Korang dah tidur ke?? Dah! Urm..bagus lar kalau cam tu.. Dah tidur tu jangan lupa nak bangun pulak.. Mentari esok masih ada..
Keke ^^
Haisy..tak tahu lar nak taip apa nie.. (mengeluh ) Petang tadi banyak jer menda nak taip. Semangat! Maklumlah pengikut dah mencecah 51 orang. Suka sangat! ^_-
Tak apa sikit-sikit,lama-lama jadi bukit lar. Boleh gitu kan..? Alahai..
Okay..tetiba rasa semangat nak menaip nie.. Hehe <_> Jom..
Malam yg sejuk...Mungkin sisa hujan masih terasa lagi.. :) Ya ALLAH..Rahmat-Mu cukup luas.. ^____^
22/05/2010
Arggghh..tarikh tu mana boleh lupa..Tarikh tu membuatkan aku keseorangan mencari ilmu di Centre for Foundation Studies,IIUM. aku lemas kerana aku sepi.Aku takut kerana tiada sesipa dikalangan teman-temanku,yang dekat denganku di sini. Tolonglah hamba MU ini..Aku ingin kembali di tempat ku dulu. Tempat ini begitu asing!!
Lama aku berfikir..Apakah erti semua ini.? Apakah maksud yang cuba disampaikan ya TUHAN..
Dan memang benarlah kalam MU,utusan MU,aku yakin pada ALLAH,akan ada seribu hikmahnya.
Love is friendship
Selama setahun setengah berada di CFS,apatah lagi bakal menjejakkan kaki ke final semester..aku semakin matang menempuh cabaran.Suka mahupan duka,kecewa walau sedih,pahit ketika senyum dan sebagainya cuba menyedarkan aku yang hidup ini bermacam ragam,lebih-lebih lagi manusia itu bermacam-macam akal.. Tapi,itulah rencah kehidupan. Resepi dunia barangkali!
Dalam bersahabat,harus ada give and give..and give selagi termampu.. Kenapa?? Sebab,persahabatan ini tak sama seperti bercinta..Dalam bercinta,you give and take. Betul tak.?? (kalau betulah) ^^
Sekolah rendah : Time tu..kawan adalah segalanya. Pergi kantin dia ada. Pergi toilet pun ada dia! Masa tu apa yang kita tahu, kita kawan seikhlas hati. Time gaduh pun sekejap jer. Sehari kemudian,waaaa dah okay balik. Simple kan kite bersahabat time dulu-dulu. Masa tu pun umur kecik lagi.
Kata mak : Urmm..belum matang lagi budak nie.. Apa pun rindu masa dulu. Jam : Bolehkah kau undur balik tahun 2004??
MUSTAHIL!!! =_=
Sekolah menengah : Aiyyaa,,yg nie lagi emo.. Hisy..kawan sekolah rendah dah tak duk sekali dengan kita lagi. Semua dah berpindah sekolah. Ada yang duk kat seberang sana.. Ada yang kat situ..Melata! Apa pun persekolah mesti diteruskan.. Lama-lama...
Wow...awak nie seronok lar. Suka kawan dengan awak. Tak macam kawan sekolah rendah dulu. Masa tu mulalah kite bandingkan antara yang baru dengan yang lama. Alah..macam selipar jepun baru dengan selipar jepun yang dah haus tu.. Lepas tu..mulalah kita ikrar..awak....kita tetap kawan selamaya. Bahagia hati! Bunga pun berkembang mekar.. Mekar dan terus mekar!! ^^
Tut..tut..pejam celik..esok,lusa,tulat...
Awak..kita sayang lar nak berpisah dengan awak. Tapi,nak wat cam ne.. Saya kena sambung belajar kat sana. Kemudian..sobsobsob.. :(
Saya sayang kamu semua. Sangat sayang!! ^__*
Sekolah asasi : Pewwwiiittt..
U asal mana..? I dari Penang. U?? Haaa..Urmm..Terengganu. I dari Terengganu.
Alahai..bila dah besar..percakapan kita pun dah berubah. Mak oii..
Kawan-kawan semua baru..Persis mutiara di laut. Mana ada macam sekolah menengah dulu. Kolot jer. Fikiran pun tak matang! Orang putih kata apa..Urm..tak matured!
Tapi tu lar..kita mudah lupakan sesuatu yang lama setelah kita dapay yang baru. Senangkan sifir manusia. Kejam kau!
Apa yang BD tulis tu tak da kaitan dari mana-mana pihak. Ini sekadar luahan hati sahaja. Bicara hati seorang teman..
'' Aku nak cakap kat korang..tak kisah lar kau kawan sekolah rendah ke,menengah ke,asasi ke..aku still sangat dan sangat sayangkan korang. Mana mungkin aku lupakan sahabat,teman,kawan yang telah berada di belakang tabir hidup gadis kampung nie. Tanpa korang,tanpa semangat korang..percayalah,aku takkan sekuat ini. Jangan ingat bila aku dah tak contact korang,dah lupa nak tanya khabar korang..bila online facebook tak komen kat post korang..percayalah,tu tak bermakna aku tak ingat langsung kat korang. Sumpah! Dalam hati aku,tak da sekelumit pun niat busuk aku nak putuskan persahabatan kita. Percayalah! Prinsip aku mudah jer. Sekali dah kawan..selamanya kawan. Before or after. For me,love is friendship. Aku..aku sayang korang sepenuh hati..setulus jiwa raga. Cuma apa yang aku harapkan kat korang..tolonglah jangan lupakan aku walaupun beribu kilometer..walaupun beratus jarak memisahkan dunia kita. Tu jer.. Aku tak harap pun bila korang dah kerja besar,dah berumah besar..bekereta jenama bagi duit kat aku. Nie upah kau jadi kawan aku. NO!!!.. Aku ikhlas kawan dengan korang.Korang pun kena ikhlas kawan dengan aku. Orait..akhir kata...Aku rindu saat-saat kita bersama. Korang terbaik!!!! ''
Maaf..entri nie panjang sikit..sikit jer. Korang nak baca boleh,tak nak baca boleh. BD tak kisah. Sekarang BD dah cukup berpuas hati. Semuanya BD dah lepaskan di sini. Hoho ..^^
Untuk korang..jaga persahabatan korang baik-baik. Kawan tak sama macam boyfriend. Sahabat tak sama seperti husband. lalala.. Penting untuk korang ingat yang LOVE IS FRIENDSHIP.
^_____-
1 comment:
kamsahamnida...syg mu utk siapa?keke
Post a Comment