27.7.25

Andai aku tidak lagi menjadi ruang rehat.

Aku perasan hujung hujung ini aku suka meluah melalui tulisan. Cuba untuk meringankan beban fikiran.

And hi, it's me again! 

Aku cuma proses apa yang sedang aku lalui sekarang. Proses untuk aku beradaptasi sebenarnya. Dan juga mungkin proses untuk aku 'melangkah' keluar, perlahan-lahan walaupun aku sakit dalam diam.

Pagi sabtu hari tu, Ain mesej. Kebetulan masa tu sekolah ada buat aktiviti gotong royong Madani. Nama aku awalnya terlibat untuk mengecat segala tiang dan tar yang ada, tapi ditukar kepada kelas Strive untuk murid tingkatan 5. Balik sampai pukul 2.30 petang. 

Dan ya, berbalik kepada Ain tadi. Ain mesej ajak keluar. Kadang dia random ajak aku keluar dan kadang timing tak betul. 

Aku replied," Aku kata aku kat sekolah, ada program gotong royong dan bersambung dengan kelas tambahan sampai pukul 2.30 petang." Aku response laju dan tak delay seperti sebelum ini.

Ain balas mesej aku. Dia kata pukul 5 petang, bukan sekarang. Sebab dia pun ada di sekolah.

Aku macam oh okay. Lama kemudian, aku replied, aku tanya dia buat apa kat sekolah dan aku ingat dia ajak aku sekarang.

Lepas tu dia tak response. Jadi aku fikir macam jadi kot pukul 5 petang nanti. 

Balik dari sekolah semua sambil berangan lepas nie nak makan malam sama-sama dengan Ain. Aku tunggu sampai aku terlelap dan aku terjaga oleh alarm clock yang aku dah set up awal. 

Bila aku sedar, aku tengok telefon aku kosong tanpa mesej atau missed call. Yang muncul cuma mesej dalam group Telegram Korang Okay ke Hari Ini, group yang cuma ada Kak Lina, Shafika dan aku. Group yang wujud asbab suami Shafika outstation.

Shafika ajak kami berdua menemani dia ke KL East Mall, nak cari cardigan Nealofar ft kartun tu. Kak Lina tak boleh join sebab malam tu nak keluar, ada dinner dengan keluarga. Yelah, ayah Kak Lina datang sini. Fahamlah. Jadi, aku jelah singlet yang ada.

Aku macam berkira-kira nak pergi sebenarnya sebab aku kan dah set minda nak keluar dengan Ain.

Tapi bila dah pukul 5 masih lagi tak ada berita apa, aku mesej Ain pada pukul 5.40. Aku tanya jadi ke nak keluar sebab kalau tak aku nak proceed dengan plan aku yang lain, which is aku akan keluar dengan Shafika.

Guess what, pukul 7 macam tu baru dia response. Dia call tapi aku tak angkat sebab aku dah pun on the way ke rumah Shafika.

Dia mesej, dia cakap dia ingat aku tak jadi keluar dengan dia. Sebab aku tak cakap aku jadi nak keluar dengan dia. 

Tapi, bila aku amati balik mesej aku. Dia yang sebenarnya tak response mesej last aku pagi tu. Salah aku juga kan sebab berharap untuk sebuah ketidakpastian. 

Aku cuma mampu response; 

"Haha. Tak apa. I salah faham. Haha. Okay."

Jawapan yang paling sakit yang aku terima dari dia;

"Serius, I tak tahu. Sebab biasa you cakap okay."

Jadi, adakah aku 'okay' person selama ini? Adakah aku orang yang tak boleh say no sebelum ini? Adakah aku follower?

Lagi sekali aku diam. 

Lalu response aku ibarat mati rasa;

"Eh tak apa. Enggak apa apa kot. No worries."

Aku cuma menutup apa yang aku rasa di sebalik tidak apa.

Dan pedih untuk aku hadam mesej last.

"Ok u."

Dan last daripada aku petang tadi;

"alright".

