16.2.13

Boleh ke nak B.E.R.U.B.A.H?

************


Hai, hai... Hello, hello!!

Syabas dan syukur kerana kita masih lagi bernafas di bumi yang sementara ini. Harapnya hari ini merupakan hari yang bahagia, hari yang paling bersemangat dan hari yang paling ingin diterokai. Eceh...

Tutup mata, tenangkan hati dan minda... Ayuh, rilek sekejap!

Urm...begitulah.

Hari ini, pagi ini.. niat aku banyak. Yang paling penting sekali inginkan hari yang paling bahagia dan bersemangat untuk menjelajahi ilmu, dalam erti kata lain mendalami ilmu pengetahuan. Ya, ilmu pengetahuan ini bagaikan sungai yang mengalir tanpa henti. Serius, tiada tipu di sini. Ada sahaja yang boleh dicedok, digoreng dan diolah. Cumanya antara sedar atau tidak, antara faham atau langsung tak faham. Erk... Motif? Buktikan kita unggul bukan tunggul. Buktikan kita unggul dengan ilmu bukan tunggul dengan kayu! Okay. Senang, bukan? Oleh itu, jangan malas-malas. Rajin-rajinkan diri. 

Sebagai mahasiswa/mahasiswi...

Kakak salah seorang kawan baik aku kata yang lebih kurang berbunyi begini,'' Sebagai pelajar, tugas kita satu. Belajar. Apa-apa bidang yang kita ambil, belajar. Sekarang kemudahan belajar semakin  senang hari demi hari. Ada biasiswa dan ada pula pinjaman. Selagi ada peluang, belajar. Jangan berhenti selagi belum mencapai titik henti, noktah! Jadi, faham-faham sendirilah bila belajar jangan banyak tidur sangat. Pagi tidur. Tengah hari tidur. Petang tidur. Malam pun tidur. Itu 24 jam tidur. Haha. Tidur tu biarlah setakat tiduk yang mencukupi bagi tubuh dan bukan tidur yang melemahkan fungsi minda.'' Main point here is sleeping.

T.I.D.U.R.

Aku paling berkesan kalau bab tidur ini disentuh, dibincang. Hati tersentap, mak tuan! Iyelah, pengalaman sendiri. Tanpa malu, tanpa segan aku akui memang aku ini kaki tidur. Asal jumpa bantal, katil mulalah mata nak terkatup. Mula-mula mata masih di atas. Tengok-tengok! 5 minit kemudian ia mula tertutup perlahan-lahan. Kemudian, lena dibuai mimpi entah apa. Kesudahannya mahu 2 jam sekali tidur atau lebih. Itu biasanya di waktu petang, selepas zohor atau boleh jadi juga selepas asar kalau tiada kelas. Dalam seminggu tu adalah 4,5 kali juga. Haha. Yang paling ketara lepas subuh. Bila sudah sembahyang subuh tu, terus kaki panjat katil. Kalu tiada kelas di awal pagi; 8.30 am gitu... Mulalah mata terbuka pada angka yang menuju pukul 10 am atau 12 pm. Kekadang! Memang betul, gua kaki tidur! Malu juga pada geng bilik. Iyelah, mereka awal-awal lagi sudah celik melihat cahaya matahari. Kita pula masih pejam menikmati cahaya bulan. Namun, rasa malu itu kian terhakis. Tidur juga yang penting. Mereka yang pernah jadi geng bilik atau dorm semua pernah tegur. Orang rumah aku pun! Bukan sekali dua, acap kali. Tapi itulah seperti aku kata tadi, nikmat tidur sentiasa no 1. Sentiasa juara!

Tapi, itu dulu...

