23.3.25

Being you, literally you.

 Hey, sunday again.

Jadi, malam nie malam terakhir aku tidur di rumah Shafika. Masa untuk sign off esok, sebab suami Shafika dah nak balik dari outstation hari selasa ini. Semalam, Kak Lina pun tidur dan buka puasa sama-sama kat sini. We just being ourselves. Petang sebelum buka puasa tu, sempat aku dan Kak Lina keluar pergi cari makanan. Plan nak pergi bazar, sekali tak pergi. Jenis dua ketul manusia yang tak reti nak tengok apa kat bazar. End up beli nasi kerabu tepi Duke, naik jejantas dengan motor. Malam tu nak tengok citer hantu, tapi citer belum habis masing-masing dah mengantuk. Faktor usia kot. Sorang dah 35 tahun, sorang dah 33 tahun dan sorang lagi baru nak masuk 30 tahun. Literally us. Aku masuk bilik duk scroll telefon sampai pukul 2.00 pagi. Sepanjang nak sampai pukul 2.00 pagi tu, beberapa kali juga aku tengok Kak Lina bangun duk pam ubat asma, duk bangun pergi tandas, bangun tukar seluar itu inilah. Kesian dia. 

Sampai satu titik, aku teringat bait bait kata Shafika, lebih kurang begini.

"Kita ini hidup merantau, jauh dengan keluarga sendiri. Jadi, dengan kawanlah tempat kita berpaut, saling mendokong antara satu sama lain". Betul juga, kalau tak ada dahan macam mana kita nak berpaut kan.

Kadang, aku bersyukur dihadirkan dengan sahabat seperti mereka, Kak Lina, Shafika, Suhaila, Husna dan Kak Dayah. Sebab tanpa aku sedar, aku tak mampu nak bertahan sendirian. Mereka terlalu baik untuk aku yang kerdil dan banyak kekurangan. In fact, untuk aku yang cuba mengecilkan ruang sekeliling ku, cuba untuk menjadi 'orang yang private', they're too good for me. Sampai satu tahap, aku takut kalau aku diuji oleh hal-hal yang berkaitan dengan mereka. Sebab tu aku cuba, mencuba menjaga hal yang sepatutnya.Aku takut dalam aku bersahabat, aku melampaui batas, di mana mungkin akan mengguris hati dan perasaan mereka.

Cukuplah tragedi sabtu yang lalu. I do not want any more tragedy.

Tuhan, mohon jagakan mereka dalam dakapan-Mu yan erat.

9.3.25

Dobuyo Thingy.

Hey, its me again. Nak menconteng cebisan untuk diingati nanti.
Aku tak tahulah macam mana boleh tercetus benda nie, macam mana boleh bermula.

Malam sabtu kelmarin, lepas berbuka puasa kitaorang sembang sembang hal yang berkaitan. Aku, Kak Lina dan Shafika. By the way, kami berdua berbuka puasa kat rumah Shafika dan bermalam terus kat sana. Jadi, malam tu boraklah apa yang patut. Mula tu sembang okay lagi. Lawak semua. Tapi somehow topik sembang tu dah masuk benda lain.

Masuk perihal hal koku, pentadbir, pertukaran itu dan ini. Perbualan semakin hangit. Bahang kuat sangat. Aku pun duk triggered Kak Lina dengan soalan yang tak sepatutnya. Patut aku tapis. Sebab patut aku tahu semua tu, apa yang patut ditanya dan sebagainya. Emosi Kak Lina malam tu ibarat seperti gunung yang boleh meletup. Jolok sikit, boom! Aku pun takut tak boleh kawal emosi aku. Aku mampu bangun, masuk bilik. Tengok phone kejap. Bagi aku kalau nak berdebat hal ini tak ke mana. Boleh jadi isu besar.

Aku ambil keputusan untuk keluar bilik, pergi ruang tamu balik. Tengok Shafika lipat baju. Lepas tu terus jadi sesi curhat jiwa. Start dari Shafika yang kat Midvalley tu. Apa yang Shafika rasa bila Kak Lina buat macam tu. And the list keeps going on. Menangis betul Shafika. Sebab dari sudut pandanf Shafika, dia takut kalau dia jadi penyebab kepada hal ini, yang sepatutnya dia kena kawal. Letak sempadan. Sebab Shafika pernah kata kalau dia dah selesa dengan orang tu, dia redah jer. Kak Lina tunduk tunduk, menginsafi kesilapan diri. Aku termenung jauh. Sebab Shafika kata okay lagi Kak Rok sebab patah kembali ke ruang tamu, duduk bersama. Tapi begitulah.

Kita tak sempurna. Dia ada silap. Kita pun ada silap.
Dalam perhubungan, aku suka perhubungan yang transparent. Sudah meniti usia lebih 30 an nie, tak mahulah yang remeh temeh.

Aku pun tak sangka, Kak Lina boleh pergi menangis sorang sorang dalam bilik, kenang apa yang dah berlaku. Aku rasa jahat pula sebab boleh membangkitkan kepada semua hal ini.

BULLSHIT, tu jer aku nak kata. Hal tu tak sepatutnya merosakkan mood kitaorang dan boleh menganggu persahabatan kami. 

Benda yang paling aku takut adalah kehilangan. Aku takut kalau sampai tahap aku tercut off seseorang dalam hidup aku.

Untuk menerima seseorang dalam hidup adalah untuk menerima semua hal tentang dia.
Doa aku yang paling serius adalah moga Allah jaga dan pelihara persahabatan kami sampai syurga dan sampai ketemu kami dalam syurga. Kerna sesunguhnya persahabatan ini ku bina kerna Allah dan buka kerna friends for benefit.

Lepas sesi curhat dari hati ke hati semalam , kitaorang okay. We are fine. Mungkin masing masing terguris, tapi waktu akan mengubati segalanya. Kak Lina pun nak pujuk kitaorang bagi coklat ferero rocher.

Atas tu ada tulis nota:
Maafkan Kak Lina ya...
Moga persahabatan kita kekal untuk selamanya.

Mereka, Kak Lina dan Shafika nie sebenarnya tanpa sedar dah jadi sebahagian daripada hidup aku. Sebab tu somehow sukar untuk aku tak 'tuck in' dengan mereka.

Semoga hal yang terindah untuk kami bertiga di kemudian nanti. :0)

Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....