Benda nie buat aku sedar satu hakikat. Aku mungkin tidak lagi menjadi ruang rehat untuk dirinya. Dia tidak lagi mencari aku seperti dulu. Mungkin aku telah menjadi tempat singgah yang sementara.

Aku tengok balik foto kami berdua dalam Google Photos. Our golden era bersama-sama last tahun 2023.

Faham kan maksudnya apa. Maksudnya aku pun sebenarnya dah slow slow pudar dalam radar kehidupan dia. Entah. Tak tahu nak ungkap perasaan itu macam mana.

We used to be together, spent almost our time together. And me always said yes to every single time whenever she asked. Sebab tu dia cakap aku selalu kata okay. Jadi, betulah aku okay perseon selama bersahabat dengan dia, bukan? 

Aku pernah bilang dalam tweet aku. Salah seorang yang aku akan 'hold' forever it is you,  Ain. A sister not by blood but by soul. 

Tetapi Ain, makin lama aku 'hold' aku makin sakit Ain. Perasaan ini memakan aku dalam diam walaupun perlahan-lahan. 

Adakah star kita akan align di kemudian hari nanti? 

Aku cuba untuk masih bertahan. Sampai bila yang aku sendiri tidak tahu.

Namun, seandainya aku tidak lagi menjadi ruang rehat mu...

Cukuplah engkau tahu, engkau pernah menetap di hati aku dan aku akan terus mendoakan mu dalam diam.

Aku tak nak jadi BFF mu, babe. Aku nak kita jadi friend forever yang boleh kita memegang tangan dan berlari di taman syurga.

Dan...

Maafkan aku, Siti Nur Ain Ab Rahman atas khilaf dan salah yang tak terungkap selama ini.


19.7.25

Sepurnama Rindu.

Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi aku rindu era kerja yang tidak terkejar-kejar seperti sekarang. Aku rindu bau suasana nyaman dan tenang. Aku rindu pada kenangan lalu. 

Bukan dulu tak sibuk, bukan juga dulu goyang kaki. Kerja ada sebab tak pernah habis. Tapi setiap benda tu kita rasa seronok nak buat. Tak ada rasa macam terpaksa dan out of sudden and nowhere. 

Not just like now, what currently happened in this school. 

Aku amati satu persatu wajah di hadapan. Jauh aku merenung dalam. Akhirnya, aku cuma dapati satu jawapan. 

Jawapan yang tampuk pemerintahan baru ini meragut segala emosi dan membenam rasa 'manusiawi'.

Natijahnya, lahir suasana yang tidak mesra dan ibarat seperti itik yang sedang berenang. Nampak elok pada dasarnya, nampak cantik pada semua mata yang memandang dan nampak kejelikitan semua. 

Tetapi, hakikat yang perit untuk ditelan ialah dasarnya sudah rosak barangkali. Berkecamuk.  Jiwa terbelah dan perasaan hilang. Lalu, apa yang tinggal? Cuma mode autopilot. Jasad ada, tapi roh mati.

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Kejam ke kalau aku kata yang patut dipertanggungjawabkan adalah P. Kejam ke kalau aku menoktahkan begitu?

Sepanjang tempoh aku disini, hampir 7 tahun, aku telah melalui era yang berbeza dan pemergian yang berterusan. Bermula dengan Puan Rohana, kemudian Puan Nafisah, diikuti dengan Puan Maizatul yang sempat dua minggu menjalankan tugas dan akhirnya dengan P yang aku selesa untuk tidak menyebut namanya. 

P mula menyambung legasi di sini pada Disember 2023, menghampiri fasa matang dua tahun.

Sejak daripada itu, banyak perubahan yang berlaku dan kami terpaksa 'follow the flow' dan menari mengikut rentak P. Apa yang P mahukan, kami ikuti semuanya. Kami mampu membangkang dalam diam dan sepi tanpa menyedari hal itu memakan kami perlahan-lahan. 

