30.7.11

Ramadhan Datang dan Pergi..

Sabtu yang kelapan : Aku berbicara tentang  Ramadhan Datang dan Pergi..

Alhamdulillah,bertemu lagi kita pada hari sabtu yang bahagia nie..
Eh,await pula tak bahagianya..? Cer tengok cuaca kat luar tu..Okay per..
Tak panas dan juga tak mendung sangat..Korang hari nie palnning nak buat menda..? 
Tengok wayang,layang movie kat dalam laptop  atau.......................
makan kenyang - kenyang..Kekekeke..
Iyelah,lagi berapa hari lagi kita nak sambung bulan yang penuh dengan keistimewaan..
Ramadhan Al- Mubarak..Masa tu korang mesti suka sangat kan..Iyelah,masa berbuka nanti mesti penuh meja makan tu dengan pelbagai aneka lauk dan minuman..Urmmmmmmmmm...sedapnya sehingga menjilat jari..!!!..


Tahu nie,pejam celik..pejam tutup dah kali kedua BD berpuasa di perantauan.Chewah..
Bumi Nilai,Negeri Sembilan sekali lagi menyaksikan anak jati kelahiran Besut,Terengganu bersahur dan berbuka puasa serta sembahyang terawih tanpa keluarga tercinta disisi..
Sob so sob..Tapi itulah hakikat yang harus dimamah dan ditelan.
Nie mungkin ujian untuk kuatkan hati BD sendiri.
BD perlu kuat untuk terus menghadapi banyak lagi ujian yang bakal mendatang..


Masa first puasa tahun lepas..Ramadhan 2010..
Time tu macam - macam perasaan ada..Suka ada,cuka pun ada..Huhu..

Bila suka -------------> time berbuka dan sembayang terawih ramai - ramai..
Bila cuka -------------> time tak dapat bangun sahur + tak sempat beli makanan yang sedap - sodap..


Kekekeke...


Rindu sangat time bersama dormates D-3-8,Mahallah Ummu Salamah....:)

Kini ------------------> Ramadhan 2011..

''Ya ALLAH,Ramadhan kali ini ku harapkan lebih - lebih terbaik dari sebelum ini..
Pancarkanlah nur hidayah-MU kepada hamba yang lemah lagi hina ini.
Ampunkanlah dosa-dosa hamba MU ini diatas kekhilafannya selama ini..Ya ALLAH,YA RABB..hamba ingin mencintai-MU sepertimana cinta-MU pada hamba.
Tapi,hamba lemah..Sering kali dihasut syaitan metan..
Ya ALLAH..hamba ingin menuju jalan yang lurus pada Ramadhan kali ini..Hamba pohon..''

Secangkir cebisan : Manfaatkanlah Ramadhan Al-Mubarak ini terbaik mungkin..Moga Jannah tempat
                              bertemu kita nanti.Amin..

23.7.11

It's ALL about Hi 5---------->3

Sabtu yang ketujuh : Aku berbicara mengenai It's all about Hi 5....

Hai,salam sabtu yang bahagia...Apa kabo semua,datuk datin.mak cik pak cik,
kak bang..? Pagi tadi lepas bangun tido ada 
okey ke tak.? Sihat tak?..Kalau tak sihat dan tak berapa tak sihat tu
sila-silalah ringankan kaki p klinik tu..Kat sini tak de ubat serta penawarnya.
Okey..?! 

Urmm...dah agak lama BD tak update blog nie..Dah pelbagai aneka sesawang yang
melekap,tersangkut kat dlm blog nie.Jadi,mai BD ambik peluang nie untuk update 
sesuatu yang baru..Sesuatu yang mungkin ditunggu ramai..Kekekeke :p
(poyo btui ayat)
Iya,it's all about Hi 5..
But,what is Hi 5..?..
Jangan ingat High 5  yang roti tui..Okey....
Don't worry,dear..I will tell u the answer..
--------------------------------------------------------------------------------------
Hi 5 is all about us..My beloved friends...I love them so much..



