14.7.25

People come and go.

Hi, it's me again. 

Jumaat minggu lepas, 11 Julai 2025 Kelab Bitara anjurkan satu majlis perpisahan untuk Puan Tuan Juhaida, mantan PK Kokurikulum. Aku lebih mesra panggil Puan Ju, walaupun acap kali Puan Ju membahasakan dirinya Kak Ju. Kekok dan batas hormat tu jauh lebih meninggi. 

Puan Ju, kehadirannya cuma seketika. Tidak lama. Setahun 4 bulan, 21 Februari 2024 hinggan 30 Jun 2025. Namun, tempoh yang sekejap itu ternyata memberi kesan yang mendalam kepada jiwa yang terpaut.

Norazlina, setiausaha kokurikulum sekolah. Berkaitan urusan kokurikulum, dialah tonggak yang berhubung rapat dengan Puan Ju. Dia jugalah yang banyak berkongsi rasa dengan Puan Ju dan banyak juga yang menyaksikan segala duka yang dilalui Puan Ju di sini. Emotianal attachment is deeper and stay for no one knows. 

Dari moment Puan Ju menerima perkhabaran pelantikan dan daripada sekeping poster yang dimuat naik dalam group rasmi sekolah pada 1 julai itu, aku temui jawapan kepada persoalan yang aku utarakan dalam diam.

Sekejap tapi bermakna. Dan ternyata hubungan ini untuk ada rasa sayang dan kasih tidak perlu lama. Cukup dengan berbekalkan keikhlasan mampu menjentik hati kecil manusia.

Bulan Julai yang merombak lagi sekali emosi Norazlina, mungkin.

Langit yang cerah akan ada matahari, tidak selamanya langit kelam kelabu.

Dan aku yang menyaksikan semuanya, perpisahan demi perpisahan. Bermula tahun ini dengan pulangnya Kak Dayah ke pangkuan keluarga dan pulang berkhidmat di Negeri Darul Iman. Gembira namun jiwa aku sedih. Ingin menangis, tapi air mata tak tumpah. Yang aku ada rasa ketika itu, cuma sedih yang diselimuti rasa syukur kerana proses yang dilalui untuk Kak Dayah dapat semua ini lama. 

Kemudian, perpisahan kedua diikuti oleh Kak Yanti. Hadirnya juga cuma singgah yang sekejap, menyahut cabaran untuk memulakan tugas sebagai GK di sekolah baru. Menerima perkhabaran perpindahan Kak Yanti mengingatkan aku tentang perbualan bersama Dr.Wan di kantin tempoh hari. Tentang tanggungjawab. Tanggungjawab yang dimohon. Jadi apa yang aku rasa ketika berada dalam majlis perpisahan itu? Aku rasa kosong yang aku iringi dengan doa. Atau adakah aku rasa kosong sebab aku tiada sebarang attachment dengan Kak Yanti. Entah. Fikir aku, cukuplah dua perpisahan untuk tahun ini sehingga tanpa sedar ada harapan yang dituai dan doa yang tidak pernah putus barangkali.

Adik aku, Rabiatul memberi hint bahawa Iskandar mungkin akan pindah ke Negeri Sembilan dan menoktahkan kisah yang menyimpan seribu rasa di lebuh raya yang dilalui hampir saban hari. 

Ada aku beritahu Kak Lina what if kalau Iskandar yang ketika itu penyelaras sukan dan permainan dapat surat lulus eg-tukar? Jawab Kak Lina, patah sayap unit kokurikulum. Sebab Kak Lina dah pilih team koku yang terbaik. Aku berpendapat sama. Setiap ahli menunjukkan kefungsian yang nyata berbeza dengan tahun sebelum ini. Dan benar hint tersebut menjadi kenyataan. Lagi sekali aku menyaksikan perpisahan. Jadi, apa yang aku rasa ketika itu? Tidak lain tidak bukan aku rasa syukur akhirnya doa Iskandar makbul pada masa yang tepat walaupun pada mulanya seakan tidak ingin menanam harapan lagi. Sedih, sebab banyak juga memori bersama Iskandar. Tapi tiada yang lebih mengembirakan selain dapat bersama keluarga, bukan? Kak Lina, hilang sebutir permata dalam team koku yang baru ingin bersinar.

