Tarik nafas, hembus nafas. First time nak tulis dekat sini. Sebab sebelum nie tak pernah nak luah dekat mana-mana platform hatta kepada kawan-kawan terdekat sendiri. Dan tak semua tahu sisi ini. Terlalu peribadi untuk dikongsikan. My worst nightmare, yang mana aku harap takkan berulang lagi. Aku fikir aku sudah bebas, tapi rupanya ada. Cuma belum meletup kalau bukan tiba masa.
Mak aku. Aku tak pernah cerita satu sisi perihal mak aku, Aku ingat mak okay sebenarnya dan akan okay. Tapi mak rupanya sembuh dalam pendam. Bagaimana? Nak taip nie pun tangan tak lekang dari menyapu air mata. Bagaimana harus bermula satu aksara penceritaan jika tak henti titisan mutiara jernih? Sakit nak luah.
Minggu lepas masa hari pekerja, adik aku Rabiatul balik kampung. Ada urusan nak diselesaikan. Balik untuk tempoh beberapa hari, sampai selasa. Okaylah kan. Aku pun ada minta tolong dia juga settlekan hal aku. Dalam tempoh tu, dua tiga hari mak aku macam tak okay. Mak kata baru kebah daripada demam. Fahamlah. But, her mind is not in a good health. Cakap benda yang tak betul, merapu bukan-bukan. Yang pasti bukan mak aku macam sebelum nie. Ada satu malam isnin tu, Rabiatul called pukul 2.00 pagi. Of course aku tak angkat, sebab my phone is always in silence mode. Mak aku rupanya meracau pagi tu. Tapi, sekejap. Dalam 10 minit macam tu. But, it was definitely our wake up call, signal that telling us our mom was not totally okay. Kalau ikut apa yang kami ingat, kira ini kali ketiga.
The first one was the harderst. Masa tu aku sekolah lagi, Muhammad kecik lagi. Masa tu bulan puasa, kejadian berlaku waktu sahur. Mak goreng ayam. Tapi ayam tu tak masak sangat. Gaul makan dengan nasi letak kicap. Masa tu juga mak dah start cakap pelik-pelik. Kami adik beradik takut sangat waktu tu. Ayah kerja masa tu. Kakak aku cakap masuk bilik. Kunci pintu. Kakak aku keluar daripada jendela bilik tu, berlari beritahu mak saudara aku yang duduk bersebelahan dengan rumah kami. Lepas tu semua ayah balik. Ayah uruskan apa yang patut. Tahun tu aku rasa tahun 2005 ke atas. Abang aku masa tu belajar dekat IKM, Melaka tak silap. Ingat lagi masa mak aku tak sihat tu, semua kena urus macam mak aku baby. Pernah aku nak suap mak aku makan, tapi ditepisnya nasi tu. Habis berterabur. Sambil kutip nasi, sambil sapu air mata. Tak sanggup tengok mak dalam kondisi macam tu. Lama mak macam tu. Macam macam kaedah rawatan kami guna. Cuma satu jer, kami tak bawa mak pergi klinik untuk buat rawatan. Kesihatan mental waktu tu tabo. Takkan aku tergamak nak cakap yang mak aku gila kan? Aku pun kurang pendedahan dengan mental health tika itu. Aku cuma ikut dan patuh apa yang orang tua suruh buat. After all, mak aku okay. Evertyhing just back to normal. Walaupun masa tu aku rasa mak aku bukan yang macam sebelum ini. She just slowly getting her self back. Dan aku dah tak harap benda ini akan berlaku lagi.
However, thing just happened long after that. Second time. Masa nie aku dah belajar kat universiti. Masa tu cuti penggal. Jadi, aku kerja buat side income dengan Ain. Buat biskut raya masa nie. Lebih kurang waktu nak dekat puasa juga. Waktu nie juga dah nak dekat pilihan raya. Ayah called. Minta berhenti kerja daripada kilang biskut sebab mak tak sihat. On the spot aku aku berhenti kerja. Ain datang hantar aku dengan kereta. Dapatlah duit 700 ringgit. Tauke aku masa tu mak saudara Hikmah juga. Sayang juga nak berhenti, sebab masa tu best kerja buat biskut rasa. Tapi sayang aku pada mak aku tetaplah melangit. Aku tak ingat macam mana aku lalui fasa selepas itu. Yang pasti semua kembali okay. Kehidupan kami kembali normal. Aku fikir sampai situ sahaja. Rupanya...
