Oh ya, dah masuk bulan 8. Cepat betul rasa. Baru rasa hari tu upload story kat Instagram yang 6 bulan sudah berlalu. Tahu tahu hari ini dah 9 Ogos. Masa yang cepat atau kita yang tak sedar? Kita berjalan seiring masa, sebenarnya.
Hari jumaat baru ini, kami berlima seperti biasa mencuri sedikit ruang selepas habis waktu bekerja untuk 'berhealing'. Lepas ini, kalau aku mentioned berlima tu maksudnya aku, Kak Lina, Husna, Suhaila dan Shafika. Ngeee ~~~~
Dalam group, Husna dah bunyi-bunyi nak lepak bersama sama ada di Sejiwa atau Black & White macam biasa. Dua kali ya. Tapi tulah, mesej itu ibarat angin lalu. Kesian Husna. Bukan, timing tak kena. Masing-masing sibuk, tak menyahut seruan tapi masih membaca dan mendengar. Aku kira walaupun tak respond, semua macam dah 'lock' hari jumaat tu. Begitu, macam ada telepathy.
Jadinya, dalam kelam kelibut hari jumaat itu kami tetap naik kereta yang sama, Alzalina dan bergerak menuju ke destinasi. Kali ini jauh ya.
Cuba teka di mana?
Yang pasti bukan Sejiwa mahupun Black & White. Dua tempat tu dekat ya. Tempat baru ini kena tunggu traffic light, kena u-turn, kena pusing dan kena bayar parking.
Kami melepaskan lelah dan tarik 'handbreak' sejeda di Richiamo Cafe, Residensi UTM tu. Tak jauh sangat pun sebenarnya. Aku pun memang dah plan nak belanja mereka semua. Aku stand by card jelah. Swipe, swipe, langsai.
Masa yang ada, kami gunakan sepenuhnya. Biar terisi dengan hal yang boleh melegakan, walaupun banyak tumpah teh. Teh apa tak tahu. Teh yang tak boleh minum.
Satu cerita ke satu cerita yang lain. Menarik jadi perempuan ini.
Sehinggalah...beralih ke topik yang aku rasa berat. Rasa yang aku sendiri tak tahu nak olah macam mana.
Topik yang berkisar tentang pentadbiran, penolong kanan, P dan yang sewaktu dengannya.
Topik yang berkaitan perihal Kak Lina, tenis dan P.
Dan ya, sehingga Shafika terkeluar yang Suhaila mengatakan aku Pro P. Aku tak ambil port pun, asal bukan mereka kata aku Pro Max. I'm not defending myself, sebab itu pandangan masing-masing.
P bukan 'matter' bagi aku untuk aku peduli dan fikir terlalu dalam.
Apa yang aku dapat simpulkan daripada topik yang banyak kami bualkan adalah;
Rasa yang kosong, untuk suatu tempoh yang tak pasti bagi mereka yang merasai.
Bekerja dalam mode autopilot. Hakikat yang sedih untuk ditelan.
Aku? Adjusting.
Tak ada yang Suhaila atau aku sendiri yang boleh bantu mereka, melainkan mereka sendiri.
Keluar. Mungkin itu salah satu cara yang terbaik.
Aku suka cara Suhaila 'leads' perbualan kami hari tu. Macam suami Shafika kata, Suhaila ini matang. Betulah tu analisis suami Shafika.
We listen, but we do not judge.
Kami 'concern' juga tentang hal Kak Lina. Tapi itu hak peribody Kak Lina. Kami hormati ruang peribadi Kak Lina jika itu yang Kak Lina pilih untuk tidak bercerita apa yang dipendam.
Tak semua kita perlu cerita, bukan?
Cuma, tetap untuk Kak Lina tahu...kami ada. We stay. I stay. Because you matter.
Dan,
Untuk rasa yang kosong ini,
Cukup untuk aku...
Cukup untuk aku langitkan agar ia tidak singgah terlalu lama, tidak membuai sampai lena dan tidak mati rasa terus.
Kerna, yang kosong kalau dibiarkan lama cuma tinggal 'kosong' kalau tidak diisi dengan 'rasa' yang mendakap diri.
Oh Tuhan, dakap kami semua.
No comments:
Post a Comment