Cukup tiga perpisahan yang dirai, merelakan pergi demi bakti yang harus ditabur. Rupanya siapa kita untuk menidakkan takdir Tuhan.

Yang keempat untuk tahun ini, perpisahan Puan Ju. Macam yang aku coret awal tadi, sekejap tapi bermakna. Hadir memberi erti, mencurahkan tunjuk ajar dan bermanfaat. Apa yang aku rasa pada ketika itu? Satu ungkapan perasaan yang aku tidak boleh gambarkan dengan kata-kata. Satu rasa yang aku sendiri sukar untuk ungkapkan. Satu kalimah yang tidak aku jumpa untuk diterjemahkan. In between.

Aku melihat dua insan di hadapan ketika itu dalam satu ruang dimensi yang berbeza.

Bagi aku, segala yang perit untuk Puan Ju telah berakhir. Tiada lagi amarah yang diamuk kencang, tiada lagi kata yang memanah bagai halilintar dan yang paling penting tiada lagi suara nyaring yang menghunus kalbu. Aku rasa inilah jawaban doa yang tidak pernah padam, jawapan yang terbaik! Aku beranggapan, walaupun Puan Ju rasa sedih nak berpisah, rasa sayang untuk tinggalkan unit kokurikulum terutamanya dan dalam masa yang sama kaki tidak sabar untuk melangkah keluar. Perpisahan ini mungkin a blessing in disguise. Sedih tapi bahagia!

Dan aku pula melihat dari sudut pandang lain, seketul Norazlina yang ditinggalkan seperti kanak-kanak kecil yang kehilangan ibu. Sebaris ayat yang meluncur laju di bibir Kak Lina, "Kenapa Puan Ju tak bawa Kak Lina sekali?" dan sepatah response balas yang diberikan oleh Suhaila," Habis itu kami ini macam mana?". Cuma diam yang sepi. Loading. 

Aku melihat bagaimana air mata yang tumpah dan bagaimana dalamnya hubungan Puan Ju dan Kak Lina yang cuma mereka berdua dan Tuhan sahaja yang tahu. Mata aku fokus bagaimana eratnya pelukan Kak Lina kepada Puan Ju seakan tidak merelakan untuk Puan Ju pergi tapi harus melepaskan perlahan-lahan. Setiap titis air mata yang jatuh berderai...

Aku merakam setiap moment yang ada sehingga halwa telinga aku menangkap bunyi-bunyian yang tidak enak. Aku geram bila ada yang cuba membandingkan antara perasaan sedih Kak Lina terhadap Puan Ju dan Kak Dayah. Mereka bilang yang perpisahan Puan Ju sekadar bayangan dan yang Kak Dayah adalah sedih yang sebenar. Lantas, sedih yang bagaimana mereka mahukan? Aku yang tidak tahu keberanian dari mana aku ambil, pergi untuk menjelaskan yang itu bukan fake. Nonsense. You better keep your mouth shut up and do not compare. Perasan Kak Lina valid. Sedih dia, tangisan dia valid. Aku cuma marah oleh mereka yang tidak mahu mengerti dan tidak cuba untuk faham. Baik tengok diam-diam.

Aku? Akan melindungi apa yang aku sayang.

Dan akhirnya,

Semua hal yang berlaku pada hari jumaat itu menyedarkan aku tentang satu hakikat yang kalau aku telan sangat perit. Sakit.

People come and go.

Kita cuma dikelilingi oleh manusia, sementara. Pinjaman yang bukan untuk kita miliki. Satu masa, kita kena pulangkan kepada Pemilik Yang Satu atau satu masa jika belum ajalnya lagi untuk membiarkan dia terus terbang membawa diri ke ruang langit yang lebih baik. Untuk menumbuh.

Aku?

Cuma aku mohon pada Dia untuk panjangkan tempoh masa pinjaman ini, untuk lebih lama, untuk aku hargai dengan sepenuh hati, untuk sayang tanpa batas dan untuk kasih yang tidak pernah surut. 

Moga Allah reda akan semua hubungan yang aku bina ini.

Moga Allah memeluk erat jiwa-jiwa yang aku sayang sedalamnya, sentiasa.

No comments:

Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....