Bukan P tak bagus. P is good and excell in her forte, event management terutamanya. Sebab itu jugalah segala mak nenek protokol dan semua yang berkaitan kami wajib pelajari dari kosong.

Atau mungkin sebelum ini kami dalam tempoh 'bertenang'? Dah tenang lama, nah ambil ribut taufan.

Entah?

Dan apa yang membuatkan aku berfikir adalah aku cuba menyambung dot dot yang aku dengar dan luahan yang aku hadami.

Bagaimana Kak Lina berada pada tahap kemuncak untuk memohon Eg-Tukar.

Bagaimana Thew berjumpa dengan P dalam memohon Eg-Tukar.

Bagaimana Kak Asyadah yang bersedia untuk redeployment.

Dan bagaimana pula dengan tangisan air mata yang keluar dalam diam?

Bukan aku cakap P tidak baik. Sebab semua orang ada sisi baik dia, bukan?

Aku pernah sahaja kena marah dengan P sekali sebab lambat untuk pergi ke satu program. Bukan tak pernah kena marah. Pernah. Tapi aku faham sebab memang itu silap aku.

Cuma yang aku tidak mengerti ialah,

Bagaimana dengan jiwa-jiwa yang selalu diherdik kata nista dan yang rapuh menanti retak? Bagaimana perasaan mereka dan hari hari yang dilalui, di sini.

Emotional damage, mungkin.

Adakah kalau P berhijrah ke tempat lain, akan 'mungkin' keadaan kembali normal? Atau mungkin 'much more better without her'? Atau mungkin tempat P tidak sesuai untuk mengemudi kapal di sini? 

Kapal ini cuma menanti masa untuk karam.

Dan aku? Cuba untuk terus kekal bertahan.

Pernah aku panjatkan doa, memohon agar P dipindahkan ke tempat yang lebih baik. Pada waktu tu jiwa aku sarat dengan apa yang Kak Lina ceritakan, apa yang Kak Lina rasa dan apa yang Kak Lina berfikir sedemikian rupa. 

Untuk terus kekal bertahan atau bawa diri terbang mencari kebebasan.

How do I say?

Kak Lina, Thew dan Kak Asyadah aku boleh simpulkan satu sahaja. Benda ini bermula dengan pentadbir. Dan pentadbir yang paling utama adalah P. Itu sahaja.

Jadi, kejam ke kalau aku cuma doa untuk P pindah?

Aku sekolah sekolah ini. Aku mendiri sebab aku ada support system seperti Kak Lina, Husna, Suhaila dan Shafika. Aku tak boleh bayang kalau salah seorang antara mereka terbang tinggalkan aku terutamanya Kak Lina. Tapi, takkan aku nak jadi penghalang yang mengikat kaki mereka bukan?

Biarlah aku yang menyaksikan satu satu pergi supaya hati aku boleh berdamai dengan hal yang berlaku nanti. Biarlah aku yang hujungnya bawa diri setelah semua kesayangan aku di sini terbang. 

Untuk mereka menumbuh di tempat yang lagi bersinar jika tempat ini tidak layak untuk mereka. 

Cuma untuk seketika, itulah doa aku yang paling serius yang tidak pernah aku panjat sebelum ini demi sebuah perhubungan. Untuk P berpindah ke tempat yang lebih baik, doa aku dalam diam. Doa aku untuk memeluk jiwa-jiwa yang terusik.

Moga Allah makbulkan doaku itu pada waktu yang tepat. 



14.7.25

People come and go.

Hi, it's me again. 

Jumaat minggu lepas, 11 Julai 2025 Kelab Bitara anjurkan satu majlis perpisahan untuk Puan Tuan Juhaida, mantan PK Kokurikulum. Aku lebih mesra panggil Puan Ju, walaupun acap kali Puan Ju membahasakan dirinya Kak Ju. Kekok dan batas hormat tu jauh lebih meninggi. 

