22.1.12

::. Alhamdulillah .::

Assalamualaikum.. Selamat pagi,semua..
Subuh tadi ada baca al-Quran tak..? Ada,ada...Good girls and good boys.. Siapa yang agak culas sikit dalam  bab nie..rerajinkan diri membelek surat cinta dari ALLAH SWT. Boleh? Orang Islam mesti lagi tidak dapat tidak mesti boleh.. Ngee^^

Alhamdulillah..pagi nie BD masih lagi diberikan nyawa untuk nenghirup setitik dua udara. Syukur! ^__^

Urmmm...sekejap! Apa yang aku nak taip nie................ Wakakaka...:p
Lupa!! Umur dah naik satu anak tangga. Keke.. Tu lar..amalkan selalu memakan kismis ataupun kurma.
Benda nie dapat elakkan kita dari mendapat penyakit mudah hilang ingatan. Dalam erti bahasa payah..lalalalala...fikir sendiri... Haha.. Biarpun manis,insya-ALLAH..takkan ada penyakit kencing manis. Hehe..Kata orang,ikhtiar dulu. :)

Alhamdulillah is my title today. Why?? Secret. Boleh? Haha..

Petaling Jaya,Selangor :

Ramai orang kata,kawan I katalah... I pun katalah juga.. Hehe..
Lebih kurang cam nie lar....

Tempat :

'' Duk Nilai lagi best. Bila-bila masa boleh keluar. Tesco ada,Big Gaint pun ada. What else? Nak lepak kat Dataran Nilai pun boleh. Kat sini..fuhhhh...kebebesan tersekat!! Nak keluar kena ikut rules and regulation " Bertamadun lar sikit kan..Then,punya banyak lar mereka complem kan.. Orang ada mulut kan.. Hehe.. Tapi,sedarkah mereka..lagi sekali mereka termasuk I yang this is the best place dari merempat bawah jambatan. Ulang siar merempat bawah jambatan!! Ucapkanlah,alhamdulillah..:)

Kelas :

'' Alahai..siot punya kelas jauh. Penat kaki eden jalan nie. Tapak kasut mau tercabut maa.. Haha..kuat sangat berjalan! Eh,geram betulah aku nie..tak da kelas dekat ke..? Yang jaraknya cuma sejengka dengan aku. Kat Nilai dekat lar juga even kena daki tangga. Kat sini bukan setakat tangga kena daki,bukit pun sekali " Amboi-amboi..menentang nampak! Haha.. Tapi,sedarkah dia termasuk I yang itu lebih baik dari berpanas menghadap cuaca? Sekurang-kurangnya kita selesa menghadap ilmu,bukan.? Ucapkanlah alhamdulillah..

Sebenarnya,dalam hidup kita..hari-hari yang kita lalui..ada aje yang tak kena dengan kita. Itu inilah.Complem sana,situ sini lar. Cerewet punya olang lar.. Keke.. :p
Kalau kita jadi big boss atau orang besar..tolonglah jangan bersikap begitu dengan orang kecik. Kesian mereka. Jangan bila sampai  office terus masam mukanya. Tak elok,bukan.? Tanpa orang kecik tu apalah sangat bisnees kita,siapalah  sangat kita kan. Sama jer kita yang big boss nie dengan spesis tu kat mata ALLAH SWT. Jadi,ucapkanlah alhamdulillah diatas pertolongan mereka. Hanya ALLAH SWT yang mampu membalasnya. Okay. Tu simple example lar kan.. Situasi yang lain pun sama. Jangan lalai,jangan sombong dalam mengaplikasikan kaedah alhamdulillah dalam hidup seharian kita. Tidak kira besar atau kecil perbuatan itu,biasakan alhamdulillah meniti dibibir kita. Senang,bukan..? ^^

Sebagai penutup tirai kali nie..BD nak pesan..jangan lupa amalkan alhamdulillah. Selamat mencuba dan terus beramal. Insya-ALLAH. :)

Alhamdulillah,berjaya juga taip entry nie. Keke..^__-

5.1.12

Time to LOVE

            Selamat tengah hari semua..

Enjoy ur lunch today.. Haha..Dapur rumah BD pun tak berasap lagi.. Kayu api tak da.. Boleh pulak..?? Bukan,nak update blog sat.. Haha..  Alasan!! ^^

January nie sehingga May,BD akan jarang menjarangkan update segala secret yang terbaik dari rumah punya!! keke ^__-  Iyelah..korang perasan lagi celik tak tajuk apa untuk 5hb nie..?? Okay,fine.. Buka mata luas-luas sampai habis baca entry nie. Kejam kau!! Ada aku kisah.? Haha..

