Assalamualaikum. Apa khabar?? Moga-moga sihat sejahtera hendaknya. :) Apa yang penting,ucapkanlah alhamdulillah kerana masih lagi diberikan peluang dan ruang untuk terus menarik nafas pada hari rabu ini. ^^ Dan alhmadulillah juga kerana BD masih lagi dapat menukilkan sesuatu pada entri kali ini. :) Skema bahasa! Tak kisah pun. Hahaha..
Hari nie cuti sempena pertabalan Agung. Moga ALLAH SWT meredhai dan merahmati negara tercinta kita. Amin. Jadi,hari ini memang tak da langsung kelas. Happy + excited = kerja berlambak. Hahaha.. Kenapa?? Sebab agaknya BD banyak tangguhkan kerja. Iye ke?? Teringat pula, do not delay your works or you will regret tomorrow.. Serius, ada yang BD sesalkan.. Tapi, tu bukan main point BD yer....
Sebenarnya entri nie khas ditujukan untuk dua sahabat, teman, kenalan dan kawan yang baru semester ini dikenali. Itu pun kerana sekelas. Jap,sebelum ini memang tak kenal secara lanjut pun..cuma sekadar kenal rupa. Tu jer. Short term memory, sebab 30 saat kemudian dah lupa. Lepas tu mulalah diri membuat onar..
'' Eh, rasanya pernah tengok diorang nie..kat mana eh..?? Rasanya diorang nie satu U ngan aku.. Haha''.. Kemudian, mulalah banyak 'rasa' yang dicipta, ditokok tambahnya. Rasa masin, manis dan tawar mula bercampur aduk. Keke..^^
Habislah..aku dah mula nak pergi jauh dari topik asal.... Tolong!!!
Alkisah asalnya begini...
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Vanue: Annex 206, CFS,IIUM Petaling Jaya, Selangor
Time / Day : 2.00 - 3.00 pm / Tuesday
Class : Introduction to Human Sciences.
Topic to discuss: Sociology and Antrophologgy
Instructor's name: Mdm. NurHidayah Bt Abdullah
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelas kami habis awal hari itu. Sebenarnya kelas kami start pukul dua sampailah pukul empat. Tapi,Madam ada hal penting untuk settelkan. Jadi, terpaksalah kami redhaka satu jam yang lebih tu. Ok,kelas sampai pukul tiga jer. :) Bla..bla.bla.. Madam cakap, aku pun cakap jugak. Hahaha.. Budak baik katakan.. Hihi..
Habis sahaja kelas tu..
Tutttt...tutttt.. ada hamba ALLAH bagi hadiah. Terkedu tak terkata kita. Berfikirlah kita sejenak. Kenapakah??
Tanyalah BD dalam bahasa Kelantan. Amat mahir bahasa Kelantan!! Wohaaaa.....
'' Bakpo bagi nie..?''
'' Ambiklah..'' Kata hamba ALLAH tersebut..
Dalam masa terkejut tu pun, tangan tetap ambil juga. Rezeki jangan ditolak. Hihi..
Opppppssss...untuk pengetahuan semua,kelas BD terdiri dari kalangan Hawa jer. Kalau ada golongan Adam tu hanyalah pensyarah semata-mata, kecuali satu kelas jer yang ada seekor kumbang. Haha.. Jadi, hamba ALLAH yang dimaksudkan tu adalah si gadis. Ada faham?? (^__^)
Bila lama-lama fikir barulah BD teringat.. Ya ALLAH..
Sungguh, aku tolong korang bukan kerana sesiapa, tapi kerana ALLAH. Sungguh, aku tak minta apa-apa balasan melainkan balasan pahala dari ALLAH. Sungguh, aku ikhlas nak tolong korang masa tu kerana aku yakin tentang satu perkara. '' Ikhlaskan diri untuk menolong. Mungkin hari ini hari dia untuk ditolongi, dan siapa tahu mungkin esok atau lusa hari kita untuk ditolong?''. Sungguh, aku tolong korang kerana aku sayang korang. Ini kerana..''Laa yu’minu ahadukum hatta yubibba li akheehi maa yuhibbu linafsihi. None of you truly believes until he loves for his brother what he loves for himself.''. Aku percaya akan itu. Sangat dan sangat..
