Sejujurnya aku tidak tahu ingin bermula di mana. Tidak tahu ingin mencoret kisah yang mana sedang dua-dua hal buat jiwa aku bersedih. Dan dalam dua hal itu ada satu yang lukanya amat dalam. Tidak aku menduga sehingga tahap ini air mata aku tumpah. Tidak aku bisa hilangkan luka yang ditoreh meski masa menghilangkan sakit. Bagaimana mahu menoktahkan rasa untuk meluahkan segala yang membuku di jiwa, melepaskan sedikit demi sedikit beban fikiran yang ditanggung dan menerima semua hal yang telah berlaku mengikut takdir-Nya.
Cuma jika ini yang terakhir, aku cuma mampu pinta untuk tidak putus doa.
Tanpa aku sedar Isnin yang aku sangka menjadi pemula hari yang baru menjadi pencetus kepada hampirnya sebuah kehilangan. Dan benda yang paling aku takut adalah kehilangan orang yang aku sayang, baik keluarga mahupun sahabat. Aku, bila aku sayang...aku sayang sungguh-sungguh. Jadi, bila hal itu berlaku. Aku jadi takut. Takut untuk kehilangan yang aku sendiri tidak sedia. Aku tidak pasti akan sekuat mana dan sejauh mana untuk menghadapi ketentuan itu.
Dari suka suka makan kuaci bersama, menjadi duka yang laranya harap tidak panjang pada ketika detik itu. Walhal ada jiwa yang sedang sakit menahan tajamnya kata-kata aku dan interruption yang tidak sepatutnya aku bagi bila si dia, Norazlina cuba memberi penjelasan di sebaliknya. Cuba untuk menerangkan agar tidak ada yang salah erti. Tapi aku merentap semua itu dengan rakus. Dan bila aku sedar, semua itu sudah terlambat. Raut wajah Kak Lina ketika itu masih membuatkan aku terbayang-bayang dan aku fikir sepatah kata maaf boleh mengubat hati. Selepas itu, aku cuba untuk mencari kelibat Kak Lina di pejabat sebab ayat Kak Lina sebelum berlalu ingin berjumpa dengan Puan Ju. Aku pura-pura ke pejabat, meminta ihsan kertas laminate walhal dalam hati aku sudah mula gundah gelana. Berat kaki aku untuk menapak ke kelas dan betapa aku rasa masa berhenti berputar. Lama. Jiwa aku berkecamuk.
Satu mesej aku hantar. To let her calm down first and will come back to her as soon as possible. Jawapan yang aku terima tidak seperti apa yang aku doakan.
"Tak apa, tak perlu, Terima kasih Rok".
Yang membaca menangis dalam hati. Kena tepat ke dasar. Cuba untuk memeluk diri, this gonna be okay. Cuba untuk beritahu diri, kejar sebelum terlambat. Selepas kelas tamat pukul 2.40, sekeliling aku mencari di mana Kak Lina. Dan diakhirnya aku nampak. Aku mengejar dan terus mengejar. Rupanya apa yang aku kejar jauh. Langkah aku mati saat aku nampak keretanya berlalu pergi dan aku terkebil-kebil bersendirian. Saat itu aku sedar signal merah dan juga air mata yang aku tak sedar bila keluar. Aku cuma mampu sapu air mata tersebut dengan hujung baju kurung.
YOU'VE CROSSED THE LIMIT.
YOU BROKE SOMEONE'S HEART.
YOU SHOULD'NT DO THIS AT THE FIRST PLACE.
Otak aku cuba untuk 'digest' semua maklumat yang telah berlalu.
Aku beritahu Shafika tentang apa yang telah berlaku. Berat untuk aku tanggung. Mungkin ini hikmah disebalik aku bermalam 4 hari di rumah Shafika. Tuhan aturkan supaya aku ada dahan untuk berpaut.
Aku beli coklat ferero untuk memujuk jiwa Kak Lina. Sebab sebelum ini Kak Lina pernah beri coklat ferero kepada aku dan Shafika untuk satu peristiwa yang aku tak nak ulang untuk sekian kalinya, Jadi, aku fikir mungkin coklat ini sedikit untuk mendamaikan hati. Pagi selasa, aku tinggalkan nota kecil dan coklat ferero atas meja Kak Lina. Begitu juga Husna.
Harapan aku besar menggunung, yang diakhirnya berkecai.
Kak Lina cuma ucap terima kasih ketika berselisih dengan aku dan pamit tanpa sempat aku utarakan sepatah kata.
Benarlah. Luka ini dalam. Amat. Sakit.