Time to LOVE.. Tapi,dengan siapa ek..?? BD bukannya ada teman tapi mesra pun. Urmm,suami.? Hishhh..gila kau.. Akad nikah bersaksikan bintang dan bulan pun belum.. Haha..
Jadi...???? lalala..

Okay..mai sini ramai-ramai..BD nak bagitahu rahsia yg terhangat  dari dapur nie .. ^^

Seperti korang maklum lagi tak arif BD akan menyambung balik semester akhir pada 9hb nie. Ya,untuk meneruskan saki baki perjuangan yg terakhir di Pusat Asasi,UIAM. Masih berbaki 4 hari lagi untuk memulakan pengajian,tapi budak kampung nie terpaksa pergi awal.. For what.? Hisy..mestilah kena pergi awal.. Daftar bilik,salin jadual class,daftar wifi,daftar electrical items dan banyak lagi lar hal yang gua kena bereskan.
Letih!!! Penat!!!! Malas!!!!!

Jumaat pagi esok BD akan naik bas di stesen bas Kuala Besut. Transit ke Shah Alam. Keesokan paginya.. Petaling Jaya. ^^

Jadi,lepas nie masa untuk BD bercinta  dengan buku-buku..segala assignment bagai.. Semoga cinta ini akan berpanjangan. Lala..^__*

Okay,fine.. BD dah cukup puas dan telah menikmati cuti 3 bulan nie dengan jaya lagi cemerlang. Tapi,sayang pulak nak tinggal drama Gemersik Kalbu. Haha. Pencinta drama!! Baca novel dengan lakonan tak sama kan.?? ^__^
Bicara Hati? Forget it. Even BD nak sangat tengok citer tu,nak sangat.. Tapi,apa daya.. Ayah aku tak langgan Astro. Redha jer. Pasrah! Lagi pun BD dah khatam novel Bicara Hati beberapa kali. ^__-

Konklusi,BD gembira sangat terbabit secara tak langsung dalam dunia blog. Banyak ilmu,pengalaman yang dikutip selama setahun lebih nie.. Bagi BD..Dunia Blog lagi menarik dari Dunia Facebook. :)
BD sayang korang semua! Jangan nakal-nakal.. Lalala..^^
May ALLAH bless you all forever.

P/s : Doakan kejayaan BD di dunia dan Akhirat. 


^___^   
            ^___- 
                       ^^ 
                             ^__*



2.1.12

Before And After

Assalamualaikum..

Korang dah tidur ke?? Dah! Urm..bagus lar kalau cam tu.. Dah tidur tu jangan lupa nak bangun pulak.. Mentari esok masih ada..
Keke ^^
Haisy..tak tahu lar nak taip apa nie.. (mengeluh ) Petang tadi banyak jer menda nak taip. Semangat! Maklumlah pengikut dah mencecah 51 orang. Suka sangat!  ^_-
Tak apa sikit-sikit,lama-lama jadi bukit lar. Boleh gitu kan..? Alahai..

Okay..tetiba rasa semangat nak menaip nie.. Hehe <_> Jom..

Malam yg sejuk...Mungkin sisa hujan masih terasa lagi.. :) Ya ALLAH..Rahmat-Mu cukup luas.. ^____^

22/05/2010

Arggghh..tarikh tu mana boleh lupa..Tarikh tu membuatkan aku keseorangan mencari ilmu di Centre for Foundation Studies,IIUM. aku lemas kerana aku sepi.Aku takut kerana tiada sesipa dikalangan teman-temanku,yang dekat denganku di sini. Tolonglah hamba MU ini..Aku ingin kembali di tempat ku dulu. Tempat ini begitu asing!!
Lama aku berfikir..Apakah erti semua ini.? Apakah maksud yang cuba disampaikan ya TUHAN..
Dan memang benarlah kalam MU,utusan MU,aku yakin pada ALLAH,akan ada seribu hikmahnya.

Love is friendship

Selama setahun setengah berada di CFS,apatah lagi bakal menjejakkan kaki ke final semester..aku semakin matang menempuh cabaran.Suka mahupan duka,kecewa walau sedih,pahit ketika senyum dan sebagainya cuba menyedarkan aku yang hidup ini bermacam ragam,lebih-lebih lagi manusia itu bermacam-macam akal.. Tapi,itulah rencah kehidupan. Resepi dunia barangkali!

