Assalamualaikum wbt.. Salam sayang untuk semua.
Hehehe.
Apa khabar?.. Sihat, baik kah kalian…??.. Apa pun
kalian, walau di mana jua kalian berada aku doakan semoga kalian semua sentiasa
dalam naungan rahman dan rahim-Nya. Amin.
Berbalik pada tajuk entry kali nie, aku nak berkongsi,
nak bercerita tentang perihal perkahwinan. Menarik, bukan?? Keke.. Eceh,
perasan diri tu mahir sangat dalam bab orang matang nie.. Haha.. Ada aku kisah?
Monyet kat hutan pun tak kisah lar.. Dan ini umum untuk semua, terbuka kepada
semua peringkat umur kecuali bebudak yang belum akil baligh lagi. Ada faham?? *
Fahamilah kerana ia bukan sesuatu yang susah untuk difahami pun… Hihi..^^
Okay..aku pun tak nak mengulas panjang lebar kerana
apa yang aku nak citer nie pun tentana apa yang aku rasa.. Aku olah resepi ulam
jantung aku melalui apa yang aku baca, apa yang aku tonton dan apa yang aku
rasa sendiri. Sebelum tu, tak terlewat lagi aku ucap sekalung tahniah
kepada kawan seCFS, Cik Tiqa dan suami atas mahligai yang dibina baru-baru nie.
Doa aku, semoga kalian tabah menghadapi cabaran hidup berumah dan bertangga.
Kahwin pada usia muda nie bukan sesenang membuat karipat apatah lagi ia
melibatkan dua jiwa. Bercintalah kalian dalam mencari cinta hakiki. Apa pun,
sebagai kawan aku hanya dapat bagi sokongan luar…mengharapkan yang terbaik
untuk kalian. Moga kalian bahagia Dunia Akhirat. Amin. You all boleh juga
singgah di http://syauqatulwardah-lavender.blogspot.com/.. (^__^)
Berikut nie pandangan aku… Keke..^^
Aku pun tak berapa nak reti kenapa boleh wujud istilah
kahwin muda, kahwin tua, andartu, bujang terlajak dan sebagainya. Bagi aku,
kahwin tu kahwinlah. Berkahwin mengikut apa yang Islam gariskan. Istilah kahwin
muda itu wujud kerana kahwin pada usia muda..urm sekitar 18 gitu, dan kahwin
tua pula sekitar 30. Dan aku mungkin dikatogerikan akan kahwin dalam kahwin
pertengahan. Haha. Cina beng betui aku. Boyfriend pun tarak! Haha.
Orang kata itu cinta bila kita antara lelaki dan
perempuan saling menyanyangi, saling memerlukan antara satu sama lain, berinduan
siang bersilih malam sedangkan cinta punya pelbagai definisi! Zaman teknologi
kini menjadikan segalanya mudah, namun payahnya jalan penyelesaian. Begitulah..apabila
cinta ditemui, gunung berapi pun sanggup diredah. Apa yang penting cinta dapat
bersatu. Perghhh.. Cinta sangat manis apabila ditemui, dijumpai dalam rahman
dan rahim-Nya, mawaddah dan sakinah-Nya. Bila kalian menemui cinta dalam usia
muda dalam erti kata berstatus pelajar..saran aku semailah ke jalan yang halal.
Ikat si dara dengan ikatan yang halal bukan dulal. Kahwin pada usia muda tidak
salah, dan bercinta pada usia muda juga tidak salah, yang salah jika cara dan
jalannya bertentangan dengan apa yang Islam ajarkan.
Apabila CINTA tidak direstui…
‘’Ayah, Milah nak kahwin.’’..
‘’Milah,ko nie biar betik nak kahwin? Umur masih
setahun jagung, belajar belum habis lagi..’’
‘’ Tak kira Milah nak jugak kahwin. Lagi pun dia mampu
sara Milah. Milah yakin Milah akan hidup bahagia bersamanya.’’..
‘’Tak Milah, ayah tak benarkan. Milah kena habiskan
dulu pegajian di university. Lagi pun bukannya lama, dua semester lagi.
Sabarlah.’’..
‘’Milah nak kahwin jugak. Nak jugak! Terserah kat ayah
nak bagi atau tak, nak restu atau tak. Nie Milah yang nak kahwin, bukan ayah.
Noktah!’’..
Milah berlalu pergi meninggalkan Pak Leman keseorangan
di dapuu usang itu. Dalam hati, Pak Leman merintih sayu.. Nak, bukan ayah tak
nak bagi kamu kahwin, tapi sekurang-kurangnya biarlah tamat pengajian dulu.
Bukan apa, dalam tempoh itu kamu boleh mengenalinya secara rapat lagi…
Dalam bercinta restu ibu bapa amat penting. My
lecturer aka Xifu kata, “walau apa yang kamu lakukan..restu ibu bapa itu
penting. Jangan fikir nak kahwin jika restu orang tua diabaikan’’. Itulah,
orang muda penuh dengan perasaan muda. Jiwa muda! Haha.. Kebahagian itu
penting.
Konklusi…
Pendek kata, kahwin itu urusan Allah SWT. Sebagai
hamba-Nya kita hanya mampu berusaha. Jangan tak berusaha pulak! Tidak kisah lar
kahwin waktu muda atau sebaliknya, yang penting kita hidup berteman. Tetapi,
andai benar di dunia ini belum kita jumpa seseorang yang serasi, yang boleh
dibuat suami, isteri..jangan khuatir lagi takut..Kerana di syurga kelak akan ada peneman buat kita, yang pasti lagi baik.
Rasulullah SAW bersabda :
Dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara:
Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari
kalangan mereka yang beragama, nescaya akan selamat. (Muttafaqun ‘Alaih)
No comments:
Post a Comment