Betul, itu suatu ketika dulu. Kalau tak jatuh mana nak sakitnya. Kalau tak batuk mana nak kahaknya. Ee...
Kata orang masa dapat mengubah kita. Betul ke? Paling kurang seminggu tu mesti ada perubahannya. Tudung baru ke, seluar baru ke, kemeja pinjam ke... Pendek kata mesti adalah. Haha. Aku pun sama. Turut mengalami transformasi diri. Berubah dari zaman kegelapan ke zaman kecerahan. Eh? Maksudnya, dari perangai yang tidak berapa elok dipandang ke perangai yang menyenangkan hati. Contohnya, tidur itulah. Sekarang sudah seminggu lebih aku tak tidur lepas sembahyang subuh. Alhamdulillah. Kalau mengantuk sangat, tidur dalam lingkungan jam 8 am begitu. Sekurang-kurangnya bagi aku adalah perubahan sikit. Cuba jadi positif, boleh?? Petang pula, buat masa sekarang masih dalam kawalan. Hihi. Bahagia. :) Apa yang aku lakukan untuk mengawal waktu tidur selepas subuh ialah baca Al-Mathurant Al-Sughra. Zikir terapi yang paling baik. Selepas tu, bacalah buku bacaan santai sikit. Begitulah yang aku lakukan setiap pagi. :) Lagi satu, orang kata juga, selepas waktu subuh orang sibuk mencari rezeki. Maksudnya rezeki melimpah ruah. Aku nak jadi kaya. Nak rezeki yang mencurah-curah. Jadi, eloklah kalau tak tidurkan. :)
Cuba dan cuba sehingga berjaya. (^__^)

Kesimpulan...

Waa..panjang juga aku taip. Ertinya aku semakin rajin menaip lar nie. Hehe...
Okay...apa-apa yang ingin kita lakukan, mulakanlah dengan niat kerana Allah. InsyaAllah, akan ada dua ganjaran baik di dunia mahupun di akhirat sana. Setting niat tu biar betul!
Perubahan atau hijrah itu tak semestinya perlu tunggu usia emas menjemput. Bila-bila masa, di mana-mana jua kita boleh berubah. Positif ke negatif. Malas ke rajin dan seterusnya. Jangan peduli kata-kata manusia jika yang kita lakukan itu betul dan tepat. Anda semua boleh! Yang penting di sini, jangan cuba berputus asa dan konsisten. Okay?


************

11.2.13

Aku, Mereka dan Masa

************

Hai, lama sudah kita tidak bersua. Lama sangat, kalau tak silap aku dua bulan lebih. Haha. Pemalas!! Anda-anda semua sihat belaka ke?? Ouh, kekok pulak tangan ini untuk menaip. Entah apa-apa. ^_^
Ok, aku teruskan...

Masa itu pantas belalu kan, terbang jauh-jauh dan takkan kembali walaupun kita menangis sehingga air mata darah. Allah mencipta masa untuk kita menghargai betapa peri pentingnya ia sehingga Allah bersumpah di dalam kitab suci al-Quran; Demi Masa. Begitulah aku rasa, betapa leka aku dalam menghargai dan menikmati kurniaan Allah yang satu ini. Sering kali culas dalam pengurusan waktu. Lebih malang lagi sering kali aku biarkan ia berlalu tanpa mencipta momento manis bersamanya. Arggh, aku manusia yang tidak tahu bersyukur! Ya Allah, ampunilah aku, ampunilah khilaf ku...

Tanpa sedar, tanpa kiraan, sudah hampir tiga tahun aku menimba ilmu pengetahuan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Aku bermula di peringkat asasi selama dua tahun dan kini berada di semester dua tahun pertama di kampus utama, Gombak. Alhamdulillah. (^___^)
Kini pengajian aku berbaki tiga tahun lagi. Tiga tahun lagi sebelum aku bergelar alumni UIAM. :)
Kata orang, tak penting berapa lama kita belajar, apa yang lebih penting biar ilmu yang kita pelajari itu betul-betul tersemat utuh di kalbu dan seterusnya dapat dipraktikan. Betul tak? Kata oranglah...Alahai...

Serba sedikit tentang semester dua ini...

Semester kali ini jadual kelas aku semakin padat, tapi tak seimbang. Bagaimana?? Ok, bayangkanlah hari isnin kelas aku bermula awal pagi sehinggalah malam. Penat? Entah, belum sepenuhnya mencuba. Haha. Manakala hari selasa, rabu dan khamis hanya ada satu, dua kelas sahaja. Hari jumaat pula kembali sibuk dari awal pagi hingga waktu pejabat habis; 4.50 petang. Setakat ini belum ada perubahan jadual lagi. Ouh. Nampak tak betapa aku wajib belajar tentang pengurusan masa yang efektif. Pembahagian masa antara ulangkaji, assignment, discussion dan lain-lain. Secara totalnya credit hour aku berjumlah 19.5. Lebih banyak dari semester lepas.

