12.6.12

M.A.L.A.S jadi R.A.J.I.N

Assalamualaikum wbt.

Yeah, alhamdulillah malam nie ada masa untuk update blog sikit. Haha.. Kejadah apa, aku free 24 jam! Hihi..

Pagi tadi aku pasang lar tv kat rumah tu..tekan TV1.. Apa yang ada? Haha.. Rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM). Memanglah, aku bangun awal hari ini. Urm, aku tak da lar tengok SPM sangat, sbb aku lebih prefer Malaysia Hari Ini (MHI).. ^^.. Tapi, apa yang aku tertarik, terpacak, terduduk kat situ disebab satu segmen ini. Segmen MOTIVASI. Haaaa..elok bebenor lar tu, sebab sekarang nie memang aku ketandusan motivasi. Aku pun tak tahu depa semua hilang entah ke mana. You know, motivaasi tu pulak tajuknya M.A.L.A.S. Aku ulang taip sekali lagi MALAS. Nie lagi satu, memang sebijik sepapan kena kat batang hidung aku. Await?? Apesal??? Sebab aku malas nak cari keja walaupun aku sibuk menganggur! Haha..

Kalau tak silap aku, motivator tu Encik Tengku Ismadi.. You kenal?? Alah, yang femes lagi glamor tu.. Hihi.. Apa yang aku dapat simpulkan kat sini..antara point yang aku dapat tangkap, lalu digoreng masuk dalam otak adalah..

M.A.L.A.S nie kena ada D.U.A rangsangan supaya jadi R.A.J.I.N...

1) Ganjaran atau imbuhan.

Biasalah, kalau kita nak buat sesuatu tu mestilah kena ada ganjaran, barulah ada semangat. Semangat untuk jadi rajin. Bila aku teliti balik memang betul pun. Contohnya apabila aku menyuruh adik bongsu aku p beli ais krim. Lebih kurang ginie lar..  

''Adik, gi belikan ais krim satu untuk kak''
''Malas!''...
''Gi jelah. Dekat jer pun. Basikal pun ada. Naik lar basikal tu.''..
''Urm..malas!''..
''Kalu adik gi kak bagi main game..''

Bila aku sebut main game terus jer p beli ais krim. Sedap!! Hilang haus, dahaga. You see..main game tu adalah ganjaran dari p kedai beli ais krim. Kemalasan tu terangsan dek wujudnya ganjaran atau imbuhan. 
^-^

2) Ancaman.

Ancaman nie ada dua sama ada baik atau buruk. You pilih jer antara dua tu. Tapi, aku lagi suka yang baik tu. Of cos lar kita kena jadi baik dulu baru orang baik dengan kita. Errr... Tak faham?? Ok, contohnya..

'' Ammar, buat homework tu. Ingat tak apa yang cikgu pesan di sekolah tadi?..''
'' Kejaplah. Nanti Ammar buatlah. Nak tengok Upin Ipin nie..''
'' Ammar, dengar sini.. Kalau Ammar tak nak buat homework tu jangan haraplah mama nak bayar bil astro nie.. Tak da sape lagi boleh tengok citer kartun, Upin Ipin lagi..''
'' Oklah. Baiklah..''

You see, ibu bapa zaman  sekarang nie perlu bersikap tegas sikit. Untuk kebaikan anak-anak juga. Huhu..
Ancaman tu bukan ancaman buruk tau, tapi baik. Of coslah, buat homework kan baik sebab itu tuntutan sebagai pelajar. Bila kasi ancaman sedikit seperti nak potong astro, wifi..anak-anak mesti paksa rela mengikuti arahan kita. Tapi, awas! Arahan tu mestilah diterima dek akal diorang. Orait??.. :) 

Kepada anda yang malas-malas tu termasuk empunya blog pudar nie rerajinkanlah diri. Sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Moga ia bermanfaat untuk kalian..^^

No comments:

Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....