Aku tidak mengharapkan apa-apa balasan dari korang, cukuplah sekadar mendoakan supaya segala urusan aku dan keluarga dipermudahkan di dunia mahupun akhirat dalam setiap sujud korang. Itupun, aku rasa kecil untuk dibandingkan dengan pertolongan yang tidak seberapa itu. Kecil sangat! Aku cume menolong sekadar yang termampu. Hanya itu. Tidak lebih atau kurang.
Setakat bantu korang siapkan first assignment computer apalah sangat. Aku tahu, aku bantu. Aku tak tahu, aku buat tak tahu jer. Kan?? Sebagai orang Islam, aku bantu korang kerana aku tahu walaupun sikit ilmu didada. Tapi, tidak bermakna yang sikit itu tidak bernilai. Kan?? Alhamdulillah, kita sama-sama dapat emelkan assignment tu pada jam 12.00 pagi setelah macam-macam kesulitan yang dilalui. Tapi, tak sangka juga aku korang masih ingat lagi tentang itu. It gave me a memorable memory.
Syukran jazilan kathira, terima kasih sangat-sangat, thank you so much atas hadiah tu. Sangat menghargai pemberian korang. Maaf, tak dapat pulak tayang hadiah tu kat sini. Sebab, kawan pinjam kamera. Nak ambil gambar guna telefon memanglah tersangat mustahil. Telefon murah! Hahaha.. Lepas nie, siapa pulak nak bagi hadiah berupa telefon.. Urm..loading sebentar.. Hahaha..^^
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada insan yang disayangi kerana ALLAH SWT, Cik Ain dan Cik Salsabila...
Tiada kata atau pepatah untuk aku ukirkan. Speechless. Semester ini, perkenalan kita terputik kerana ia merupakan ketentuan ALLAH. Bukankah jodoh pertemuan itu ditangan ALLAH? Dan aku yakin yang persahabatan ini terjalin juga kerana ALLAH.
Seronok dapat kenal korang. Happy go lucky. Boleh masuk dengan otak aku yang tak berapa betul nie. Hihi.. Aku tak berapa pandai sangat, jadi aku kena kawan dengan korang yang lebih pandai dari aku sikit. Boleh?? Keke (^__-)
Mohon tunjuk ajar, Sifu sekalian..............................................
Harapan...
Jangan lupakan aku dalam setiap doa kalian, kerana aku insan lemah. Bimbinglah aku menuju jalan ALLAH, kerana aku masih lagi perlu dibimbing. Tegurlah aku andai langkah ku longlai dan jauh dari landasan lurus, kerana aku masih lagi perlu ditegur.. Sayangi aku bukan kerana aku kekurangan kasih sayang, tapi aku perlu kasih sayang kalian kerana aku juga sayang kalian, ikhlas kerana ALLAH Ta'ala. Bajailah pokok persahabatan ini andai aku leka sehingga membiarkan ia layu, langsung terus tidak berbunga.. Siramilah ia sesekali agar basah dan dapat bangkit untuk terus hidup hingga ke akhir nafas.. Jika perlu, cantaslah, potonglah, buangkahlah jauh-jauh segala ulat dengki, fitnah dan yang seangkatan yang dapat mematikan pokok persahabatan kita.. kerana mungkin ia bakal memusnahkan jalinan ukhwah yang terbina. Duhai teman, aku mohon.. Jangan sesekali biarkan aku keseorangan kerana aku juga perlukan teman di sisi. Aku mohon..
Terima kasih atas persahabatan ini.... (^__^) | ^^ | :) | (^__-)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tunggang terbalik kehidupannya...
Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....
-
Sabtu yang ketiga: Aku berbicara mengenai KESUSAHAN. . Sabtu yg ketiga..BD kmbali dgn coretan hidup...KESUSAHAN..Ya,susah itu ba...
-
Hye, it is me again! Alang-alang buat poster untuk Hari Kemerdekaan, aku singgah menaip sini. Sekali harung. Kalau tidak, cerita ini akan ja...
-
Pagi sabtu itu aku terima sepucuk surat.Surat tentang perlantikkan guru Bahasa Melayu.Ya Allah,betapa bersyukurnya aku diatas kurniaan ini...