Dalam bersahabat,harus ada give and give..and give selagi termampu.. Kenapa?? Sebab,persahabatan ini tak sama seperti bercinta..Dalam bercinta,you give and take. Betul tak.?? (kalau betulah) ^^

Sekolah rendah : Time tu..kawan adalah segalanya. Pergi kantin dia ada. Pergi toilet pun ada dia! Masa tu apa yang kita tahu, kita kawan seikhlas hati. Time gaduh pun sekejap jer. Sehari kemudian,waaaa dah okay balik. Simple kan kite bersahabat time dulu-dulu. Masa tu pun umur kecik lagi.
Kata mak : Urmm..belum matang lagi budak nie.. Apa pun rindu masa dulu. Jam : Bolehkah kau undur balik tahun 2004??
MUSTAHIL!!!  =_=

Sekolah menengah : Aiyyaa,,yg nie lagi emo.. Hisy..kawan sekolah rendah dah tak duk sekali dengan kita lagi. Semua dah berpindah sekolah. Ada yang duk kat seberang sana.. Ada yang kat situ..Melata! Apa pun persekolah mesti diteruskan.. Lama-lama...
Wow...awak nie seronok lar. Suka kawan dengan awak. Tak macam kawan sekolah rendah dulu. Masa tu mulalah kite bandingkan antara yang baru dengan yang lama. Alah..macam selipar jepun baru dengan selipar jepun yang dah haus tu.. Lepas tu..mulalah kita ikrar..awak....kita tetap kawan selamaya. Bahagia hati! Bunga pun berkembang mekar.. Mekar dan terus mekar!! ^^
Tut..tut..pejam celik..esok,lusa,tulat...
Awak..kita sayang lar nak berpisah dengan awak. Tapi,nak wat cam ne.. Saya kena sambung belajar kat sana. Kemudian..sobsobsob.. :(
Saya sayang kamu semua. Sangat sayang!!  ^__*

Sekolah asasi : Pewwwiiittt..
U asal mana..? I dari Penang. U?? Haaa..Urmm..Terengganu. I dari Terengganu.
Alahai..bila dah besar..percakapan kita pun dah berubah. Mak oii..
Kawan-kawan semua baru..Persis mutiara di laut. Mana ada macam sekolah menengah dulu. Kolot jer. Fikiran pun tak matang! Orang putih kata apa..Urm..tak matured!
Tapi tu lar..kita mudah lupakan sesuatu yang lama setelah kita dapay yang baru. Senangkan sifir manusia. Kejam kau!


Apa yang BD tulis tu tak da kaitan dari mana-mana pihak. Ini sekadar luahan hati sahaja. Bicara hati seorang teman..

'' Aku nak cakap kat korang..tak kisah lar kau kawan sekolah rendah ke,menengah ke,asasi ke..aku still sangat dan sangat sayangkan korang. Mana mungkin aku lupakan sahabat,teman,kawan yang telah berada di belakang tabir hidup gadis kampung nie. Tanpa korang,tanpa semangat korang..percayalah,aku takkan sekuat ini. Jangan ingat bila aku dah tak contact korang,dah lupa nak tanya khabar korang..bila online facebook tak komen kat post korang..percayalah,tu tak bermakna aku tak ingat langsung kat korang. Sumpah! Dalam hati aku,tak da sekelumit pun niat busuk aku nak putuskan persahabatan kita. Percayalah! Prinsip aku mudah jer. Sekali dah kawan..selamanya kawan. Before or after. For me,love is friendship. Aku..aku sayang korang sepenuh hati..setulus jiwa raga. Cuma apa yang aku harapkan kat korang..tolonglah jangan lupakan aku walaupun beribu kilometer..walaupun beratus jarak memisahkan dunia kita. Tu jer.. Aku tak harap pun bila korang dah kerja besar,dah berumah besar..bekereta jenama bagi duit kat aku. Nie upah kau jadi kawan aku. NO!!!.. Aku ikhlas kawan dengan korang.Korang pun kena ikhlas kawan dengan aku. Orait..akhir kata...Aku rindu saat-saat kita bersama. Korang terbaik!!!! ''

Maaf..entri nie panjang sikit..sikit jer. Korang nak baca boleh,tak nak baca boleh. BD tak kisah. Sekarang BD dah cukup berpuas hati. Semuanya BD dah lepaskan di sini. Hoho ..^^
Untuk korang..jaga persahabatan korang baik-baik. Kawan tak sama macam boyfriend. Sahabat tak sama seperti husband. lalala.. Penting untuk korang ingat yang LOVE IS FRIENDSHIP.
^_____-









Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....