krim. Sedap!! Hilang haus, dahaga. You see..main game tu adalah ganjaran dari p kedai beli ais krim. Kemalasan tu terangsan dek wujudnya ganjaran atau imbuhan. 
^-^

2) Ancaman.

Ancaman nie ada dua sama ada baik atau buruk. You pilih jer antara dua tu. Tapi, aku lagi suka yang baik tu. Of cos lar kita kena jadi baik dulu baru orang baik dengan kita. Errr... Tak faham?? Ok, contohnya..

'' Ammar, buat homework tu. Ingat tak apa yang cikgu pesan di sekolah tadi?..''
'' Kejaplah. Nanti Ammar buatlah. Nak tengok Upin Ipin nie..''
'' Ammar, dengar sini.. Kalau Ammar tak nak buat homework tu jangan haraplah mama nak bayar bil astro nie.. Tak da sape lagi boleh tengok citer kartun, Upin Ipin lagi..''
'' Oklah. Baiklah..''

You see, ibu bapa zaman  sekarang nie perlu bersikap tegas sikit. Untuk kebaikan anak-anak juga. Huhu..
Ancaman tu bukan ancaman buruk tau, tapi baik. Of coslah, buat homework kan baik sebab itu tuntutan sebagai pelajar. Bila kasi ancaman sedikit seperti nak potong astro, wifi..anak-anak mesti paksa rela mengikuti arahan kita. Tapi, awas! Arahan tu mestilah diterima dek akal diorang. Orait??.. :) 

Kepada anda yang malas-malas tu termasuk empunya blog pudar nie rerajinkanlah diri. Sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Moga ia bermanfaat untuk kalian..^^

10.6.12

Kahwin Muda vs Kahwin Tua


Assalamualaikum wbt.. Salam sayang untuk semua. Hehehe.

Apa khabar?.. Sihat, baik kah kalian…??.. Apa pun kalian, walau di mana jua kalian berada aku doakan semoga kalian semua sentiasa dalam naungan rahman dan rahim-Nya. Amin.
Berbalik pada tajuk entry kali nie, aku nak berkongsi, nak bercerita tentang perihal perkahwinan. Menarik, bukan?? Keke.. Eceh, perasan diri tu mahir sangat dalam bab orang matang nie.. Haha.. Ada aku kisah? Monyet kat hutan pun tak kisah lar.. Dan ini umum untuk semua, terbuka kepada semua peringkat umur kecuali bebudak yang belum akil baligh lagi. Ada faham?? * Fahamilah kerana ia bukan sesuatu yang susah untuk difahami pun… Hihi..^^

Okay..aku pun tak nak mengulas panjang lebar kerana apa yang aku nak citer nie pun tentana apa yang aku rasa.. Aku olah resepi ulam jantung aku melalui apa yang aku baca, apa yang aku tonton dan apa yang aku rasa sendiri. Sebelum tu, tak terlewat lagi aku ucap sekalung tahniah kepada kawan seCFS, Cik Tiqa dan suami atas mahligai yang dibina baru-baru nie. Doa aku, semoga kalian tabah menghadapi cabaran hidup berumah dan bertangga. Kahwin pada usia muda nie bukan sesenang membuat karipat apatah lagi ia melibatkan dua jiwa. Bercintalah kalian dalam mencari cinta hakiki. Apa pun, sebagai kawan aku hanya dapat bagi sokongan luar…mengharapkan yang terbaik untuk kalian. Moga kalian bahagia Dunia Akhirat. Amin. You all boleh juga singgah di  http://syauqatulwardah-lavender.blogspot.com/.. (^__^)

Berikut nie pandangan aku… Keke..^^

Aku pun tak berapa nak reti kenapa boleh wujud istilah kahwin muda, kahwin tua, andartu, bujang terlajak dan sebagainya. Bagi aku, kahwin tu kahwinlah. Berkahwin mengikut apa yang Islam gariskan. Istilah kahwin muda itu wujud kerana kahwin pada usia muda..urm sekitar 18 gitu, dan kahwin tua pula sekitar 30. Dan aku mungkin dikatogerikan akan kahwin dalam kahwin pertengahan. Haha. Cina beng betui aku. Boyfriend pun tarak! Haha.

Apabila CINTA ditemui…

Orang kata itu cinta bila kita antara lelaki dan perempuan saling menyanyangi, saling memerlukan antara satu sama lain, berinduan siang bersilih malam sedangkan cinta punya pelbagai definisi! Zaman teknologi kini menjadikan segalanya mudah, namun payahnya jalan penyelesaian. Begitulah..apabila cinta ditemui, gunung berapi pun sanggup diredah. Apa yang penting cinta dapat bersatu. Perghhh.. Cinta sangat manis apabila ditemui, dijumpai dalam rahman dan rahim-Nya, mawaddah dan sakinah-Nya. Bila kalian menemui cinta dalam usia muda dalam erti kata berstatus pelajar..saran aku semailah ke jalan yang halal. Ikat si dara dengan ikatan yang halal bukan dulal. Kahwin pada usia muda tidak salah, dan bercinta pada usia muda juga tidak salah, yang salah jika cara dan jalannya bertentangan dengan apa yang Islam ajarkan.

Apabila CINTA tidak direstui…

‘’Ayah, Milah nak kahwin.’’..
‘’Milah,ko nie biar betik nak kahwin? Umur masih setahun jagung, belajar belum habis lagi..’’
‘’ Tak kira Milah nak jugak kahwin. Lagi pun dia mampu sara Milah. Milah yakin Milah akan hidup bahagia bersamanya.’’..
‘’Tak Milah, ayah tak benarkan. Milah kena habiskan dulu pegajian di university. Lagi pun bukannya lama, dua semester lagi. Sabarlah.’’..
‘’Milah nak kahwin jugak. Nak jugak! Terserah kat ayah nak bagi atau tak, nak restu atau tak. Nie Milah yang nak kahwin, bukan ayah. Noktah!’’..
Milah berlalu pergi meninggalkan Pak Leman keseorangan di dapuu usang itu. Dalam hati, Pak Leman merintih sayu.. Nak, bukan ayah tak nak bagi kamu kahwin, tapi sekurang-kurangnya biarlah tamat pengajian dulu. Bukan apa, dalam tempoh itu kamu boleh mengenalinya secara rapat lagi…

Dalam bercinta restu ibu bapa amat penting. My lecturer aka Xifu kata, “walau apa yang kamu lakukan..restu ibu bapa itu penting. Jangan fikir nak kahwin jika restu orang tua diabaikan’’. Itulah, orang muda penuh dengan perasaan muda. Jiwa muda! Haha.. Kebahagian itu penting.

Konklusi…

Pendek kata, kahwin itu urusan Allah SWT. Sebagai hamba-Nya kita hanya mampu berusaha. Jangan tak berusaha pulak! Tidak kisah lar kahwin waktu muda atau sebaliknya, yang penting kita hidup berteman. Tetapi, andai benar di dunia ini belum kita jumpa seseorang yang serasi, yang boleh dibuat suami, isteri..jangan khuatir lagi takut..Kerana di syurga kelak akan  ada peneman buat kita, yang pasti lagi baik.

Rasulullah SAW bersabda :
Dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara: Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama, nescaya akan selamat. (Muttafaqun ‘Alaih)

Sekian....

Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....