Puan Ju, kehadirannya cuma seketika. Tidak lama. Setahun 4 bulan, 21 Februari 2024 hinggan 30 Jun 2025. Namun, tempoh yang sekejap itu ternyata memberi kesan yang mendalam kepada jiwa yang terpaut.

Norazlina, setiausaha kokurikulum sekolah. Berkaitan urusan kokurikulum, dialah tonggak yang berhubung rapat dengan Puan Ju. Dia jugalah yang banyak berkongsi rasa dengan Puan Ju dan banyak juga yang menyaksikan segala duka yang dilalui Puan Ju di sini. Emotianal attachment is deeper and stay for no one knows. 

Dari moment Puan Ju menerima perkhabaran pelantikan dan daripada sekeping poster yang dimuat naik dalam group rasmi sekolah pada 1 julai itu, aku temui jawapan kepada persoalan yang aku utarakan dalam diam.

Sekejap tapi bermakna. Dan ternyata hubungan ini untuk ada rasa sayang dan kasih tidak perlu lama. Cukup dengan berbekalkan keikhlasan mampu menjentik hati kecil manusia.

Bulan Julai yang merombak lagi sekali emosi Norazlina, mungkin.

Langit yang cerah akan ada matahari, tidak selamanya langit kelam kelabu.

Dan aku yang menyaksikan semuanya, perpisahan demi perpisahan. Bermula tahun ini dengan pulangnya Kak Dayah ke pangkuan keluarga dan pulang berkhidmat di Negeri Darul Iman. Gembira namun jiwa aku sedih. Ingin menangis, tapi air mata tak tumpah. Yang aku ada rasa ketika itu, cuma sedih yang diselimuti rasa syukur kerana proses yang dilalui untuk Kak Dayah dapat semua ini lama. 

Kemudian, perpisahan kedua diikuti oleh Kak Yanti. Hadirnya juga cuma singgah yang sekejap, menyahut cabaran untuk memulakan tugas sebagai GK di sekolah baru. Menerima perkhabaran perpindahan Kak Yanti mengingatkan aku tentang perbualan bersama Dr.Wan di kantin tempoh hari. Tentang tanggungjawab. Tanggungjawab yang dimohon. Jadi apa yang aku rasa ketika berada dalam majlis perpisahan itu? Aku rasa kosong yang aku iringi dengan doa. Atau adakah aku rasa kosong sebab aku tiada sebarang attachment dengan Kak Yanti. Entah. Fikir aku, cukuplah dua perpisahan untuk tahun ini sehingga tanpa sedar ada harapan yang dituai dan doa yang tidak pernah putus barangkali.

Adik aku, Rabiatul memberi hint bahawa Iskandar mungkin akan pindah ke Negeri Sembilan dan menoktahkan kisah yang menyimpan seribu rasa di lebuh raya yang dilalui hampir saban hari. 

Ada aku beritahu Kak Lina what if kalau Iskandar yang ketika itu penyelaras sukan dan permainan dapat surat lulus eg-tukar? Jawab Kak Lina, patah sayap unit kokurikulum. Sebab Kak Lina dah pilih team koku yang terbaik. Aku berpendapat sama. Setiap ahli menunjukkan kefungsian yang nyata berbeza dengan tahun sebelum ini. Dan benar hint tersebut menjadi kenyataan. Lagi sekali aku menyaksikan perpisahan. Jadi, apa yang aku rasa ketika itu? Tidak lain tidak bukan aku rasa syukur akhirnya doa Iskandar makbul pada masa yang tepat walaupun pada mulanya seakan tidak ingin menanam harapan lagi. Sedih, sebab banyak juga memori bersama Iskandar. Tapi tiada yang lebih mengembirakan selain dapat bersama keluarga, bukan? Kak Lina, hilang sebutir permata dalam team koku yang baru ingin bersinar.

Cukup tiga perpisahan yang dirai, merelakan pergi demi bakti yang harus ditabur. Rupanya siapa kita untuk menidakkan takdir Tuhan.

