6.2.24

Going stronger even it was though

Hi and welcome second month of the year, our February. 

January was indeed a long of journey, ups and downs. So, good bye January.

This year gonna be harder and though, dengan persediaan tugasan kerja baru, nak masuh rumah baru, emak nak pergi umrah, nak cari penajaan pendidikan Muhammad dan sebagainya. 

Aku harap aku kuat dan mampu bertahan, bertaut dan bergantung harap pada Yang Maha Esa. Semoga Tuhan Yang Satu memberikan aku pelangi nan indah disebalik ujian yang aku lalui. 

Kadang aku fikir aku lemah, menangis dalam kegelapan malam lalu berdoa moga ini semua sementara. Sampai aku tidak sedar, ujian ini bukan untuk merapuhkan keimanan aku, tetapi meninggikan darjat ketakwaan insan kerdil ini.

Doaku agar diri sentiasa tenang dan tidak rebah jatuh terduduk. Kendatipun mungkin terduduk seketika, cepatlah bangkit wahai diri. Jangan duduk lama-lama sampai tak kenal jiwa sendiri. Terus kuat ya jiwa!

29 Februari nie birthday Rabiatul Adawiyah binti Abdullah. Selalu dalam ingatan.

Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....