Fokus...

Fokus aku kali ini biarlah berskala. Maksud aku biarlah seimbang antara satu sama lain. Tiada lagi sikap pilih kasih! Haha.. Kenapa? Sebab aku nak baiki balik pointer aku. Semester lepas pointer aku jatuh menjunam. Masa tengok result tu, nak menangis tapi tak terkeluar air mata. Akhirnya aku gelak, ketawa dek kebodohan, kecuaian, keculasan dan kelekaan sendiri. Aku ingin bangkit dari sejarah silam!! Apa yang aku semat dalam diri, gagal itu penguat untuk kita bangkit semula. Sesekali apa salahnya merasa. Haha. Otak aku memang begitu!! Selalu berfikir tak tentu hala. Haha.. Jadi, tekad aku semester ini biarlah aku bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Okay... Setiap minit itu perubahan. Positifkan diri, insya ALLAH semuanya akan okay. All is well. :)

Panjang pula aku tulis kali ini. Arghh...biarlah ini diari aku. Open diary! Haha. Aku sendiri pun tak faham. Urm..bosan juga kalau asyik tengok tulisan sahaja kan. Jadi, apa kata sesekali kita cuci mata dengan gambar pula. Hihi. Harap maklum, ini bukan gambar gua. Haha. Perasan punya orang! Gambar-gambar ini aku snap time tak da orang. Aku sorang sahaja yang ada dalam compartment. Serius, tak tahu nak buat apa, jadi ambiklah gambar. Buat apa yang patut. Huhu.

Oh, compartment itu nak kata rumah tak, tapi lebih kurang macam tulah. Rumah kecil, pondok comel. Wakaka.. Kami duduk compartment usrah, harga paling murah! Terdiri dari empat bilik. Setiap bilik ada satu katil bertingkat; dua orang setiap bilik. Di sebabkan aku ini paling baik antara semua, aku duk sorang-sorang. Haha. Bangga tak?? Padahal partner bilik aku itu berpindah ke mahallah Salahudin. Katanya nak jadi pengawai tentera; PALAPES. Opss..mahallah kami adalah mahallah Safiyyah!


************

Nota kaki : Gambar-gambar ini disnap menggunakan telefon Samsung Galaxy Ace Plus, camera 5MP menggunakan software 360 Camera.
************





Ini bilik paling comel! Haha.. Partner serasi, Wanie dan Yunie...


 ----------------------------------------------------------------------------








Ini bilik paling rajin! Haha... Partner secocok, Aina dan Ruhi...


 -------------------------------------------------------------------







Ini bilik paling sibuk! Haha.. Partner sedondon, Khai dan Mira...


-------------------------------------------------------------------













Ini bilik orang bujang! Haha, gaya aku cakap seperti mereka semua sudah kahwin. Haha. Ok, sekali lagi.
Ini bilik paling bersih! Haha...

-----------------------------------------------------------------------





Ini ruang tamu kami. Di hujung sudut terletak penyapu, tong sampah mini dan penyodok. Di ruang tengah pula terletak tikar buluh bermotif bunga. Cantik, tapi disebabkan dah lama guna..kecantikannya semakin pudar. Haha. Ini tikar Cik Wanie. Harap maklum. Haha.. Di ruang inilah kami makan bersama, solat berjemaah, supper beramai-ramai sambil bergosip. Haha. Arghh..Rindunya mereka! Walaupun compartment dan bilik kami kecil, tapi kami bahagia. Sekurang-kurangnya ukhwah itu terisi dengan gelak tawa, celoteh, buli antara satu sama lain dan gurau senda Para Cik Gadis Alaf Baru. Kami bersyukur dengan apa yang ada.
Anda bagaimana?? :)

************

9.2.13

...



Oh! Lama sungguh tidak aku update segala berita. Terus terang aku malas. Tak da mood nak menaip! Haha.. Ok, kali nie aku nak tukar, ubah apa yang patut kat blog kusam, kesayangan aku nie.. Haha..

Blog ini dalam proses pembaikpulihan. Sekian, harap maklum. ^^




Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....