Mereka adalah kawan,teman,sahabat yang sentiasa ada di sisi BD..
Kami gelak sama-sama..kami gaduh sama-sama..
Banyak cerita hati yang kami kongsi bersama..
Ada tawa,ada tangis..Itulah rencah persahabatan kami..
BD suka sangat berteman dengan mereka..
Mereka lucu,mereka hebat dan mereka yang terpilih..
Dari sem 1 sehingga sem 4 BD di CFS..mereka sentiasa satu kelas dengan BD..
Apalah jampi serampah yang mereka guna..
Nak juga sekelas ngan aku..
Tapi,awak..Saya tak boring menatap muka awak-awak semua..
Lagi saya suka adalah..
Kekekeke..
Apa yang saya harap dari awak-awak semua...
Moga persahabatan yang kita tuai dan bajai nie moga terus kekal berbunga..
Biarpun di mana kita berada suatu hari nanti..
Biarpun siapa kita suatu hari nanti..
Biarpun segala cabaran mendatang suatu hari nanti..
Bunga persahabatan ini akan terus mewangi dalam hati..
Selamaaaaaaaaaanya...:)

Dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...produk yang terbaru dari Hi 5 adalah........

Baru-baru nie kitaorang telah menyertai pertandingan bahasa asing antara universiti anjuran UPNM..
Waaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
Kitaorang pilih Bahasa Quran,Bahasa Ahli Syurga..BAHASA ARAB..
Bahasa Arab merupakan satu cabaran,dugaan buat kami..Kami faham Bahasa Arab,tapi kami tak berupaya untuk menulis menggunakan Bahasa Arab dengan baik..
Kami tak mampu mengaplikasikan Bahasa Arab dalam kehidupan seharian..
Tapi......nekad kami satu..Bahsa Arab itu suatu hari nanti akan kami realisasikan sebagai bahasa pengantaraan kami..Insya-ALLAH..
Cubaan dalam menyiapkan skrip sketsa pendek betul-betul menuntut kesabaran..
Otak kami sentiasa berfikiran 24 jam..Dalam masa 7 minit yang diperuntukkan apa jenis yang kami boleh tonjolkan kepada para hakim..
Apa jenis tajuk yang sesuai dengan tema Masyarakat Penyayang..
Ya ALLAH..
Skrip yang kami pilih sering kali diolah balik..sering kali diperbaiki balik..Banyak grammar arab yang diperbetulkan..Kami lemah dalam bab yang satu itu...Mohon tunjuk ajar dari sifu..:)
Bila skrip sudah ready..kamera canon sedia ada..masalah lain pula timbul..
Masalah berlakon..
Kami bukan lahir dari darah seni..Kami tiada bakat untuk berlakon..
dan kami bukan pelakon terkenal tanah air..
Tetapi.............................................
Kami mahu buat yang terbaik..Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan..
Hasrat kami biarlah video kami sampai ke pentas akhir..Kami ingin jadi juara.Amin..
Kami cuba mencari masa menyiapkan video ini dengan segera mungkin.Kami ada sesuatu yang mustahak untuk dilakukan nanti.Kami akan berhadapan dengan mid term sem pada 25,26,27/07/11...Kami ingin dapat Dean List.Amin.Masa shooting..kami sentiasa cemburu dengan teman-teman lain yang sentiasa berkepit dengan segala macam buku 24 jam..Tolong lar..Kami lemah..Kami cemburu dengan anda..
Iya...cemburu itu perlu untuk membangkitkan semangat kami.kami perlukan semangat!!!
Dalam masa dua hari kami berjaya menyiapkan pengambaran..Moga ia menjadi video pilihan para hakim,para pengundi..
Time untuk mengedit video..
Kami penat..kami ingin berputus asa tatkala setiap editan tidak menjadi..Tapi..kami bangkit.Kami dah sampai tahap ini..Mana boleh berputus asa dengan begitu mudah sekali..
Haissyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy........
Time untuk upload dalam youtube..
Ya Allah..kami zero tentang youtube ini.Otak kami kosong tentang upload nie..
Banyak kali kami try..akhirnya berjaya..Alhamdulillah..
Terima kasih untuk korang..Tahniah10000x......




Silalah tengok video kami..
Kod UPNM = UPNM-A-03-06
Dengan menggunakan kod ini..dapat memudahkan kamu semua cari video kami di youtube..
Jangan lupa undi kami.Jika suka dengan video kami jangan lupa like..
Jika tak..tiada paksaan dari mana-mana pihak..
Terima kasih kerana menonton..
Doakan yang terbaik untuk kami..:)


  



Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....