9.6.24

Harga Sebuah Masa Depan

 Dia ibarat macam kau jatuh terduduk. Clueless dan nak telan berita tu. 

Al-kisahnya, baru baru nie result SPM diumumkan. Excited dan teruja nak tahu gred purata dapat berapa, ada yang gagal ke dan lain lain. Takut, teruja, berdebar semua ada. Bersatu dalam rasa yang tidak dapat digambarkan.

Tapi, bila dah tahu keputusan berapa semua, dia macam. Eh, kenapa begitu sekali. Teruk sangat. Kenapa boleh berlaku macam tu.

Can you imagine, calon ada 73 orang plus minus calon luar 74 orang. Total yang dapat A cuma 5 orang, Tu pun A-. Dalam ramai-ramai tu cuma 5 orang. Kenapa boleh jadi begitu? Aku mengajar teruk sangat ke, aku sibuk sangat dengan urusan luar ke, aku tak bagi fokus lebih ke dan macam macam aku fikir. Nak terima dan nak telan benda tu. Dalam fikiran aku cuma satu waktu tu, tak apa. Kita terima sahaja, Kalau kena panggil ke apa, kita pergi dan hadap. Kita comeback stronger. Jadi, lena dan makan aku masih sama seperti biasa. Esok, aku lalui hari tersebut sama juga seperti biasa. Perlahan-lahan aku menerima apa yang ditakdirkan. Ya, aku akan cuba lakukan yang terbaik untuk batch tahun ini. Itu azam yang aku semai.

Tapi, siapa kita. Takdir yang berubah, mengubah semuanya dalam sekelip mata.

Aku jadi kelu lidah buat kali kedua. 

RESULT UTQH SALAH KEY IN. Sebab tu yang dapat A tu boleh jadi ciput jumlahnya. Macam mana tahu? Sebab ada murid yang recheck dan Lembaga Peperiksaan dapat detect. Jadi, kena buat bayaran untuk recheck semua calon, jumlah RM2220 bagi 74 calon. Satu kepala RM30, gila besar jumlah tu. Dalam kepala aku bercanak-canak memikirkan siapa yang kena bayar jumlah tersebut. Buat sementara waktu, SU Peperiksaan Kak Liana yang bayar dulu. Okay, fine. Aku dah tarik nafas lega, mula ada bayangan yang gred purata akan berubah. And yes, I'm smiling from the inside.

Aku malas nak fikir panjang. Aku hidup dalam bayangan.

Beberapa hari kemudian, selepas hasil perbincangan antara Kak Mah, Kak Liana, Kak Juley dan Puan Rozila petang tu... Kak Mah datang ke surau. Masa tu ngam ngam habis latihan sukantara, 5 Jun 2024. 

Aku mengharapkan jawapan yang melegakan jiwa sebenarnya. Tapi, harapan aku musnah.

Aku clueless entah yang ke berapa kali. Berat untuk aku telan, hadam dan nak terima benda nie.

Kak Mah kata, kita dua yang kena bayar Rok. Jadi, jumlah tu kena bahagi dua. Sebab apa, sebab kita pentaksir Rok. Kak Mah kata lagi, mahalnya harga sebuah kejayaan. 

Air mata aku nak terkeluar, tapi tak dapat. Entah kenapa. Aku fikir banyak benda. Aku nak cari duit kat mana sebenarnya. Saving aku kosong. Aku hidup harap gaji bulanan saja, Benak fikiran aku melayang entah ke mana.

Aku cuma kena telah berita tu. Kak Mah kata kena transfer malam tu. Aku cuma nampak Muhammad. Aku mesej Muhammad, aku kata nak pinjam duit nak bayar recheck paper. Muhammad bagi tanpa banyak soal. Petang tu juga mesej dalam group Gegirls masuk bertubi. 

Sungguh, ujian ini untuk menguji siapa yang akan berada bersama ku. Aku tak tahu nak cerita macam mana. Aku cuma doa yang terbaik untuk mereka.

Ya, jika itu harga yang harus dibayar, maka aku tak nak menyusahkan sesiapa selagi boleh, Ambil tanggungjawab. Langsaikan.

Ini masa depan mereka. Hak yang sepatutnya mereka dapat. Seharusnya begitu. Semoga pengorbanan ini membuatkan mereka bercambah di masa depan. 

Aku? Ia cukup menginsfakan, 'ibrah yang tidak akan sesekali aku lupakan.

Kata Rabiatul, selama hampir 6 tahun senang lenang ini baru sekali Allah uji. Takkan nak berputus asa begitu. Kalau asyik fikirkan duit, sampai bila begitu.

Kalau Allah rezekikan, dalam sekelip mata wang tu kita boleh dapat semula. 

Masa depan mereka, bermula dengan keputusan SPM mereka.

Aku tutup rapat rapat sejarah ini. Aku cuma nak move forward, and power through semua hal ini.

Doakan aku.

No comments:

Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....