4.5.25

Diakhirnya kita mendewasa dengan luka.

Nak dijadikan cerita, semalam hari sabtu, kami bertiga Kak Lina, Suhaila dan aku memenuhi jemputan aqiqah Iman Adelia di Melaka. Shafika kata kali nie tak boleh tak datang, sebab tarikh sebelum nie cancel sebab Kak Lina dan aku ada perkhemahan badan beruniform. Aku okay jer. Sebab aku pun tunggu driver. Hahah. Kalau driver kata okay, aku turuti sahaja. Dasar tak ada lesen kereta. Well. Aku masih lagi nak jadi passenger princess. Nasib baik juga pagi tu Suhaila buat keputusan nekad untuk join kitaorang. Suhaila nie. Jadi, bertolaklah kami ke sana. Jalan macam biasa, banyak kereta. Pemanduan okay, level sederhana janji sampai. Awalnya Kak Lina drive. Sampai RnR, baru Suhaila pula drive. Aku tukang tengok gelagat mereka berdua. Suhaila passed test drive kat Melaka. Yuhuuuu.

Kitaorang sampai terus makan, lepas tu kenyang. Lepas tu tunggu Husna. Lepas tu aku makan balik. Hahah. Dua kali aku makan. Lauk pauk dia mesra braces, buat gigi aku tak sakit nak makan. Sedapnya lahai. Sesi ini boleh jadi mini reunion. Hahah. Lengkaplah geng kitaorang kecuali Kak Dayah. Hahah. Mungkin nielah yang kakak aku rasa hari tu, borak 3 jam kat kenduri kahwin tak cukup tu. Sebab kalau dah jumpa, banyak cerita yang nak dikongsi. Betulah tu. 

Petang tu, lepas balik dari majlis tu kitaorang bertiga solat jamak di Masjid Selat. Tandas dia nun jauh. Kalau dah ambil wuduk tu silap boleh batal balik. Hahah. Kitaorang tukar baju siap siap semua, sebab lepas tu nak pergi melawat tempat lain pula. Haha. Dari Masjid Selat ke Pantai Puteri. Syok lepak kat pantai walaupun singgah sekejap. Dengar deruan ombak, merenung jauh. Best! 

Lepas tu kitaorang pergi pula melawat muzium Cheng Ho tu. Besar juga dalam muzium tu. Lama jugalah kitaorang duduk tawaf kat situ dan baca apa yang patut sambil fefeeling jadi budak pandai sejarah. Hahaha. Sejam juga kot, Lepas tu nak balik ke tempat kereta tu lawak gila. Sebab parking depan kedai orang. Orang tu pula kata pukul 5 jer boleh parking. Haha. Bila dah lebih pukul 5 tu mulalah berlari. Mula mula keluar dari muzium tu slow lagi jalan. Last last mencicit lari, Hahah. Sumpah kelakar rasa moment tu. Segelabah itu Kak Lina dan Suhaila masing-masing. Dan dari niat nak beli kuih keria antarabangsa tu tinggal niat jer sebab semua orang malas nak beratur. Hahaha. 

So far berapa rate aku untuk trip kali ini? Hurm, beyond words. Infinity. Aku seronok keluar dengan mereka. Dah banyak trip kitaorang keluar sekali. Ini kali ke-enam kot. Kalau kita nak kenal siapa kawan kita, kita kena bermusafir sekali. Kalau lulus permusafiran yang pertama, akan ada lagi yang kedua dan ketiga. Alhamdulillah. Moga Allah jaga dan lindungi semua hal ini. 

Dan masa perjalanan pulang ke Kuala Lumpur malam tu, a deep talk conversation happened. Just like that. Bagaimana Suhaila mendewasa dan bagaimana jiwa kami melalui hari-hari mendatang. Sampai satu noktah, Kak Lina kata, "dan diakhirnya kita mendewasa dengan luka.". Suhaila post dalam Thread pagi tadi. Bagaimana harus kita jalani hidup ini. I told my sister about this and she replied,"luka oleh orang yang paling kita sayangi.". Somehow, it feels heavy. Bagaimana untuk menyembuh dari semua hal ini sedang jiwa ada luka yang paling dalam.

No comments:

Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....