27.6.12

Harapan ^^

************


Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua pengikut setia SB serta pembaca sekalian.

Saya akui agak lama untuk menerbitkan entri baru ekoran dari ketiadaan idea untuk menulis atau otak sudah malas untuk berfikir. Kadang-kadang tertanya mungkin juga kalian sudah merasa boring, bosan, lesu dengan gaya penulisan saya. Iya, saya tiada bakat dalam dunia penulisan, but I will try hard to make others love my writing, blog and me!

Haha. It’s not funny guys when you saw your blog zero of readers. Who am I? Nothing. Ok.. Saya tak nak merasa hiba, pilu kerana tujuan wujudnya blog ini bukan untuk mencari pengikut a.k.a follower, bukan untuk mencari kaki bodek, kaki ampu, tapi sekadar untuk melepaskan tekanan, kepenatan. Apa yang saya belajar blog merupakan catatan harian, diari harian. Jadi, tidak hairanlah semakin hari semakin ramai yang mula menyertai dunia blog ini. Betulkah saya?.

Blog ini tidaklah sesedap, selazat blog-blog lain. Punya informasi perlbagai, pandai berceloteh, bijak menawan, sesuai untuk dibaca, diikuti. Sedangkan.. Sedangkan blog ini tipis maklumat, kurang pandai berceloteh, kurang bijak menawan pula itu. Saya akui. Lantas, apa yang saya harus dilakukan? Melenyapkan diri?. Argggh, itu mustahil untuk dilakukan. Why? Because I’m a servant of Allah.
Oh..tidak, apa yang saya merapu ini?. Dulu, sebelum ini saya pernah kata akan melakukan perubahan untuk blog ini baik dari segi penulisan atau gaya penyampaian. Tapi??  Saya gagal. No, I’m not a failure!!
Seseorang berhak mendapatkan peluang kedua. Tidak, Allah sentiasa memberi saya, kamu, kita semua peluang. Antara sedar atau tidak.

Saya tidak ingin berjanji sakan, mengungkapkan kata kerna takut tidak tertunai, tercapai. Saya lemah! Because I’m weary.  Never give up, but keep trying.

Apa pun.. Apa pun saya berharap blog ini terus dikunjungi daripada bersarang usang. Saya cuba untuk membuatkan blog ini mendapat simpati mata-mata. Kakak saya kata, Tulis pendek-pendek. Jangan tulis panjang-panjang, sebab orang tak larat nak baca. Orang kurang rajin nak baca dek terlampau panjang karangannya. Ini bukan karangan BM masa zaman SPM! Dan entri saya kali ini memang panjang! Mungkin selepas ini saya akan memendekkan karangan, memenuhkan entri dengan gambar. Barangkali.

Sekian sudah saya merapu yang bukan-bukan. Apa yang baik dijadikan teladan, apa yang buruk dijadikan sempadan. May ALLAH bless you all in this world and Hereafter. (^-^)


No comments:

Macam banyak nak luah, tapi...

Kali terakhir login untuk menulis bulan 5 yang lepas. Dan sekarang 2 Ogos 2026. Antara banyak nak tulis di sini, atau nak tulis dalam buku y...