Yang keempat untuk tahun ini, perpisahan Puan Ju. Macam yang aku coret awal tadi, sekejap tapi bermakna. Hadir memberi erti, mencurahkan tunjuk ajar dan bermanfaat. Apa yang aku rasa pada ketika itu? Satu ungkapan perasaan yang aku tidak boleh gambarkan dengan kata-kata. Satu rasa yang aku sendiri sukar untuk ungkapkan. Satu kalimah yang tidak aku jumpa untuk diterjemahkan. In between.

Aku melihat dua insan di hadapan ketika itu dalam satu ruang dimensi yang berbeza.

Bagi aku, segala yang perit untuk Puan Ju telah berakhir. Tiada lagi amarah yang diamuk kencang, tiada lagi kata yang memanah bagai halilintar dan yang paling penting tiada lagi suara nyaring yang menghunus kalbu. Aku rasa inilah jawaban doa yang tidak pernah padam, jawapan yang terbaik! Aku beranggapan, walaupun Puan Ju rasa sedih nak berpisah, rasa sayang untuk tinggalkan unit kokurikulum terutamanya dan dalam masa yang sama kaki tidak sabar untuk melangkah keluar. Perpisahan ini mungkin a blessing in disguise. Sedih tapi bahagia!

Dan aku pula melihat dari sudut pandang lain, seketul Norazlina yang ditinggalkan seperti kanak-kanak kecil yang kehilangan ibu. Sebaris ayat yang meluncur laju di bibir Kak Lina, "Kenapa Puan Ju tak bawa Kak Lina sekali?" dan sepatah response balas yang diberikan oleh Suhaila," Habis itu kami ini macam mana?". Cuma diam yang sepi. Loading. 

Aku melihat bagaimana air mata yang tumpah dan bagaimana dalamnya hubungan Puan Ju dan Kak Lina yang cuma mereka berdua dan Tuhan sahaja yang tahu. Mata aku fokus bagaimana eratnya pelukan Kak Lina kepada Puan Ju seakan tidak merelakan untuk Puan Ju pergi tapi harus melepaskan perlahan-lahan. Setiap titis air mata yang jatuh berderai...

Aku merakam setiap moment yang ada sehingga halwa telinga aku menangkap bunyi-bunyian yang tidak enak. Aku geram bila ada yang cuba membandingkan antara perasaan sedih Kak Lina terhadap Puan Ju dan Kak Dayah. Mereka bilang yang perpisahan Puan Ju sekadar bayangan dan yang Kak Dayah adalah sedih yang sebenar. Lantas, sedih yang bagaimana mereka mahukan? Aku yang tidak tahu keberanian dari mana aku ambil, pergi untuk menjelaskan yang itu bukan fake. Nonsense. You better keep your mouth shut up and do not compare. Perasan Kak Lina valid. Sedih dia, tangisan dia valid. Aku cuma marah oleh mereka yang tidak mahu mengerti dan tidak cuba untuk faham. Baik tengok diam-diam.

Aku? Akan melindungi apa yang aku sayang.

Dan akhirnya,

Semua hal yang berlaku pada hari jumaat itu menyedarkan aku tentang satu hakikat yang kalau aku telan sangat perit. Sakit.

People come and go.

Kita cuma dikelilingi oleh manusia, sementara. Pinjaman yang bukan untuk kita miliki. Satu masa, kita kena pulangkan kepada Pemilik Yang Satu atau satu masa jika belum ajalnya lagi untuk membiarkan dia terus terbang membawa diri ke ruang langit yang lebih baik. Untuk menumbuh.

Aku?

Cuma aku mohon pada Dia untuk panjangkan tempoh masa pinjaman ini, untuk lebih lama, untuk aku hargai dengan sepenuh hati, untuk sayang tanpa batas dan untuk kasih yang tidak pernah surut. 

Moga Allah reda akan semua hubungan yang aku bina ini.

Moga Allah memeluk erat jiwa-jiwa yang aku sayang sedalamnya, sentiasa.

Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....