Selasa malam, aku mesej lagi setelah diam aku yang lama. Memohon maaf dari lubuk hati yang paling dalam atas keterlanjuran kata, response dan interruption ketika perbualan semalam. Jika boleh aku undur masa, aku nak undur masa ke 10 saat ke belakang untuk menyedarkan aku sebelum terlambat. Aku cuma mampu merintih untuk sebuah kemaafan atas semua hal-hal luka di hati Kak Lina. Yang dihujungnya aku doa semoga Allah menjaga persahabatan ini sampai kita bertemu kembali di syurga-Nya. Aku nak sangat tergolong dalam golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak.
Jawapan balas Kak Lina cukup untuk aku tarik nafas dalam-dalam.
At that moment, Shafika've see me at my lowest. I've cried a river over all the things happened.
Ada beberapa ayat yang aku baca berulang kali.
"untuk melupakan agak sukar sama seperti..."
"saya dah penat dah..."
"the damage has been done. Nothing can fix it anymore..."
Dan setiap kali aku baca, aku menangis. Aku mengenangkan punca atas semua hal luka ini yang membuatkan Kak Lina sedemikian ini.
Cuma jika hal ini tidak berlaku. Cuma jika aku tahu apa yang akan berlaku.
If only I knew....
Aku ambil masa untuk menelan setiap bait patah perkataan walaupun aku tumpas dalam kata tersebut. Aku beritahu Shafika, "bagaimana untuk menghadap hari esok di saat aku akan bekerjasama dengan Kak Lina?" How do I say something to her.
Mesej balas aku masih lagi ingin memeluk jiwa Kak Lina, masih cuba untuk menanam harapan pada diri yang...
'damage' kadang bukan penamat. Kadang luka tu ambil masa untuk sembuh, tapi keikhlasan boleh jadi penawar perlahan-lahan.
Masih cuba menuai untuk memberi rasa pada diri yang....
Bukan semua retak berakhir dengan patah. Ada yang sembuh...perlahan, tapi kuat.
Masih tetap untuk setia, peduli dan sayang.
Namun...hujung jawapan yang aku terima cukup untuk buat aku hilang diri seketika.
"Once broken, considered sold".
Aku noktahkan sepi.
Then, tell me how to heal you and me.
Kita sama-sama terluka oleh luka yang aku cipta.
Aku terperangkap dengan kata-kata aku sendiri.
Mata aku bengkak.
Rabu pagi, cukup untuk beritahu aku biarlah aku menangis untuk buat kali terakhir hari itu.
Langit tak selalunya kelam, bukan? Hujan yang turun pagi itu menyelimut air mata aku yang tumpah untuk kali yang berapa.
Izinkan aku Tuhan untuk menangisi semua hal ini.
What will I lose,
I don't know.
Dan pada seketika di saat cuma aku tidak ingin putus doa, ada yang hadir memeluk jiwa. Mereka...Suhaila, Shafika dan Husna menjadi saksi dan pengantara walau padanya aku seakan berserah pada apa yang telah ditakdirkan. Cukup untuk mengubat apa namanya sakit.
Perlahan-lahan memeluk jiwa kami di bilik yang sarat dengan buku.
Cuma kami yang ingin berdamai sebelum semuanya menjadi terlalu lewat.
Cuma kami yang kadang goyah bila diuji.
Dan cuma aku yang takut untuk kehilangan.
Jujur aku takut untuk hal masa depan yang belum pasti.
Namun, izinkan sekali ini Tuhan untuk aku hargai apa yang ada sekarang.
Untuk aku yang cuma tidak mampu menahan sakitnya kehilangan.
Thank you for holding me even when I couldn't hold myself.
Semoga hal terindah untuk kita yang sama-sama terikat, melewati hari demi hari.
Doa aku...
Semoga Allah pelihara persahabatan yang kami bina atas dasar kerana Mu Ya Allah sampai hujung nyawa dan kembali berpaut tangan di syurga Mu yang nan indah.
Aamiin yang paling serius.
..........................................................................
Banyak hikmah dan 'ibrah disebalik apa yang telah berlaku.
Aku pun dah bawa bertaubat dan insaf serta lebih berhati hati dalam persahabatan selepas ini. Masih lagi menjadi diri sendiri. Takkan aku nak jadi orang utan pula. Kena ingat yang Suhaila kata, kalau terlajak nanti.... Ikut pandai hang lah. Tak la, Suhaila kata kena komunikasi. Aku pun dah tak nak overthinking. Nanti Shafika marah aku kalau aku overthinking. Shafika tu garang, tapi singa garang lagi.
Apa yang aku tulis di sini ibarat macam aku lepaskan semua beban yang aku tanggung supaya aku boleh mula berjalan dan berlari semula.