27.3.13

Aku ingin terus berTAHAN...


************

Oh my.. Saya dah banyak hari tangguh assignment nie. Assignment pulak bergunung untuk disiapkan. Beratur mengambil nombor giliran, yang mana harus disiapkan dahulu. Timbang, tolak, bahagi.. Yeah, akhirnya siapkan entry untuk blog kesayangan. Iye, saya mengaku. Udah lama tidak menaip entry baru. Ideanya kosong sih…

Saya nak tulis apa nie eh?? Urm… Siapa kat sini yang pernah tengok cerita Hindustan yang bertajuk Taare Zameen Par??? Cerita nie sodap, best sangat. Apa yang penting banyak input yang boleh diambil. Tak caya, tontonlah sendiri. Baru-baru nie pun saya punya pensyarah pasang citer nie dalam kelas ganti. Tengok citer beramai-ramai sambil makan nasi ayam free dimalam hari. Best siot!! Tapi, tak cecah ending pun. Iyelah, kalau tunggu mau pukul 12 pagi baru balik mahallah atau asrama. Cerita nie berkisar tentang penyakit dyslexia. Apa itu dyslexia?? Dyslexia merupakan satu penyakit yang…(sambung sendiri maa) Saya syorkan filem nie untuk anda semua.. J

Tapi…. Itu  bukan focus utama entry kali nie. Itu hanya iklan sampingan semata-mata. Ngee...
Aku ada kawan. Nama dia Zaiton. Kami berkawan sejak sekolah rendah lagi. Bila tamat sekolah rendah, masing-masing bawa hala tuju. Seorang ke barat, seorang ke selatan. Kami sekampung, tapi jarang teramat bertemu. Sibuknya kemain mengalahkan perdana menteri! Pejam celik, pejam celik, 5 tahun telah berlalu. Zaman SPM juga sudah melabuhkan tirai. Gelanggang pertemuan tidak lagi terbuka luas. Bila keputusan UPU keluar, masing-masing excited, seronok dan gembira. Zaiton lagilah. Diakan best student di sekolah, mestilah dapat masuk U yang ternama. Aku? Result SPM biasa sahaja, UPU pun. Asal dapat sambung belajar ke menara gading pun aku dah sujud syukur. Sekali lagi, perhubungan aku dengan Zaiton diuji. Persahabatan kami terpisah dek jarak yang beratus kilometer. Hari demi hari, bulan berganti bulan, hanya nada mesej yang berbunyi. Itu pun kekadang! Bila minda menjengah masa dulu, Ya Tuhan betapa indah masa itu Kau beri.. Dan betapa manis saat itu. Kini, masa berputar tanpa had. Kami kini sudah jarang bersapa mesej, bertemu lagilah jauh dicapai, telefon? Urm… Itu baru zaman university. Kalau zaman bekerja… Tengok, betapa lajunya masa. Teringat perbualan singkat seusai keputusan UPSR ketika dulu.


‘’ Eton, nanti sekolah di sana jangan lupakan aku di sini.’’
‘’Hisy..kau kan kawan baik ku. Mana mungkinlah aku lupakan kau.’’
‘’Manalah tau…’’
‘’Hisy..kitakan pernah janji takkan lupakan satu sama lain. Lagi pun, kitakan sekampung. Senang sahaja untuk bertemu.’’
‘’Urm….’’


Itu dulu. Sekarang ia tinggal kenangan. Eton, mana kau?? Aku ingin kau kembali, kawan…
Jeng….Itu hanyalah sekadar halusinasi, gambaran waktu dulu. Ibaratnya persahabatan yang kian pudar tanpa sesiapa bajai.

Tika zaman sekolah rendah, kawan-kawan sekolah rendahlah kawan kita. Bila zaman beralih ke sekolah menengah kita akan bertambah kawan. Kawan sekolah rendah  dan menengah.Begitu juga bila di university. Sekolah rendah, menengah dan university. Makin banyak, makin lupa. Itu saya!
Bila saya di university… saya lupa mereka yang pernah bersama saya ketika susah dan senang dahulu. Saya lupa yang mereka pernah berada di suatu tempat yang istimewa dalam hati saya. Lupa, yang mereka juga kawan saya! Lupa, yang saya juga perlukan mereka. Tolong jangan jadi seperti saya! Hargai kawan anda, semuanya. Jangan tinggalkan mereka walau satu detik pun. Cuba untuk bersama mereka. Ambil segala peluang yang anda. Jika tidak anda akan menyesal seperti saya. L

Terus terang saya akui, sudah hampir 5 tahun atau lebih saya tidak bersua muka dengan kawan-kawan sekolah rendah saya biar pun sekampung atau dua kampung. 5 tahun itu lama. Bayangkan raya pun tidak bersua, apatah lagi hari biasa. Iyelah, sekarang masing-masing di IPT. Cuti semester tidak sama. Last kami buat renion pada zaman PMR. Lepas habis PMR. Itu sahaja. Saya rindu mereka sangat-sangat!! Facebook menghubungkan kembali tautan hati yang semakin goyah ini. Tengok gambar dan status mereka sudah cukup mengembirakan hati saya. Sekurang-kurangnya saya tahu mereka ada. Salah seorang kawan  yang agak baik dengan saya tika dulu sudah pun bertunang. Dan bakal melangsungkan perkahwinan ketika cuti penggal kedua nanti. Doakan saya dapat hadir ke kenduri Cik Baidah. Untuk kawan-kawan sekolah rendah saya, maafkan diri ini andai pernah melupai dan menidakkan kehadiran mu di sisi. Sayang sejuta sayang, kasih kita takkan kembali seperti dulu. Namun, ku cuba untuk bertahan. Bertahan selagi terdaya agar tidak cuba melupakan mu walau sedetik. Kita pernah bersama…sebagai teman.

Saya tumpang gembira kerana ramai kawan-kawan sekolah menengah saya yang sudah pun  kahwin, berkeluarga. Cik Adaa pun sudah selamat melahirkan bayi perempuan. Tahniah, umi muda! Yang nie pun saya akui. Selepas habis zaman SPM… Masing-masing mendaki gunung yang membawa mereka ke destinasi impian. Saya jarang berhubung dengan mereka. Alih-alih dapat berita yang itu sudah kawin, yang ini sudah sambung belajar ke IPT dan lain-lain. Saya rindu untuk berjumpa mereka secara face to face. Ya Allah, berilah ku peluang… Ku mohon. Teringin nak jumpa mereka walau sekejap, berkongsi cerita, bertentang mata, berjabat tangan dan seumpamanya. Tahun bertukar tahun, namun ku masih tidak berkesempatan untuk mengecapinya. Ya Tuhan.. Untuk kawan-kawan sekolah menengah saya, maafkan diri ini andai tiada kesempatan untuk kita bertemu muka. Maafkan diri ini andai aku lupakan kamu, lupakan segalanya tentang kamu. Ketahuilah aku cuba menyuburkan perasaan ini dengan mengingati kenangan kita. Aku ingin bertahan…


 ***********








Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....