Thing happened for the third time. Tahun ini, 2025. Tahun yang mana mental health dah jadi kalis. Tahun yang mana semua orang dah aware sebenarnya berkaitan masalah kesihatan mental. Tetap juga begitu, aku rasa useless. Sebab aku tak boleh buat apa. Aku duduk jauh nun beratus kilometer. Aku tak ada lesen kereta untuk bawa mak aku pergi klinik diagnos apa masalah yang membuku di hati dan minda mak aku dan aku tak ada support sistem yang kuat. Ayah aku okay jer nak bawa mak aku pergi klinik, kakak aku, Rabiatul okay jer. Tapi abang aku, adik beradik mak aku tak nak bawa pergi klinik. Guna alternatif perubatan Islam sahaja. Ya, aku tak nafikan. Tapi takkan nak biar mak aku terus macam tu. Aku rasa paling useless, sebab aku tak boleh buat apa apa. Aku tak boleh nak mohon cuti. Aku tak boleh buat apa-apa. Cuti Hari Wesak semua orang berebut nak beli tiket balik kampung. Aku beli tiket balik kampung pagi sabtu, datang KL balik hari ahad malam. Aku Tak sampai 48 jam keberadaan aku di rumah.
Malam tu, mak terjaga pukul 2 pagi juga nacam tu lebih kurang. Ayah kejut aku untuk tengokkan keadaan mak aku sementara ayah pergi tandas. Aku baring sebelah mak aku, aku peluk mak aku. Aku usap belakang mak aku sampai aku rasa pipi mak aku hangat. Betapa berat beban mak aku tanggung. Aku baca doa syifa' slow slow dekat mak aku. Aku hafal doa tu. Ya Tuhan, tak kuat untuk aku lalui semua ini.
Pagi tu, aku masak nasi goreng ikan. Aku goreng kerepok. Aku buatkan air teh o panas. Mak makan sampai licin pinggan tu. Mak cakap sedap. Pandai aku masak. Membunga hati aku, kembang setaman tika tu. Rutin mak aku memang banyak membaca al-Quran. Mak cakap nak khatam al-Quran sebelum musim haji berakhir. Petang tu aku dah cadang nak potong kuku mak aku. Tapi mak lagi cepat bertindak. Mak minta aku potong kuku dia. Sambil potong kuku, sambil aku belek jari jemari tua itu. Jari jemari yang sudah lama tidak aku usap dan belai. Kalau salam, cium tangan sebelum nie tidaklah aku perhati sejauh itu. Dalam aku tarik nafas. Jiwa aku sebak. Air mata aku hampir tumpah. Aku potong lagi kuku kaki mak. Lagi sebak. Besarnya jasa mak nak besarkan anak-anak. Tanpa sedar, dalam kita mendewasa, mak makin meniti usia. Lepas tu mak meracau lagi. Aku dengan mak berdua sahaja, Ayah pergi urus lembu lembu semua tu. Aku biarkan mak aku lepaskan segalanya, Aku tak lari. Aku baring sebelah mak aku. Aku usap paha ak maku yang tengah duduk, Aku baca seberapa boleh doa syifa, penuh sandaran dan pengharapan yang tebal. Kuatkan kami ya Allah dalam melalui ujian getir mu ini ya Allah.
Sumpah, aku tak nak balik KL malam tu. Aku nak stay dengan mak. Aku tak nak balik. Apa daya aku kan. Antara dua amanah dan tanggungjawab, antara harus memilih dan melepaskan walau sakit untuk ditelan.
Mak, you are my everything. Mak kena kuat untuk semua hal ini. Mak, sayang mak. Orang sayang mak sangat-sangat!!!!!
No comments:
Post a Comment