Hye there.
Baru perasan bulan September nie tak update apa-apa di blog nie. Ia bukan tak ada cerita nak tulis, cuma tak tahu kenapa tak tulis. Sibuk sangat ke atau masa yang berlalu sebegitu sepi. Tetaplah jua, hari-hari masih berlalu dan aku masih di sini...merencana alur kehidupan aku.
Hidup aku...aku cuba untuk tambah baik dan urus dengan baik, untuk jaga hubungan aku dengan Allah, hubungan aku dengan manusia dan juga sekeliling.
Bagaimana?
Sekarang, lepas solat isyak aku dah mulai susuli dengan solat taubat. Ya, aku terkesan dengan ceramah yang disampaikan oleh Tok Abah atau lebih mudah Fadhilah Kamsah. Masa remaja dulu, selalu dengar ceramah dan rajin juga baca buku-buku motivasi beliau. Pinjam di perpustakaan desa! Tok Abah kata, jangan missed walau sehari untuk solat taubat. Sebab kita tak tahu bila ajal kita datang menjemput. Kita juga tak tahu seberapa banyak dosa yang kita lakukan sama ada secara sedar atau tidak. Apa yang lebih mustahak, solat taubat dulu. Lazimi malam sebelum kita tidur dengan solat taubat. Kita percaya yang sesungguhnya Alllah Maha Penyanyang dan Maha Pengampun. Cuma kita, yang tidak meminta. Jadi, mintalah dan mohonlah kepada Allah agar segala bentuk dosa kita dipadamkan dalam buku rekod. Moga aku terus istiqamah untuk solat taubat dan tidak lalai untuk melaksanakannya.
Aku pun juga sekarang ini tengah urus kewangan aku. Nak selesaikan semua hutang yang ada. Risau sangat bila hutang ada nie. Cukuplah hutang-hutang yang ada nie. Tak mahu tambah lagi. Aku suka tengok bila jumlah angka hutang itu berkurang, walaupun sedikit. Dan bila aku tengok orang lain yang lagi banyak hutang, membuatkan aku sedikit sebanyak rasa, you can do it, you can settle it. Life was tough and harder, but the one who is give up is more than nothing. Bayar sikit-sikit, doa banyak-banyak...semua itu akan selesai. Aku macam nak cari lagi part time job untuk selesai dengan cepat. Hutang personal loan, balance transfer credit card, credit card, spay later semua tu. Jadikan semua itu pengajaran untuk urus kewangan dengan lebih baik untuk masa akan datang. Untuk buat aku tak rasa pening, aku tanam dalam mindset aku, bukan berjuta hutang kau. So, keep cool and do settle. Slowly, but surely. And again, doa banyak-banyak. Allah yang bagi rezeki.
Dan ya, aku masih belajar bagaimana aku nak jaga hubungan aku dengan manusia. Circle aku tak besar, kecil sebenarnya. Aku banyak mingle around dengan orang yang aku dah biasa. Aku juga boring orangnya. Dalam masa yang sama aku tak nak jadi people pleaser, anymore. Aku cuma nak rasa comfortable dalam satu satu situasi. Antara disukai dan disenangi, aku lebih suka kalau orang senang dengan aku dan aku turut senang bila bersama dengan dia. Suka itu akan auto hadir. Cuma ya. Dalam masa kita menjaga hubungan, ada yang mungkin terlepas pandang. I guess, dealing with human is much more difficult. Very tangled and complicated. Aku belum cerita lagi perihal apa jadi hubungan persahabatan aku dengan Ain yang sekarang masing-masing berdiam diri. Menoktahkan atau terus sahaja begini. Jadi ya, aku masih belajar mengenal manusia.
Untuk akhir-akhir ini juga aku banyak merefleksi diri. Bagus juga bila single sebegini rupa dan duduk sorang-sorang merenung dinding dan kipas. Kau ada banyak masa untuk diri sendiri sebenarnya. Di mana masa itu cuma Kau dan Tuhan. Berdua.
Selagi belum sampai akhirnya, selagi itu kita kena teruskan langkah.
Jalan terus duhai diri yang kuat!