27.7.25

Andai aku tidak lagi menjadi ruang rehat.

Aku perasan hujung hujung ini aku suka meluah melalui tulisan. Cuba untuk meringankan beban fikiran.

And hi, it's me again! 

Aku cuma proses apa yang sedang aku lalui sekarang. Proses untuk aku beradaptasi sebenarnya. Dan juga mungkin proses untuk aku 'melangkah' keluar, perlahan-lahan walaupun aku sakit dalam diam.

Pagi sabtu hari tu, Ain mesej. Kebetulan masa tu sekolah ada buat aktiviti gotong royong Madani. Nama aku awalnya terlibat untuk mengecat segala tiang dan tar yang ada, tapi ditukar kepada kelas Strive untuk murid tingkatan 5. Balik sampai pukul 2.30 petang. 

Dan ya, berbalik kepada Ain tadi. Ain mesej ajak keluar. Kadang dia random ajak aku keluar dan kadang timing tak betul. 

Aku replied," Aku kata aku kat sekolah, ada program gotong royong dan bersambung dengan kelas tambahan sampai pukul 2.30 petang." Aku response laju dan tak delay seperti sebelum ini.

Ain balas mesej aku. Dia kata pukul 5 petang, bukan sekarang. Sebab dia pun ada di sekolah.

Aku macam oh okay. Lama kemudian, aku replied, aku tanya dia buat apa kat sekolah dan aku ingat dia ajak aku sekarang.

Lepas tu dia tak response. Jadi aku fikir macam jadi kot pukul 5 petang nanti. 

Balik dari sekolah semua sambil berangan lepas nie nak makan malam sama-sama dengan Ain. Aku tunggu sampai aku terlelap dan aku terjaga oleh alarm clock yang aku dah set up awal. 

Bila aku sedar, aku tengok telefon aku kosong tanpa mesej atau missed call. Yang muncul cuma mesej dalam group Telegram Korang Okay ke Hari Ini, group yang cuma ada Kak Lina, Shafika dan aku. Group yang wujud asbab suami Shafika outstation.

Shafika ajak kami berdua menemani dia ke KL East Mall, nak cari cardigan Nealofar ft kartun tu. Kak Lina tak boleh join sebab malam tu nak keluar, ada dinner dengan keluarga. Yelah, ayah Kak Lina datang sini. Fahamlah. Jadi, aku jelah singlet yang ada.

Aku macam berkira-kira nak pergi sebenarnya sebab aku kan dah set minda nak keluar dengan Ain.

Tapi bila dah pukul 5 masih lagi tak ada berita apa, aku mesej Ain pada pukul 5.40. Aku tanya jadi ke nak keluar sebab kalau tak aku nak proceed dengan plan aku yang lain, which is aku akan keluar dengan Shafika.

Guess what, pukul 7 macam tu baru dia response. Dia call tapi aku tak angkat sebab aku dah pun on the way ke rumah Shafika.

Dia mesej, dia cakap dia ingat aku tak jadi keluar dengan dia. Sebab aku tak cakap aku jadi nak keluar dengan dia. 

Tapi, bila aku amati balik mesej aku. Dia yang sebenarnya tak response mesej last aku pagi tu. Salah aku juga kan sebab berharap untuk sebuah ketidakpastian. 

Aku cuma mampu response; 

"Haha. Tak apa. I salah faham. Haha. Okay."

Jawapan yang paling sakit yang aku terima dari dia;

"Serius, I tak tahu. Sebab biasa you cakap okay."

Jadi, adakah aku 'okay' person selama ini? Adakah aku orang yang tak boleh say no sebelum ini? Adakah aku follower?

Lagi sekali aku diam. 

Lalu response aku ibarat mati rasa;

"Eh tak apa. Enggak apa apa kot. No worries."

Aku cuma menutup apa yang aku rasa di sebalik tidak apa.

Dan pedih untuk aku hadam mesej last.

"Ok u."

Dan last daripada aku petang tadi;

"alright".

Benda nie buat aku sedar satu hakikat. Aku mungkin tidak lagi menjadi ruang rehat untuk dirinya. Dia tidak lagi mencari aku seperti dulu. Mungkin aku telah menjadi tempat singgah yang sementara.

Aku tengok balik foto kami berdua dalam Google Photos. Our golden era bersama-sama last tahun 2023.

Faham kan maksudnya apa. Maksudnya aku pun sebenarnya dah slow slow pudar dalam radar kehidupan dia. Entah. Tak tahu nak ungkap perasaan itu macam mana.

We used to be together, spent almost our time together. And me always said yes to every single time whenever she asked. Sebab tu dia cakap aku selalu kata okay. Jadi, betulah aku okay perseon selama bersahabat dengan dia, bukan? 

Aku pernah bilang dalam tweet aku. Salah seorang yang aku akan 'hold' forever it is you,  Ain. A sister not by blood but by soul. 

Tetapi Ain, makin lama aku 'hold' aku makin sakit Ain. Perasaan ini memakan aku dalam diam walaupun perlahan-lahan. 

Adakah star kita akan align di kemudian hari nanti? 

Aku cuba untuk masih bertahan. Sampai bila yang aku sendiri tidak tahu.

Namun, seandainya aku tidak lagi menjadi ruang rehat mu...

Cukuplah engkau tahu, engkau pernah menetap di hati aku dan aku akan terus mendoakan mu dalam diam.

Aku tak nak jadi BFF mu, babe. Aku nak kita jadi friend forever yang boleh kita memegang tangan dan berlari di taman syurga.

Dan...

Maafkan aku, Siti Nur Ain Ab Rahman atas khilaf dan salah yang tak terungkap selama ini.


No comments:

Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....