15.4.24

Queen of Tears

Time time semangat nak update perasaan yang bergelora, time tulah juga nak buat benda lain. Terus feeling itu pudar. Haks.

April ini dan bulan yang mendatang cuma satu harapan. Semoga aku dapat laluinya dengan jiwa yang tenang. Ujian datang itu pasti. Tenang ribut jiwa.

By the way, alhamdulillah. Mak selamat pergi menunaikan umrah. Walapun aku tak dapat khabar berita mak sama ada sudah selamat berada di sana atau tidak, aku serahkan kepada Allah. Semoga mak baik baik saja di sana. Ujian nak pergi ke rumah Allah hebat sungguh ranjau perjalanan. Tersekat dalam jem almost dua hari. Pergi hari sabtu malam, pukul 10.00. Sampai KLIA pukul 12.30 pagi ahad. Kesian mak. Bawa biskut Tiger jer. Cari roti tak ada petang tu. Entah makan atau tidak, rambut basah atau tidak. Baju bertukar atau tidak. Sedihlah. 

Mak, maaf. Tak dapat hantar mak kat KLIA. Tidak sepatutnya begitu. Tapi begitulah kebenaran. Ain ada ajak pergi KLIA, tapi takut tumpah air mata. It will be my first time sending you so far. I can not. Susahlah mak tak dapat update berita keadaan mak. Semoga Allah jaga mak di sana. Pulang dengan selamat, biiznillah. I love you mak to the moon and back.

Entahlah. A lot of things to digest. I'm falling. It is going to be harder. Nak slowly settle credit card, nak bayar yuran belajar Muhammad, nak tebus rantai, rumah baru nak masuk dan lain lain. Allah, permudahkan segala urusan ku dan ringankan beban yang ditanggung.

Kena kuat dan kawal emosi. I can do this.


6.2.24

Going stronger even it was though

Hi and welcome second month of the year, our February. 

January was indeed a long of journey, ups and downs. So, good bye January.

This year gonna be harder and though, dengan persediaan tugasan kerja baru, nak masuh rumah baru, emak nak pergi umrah, nak cari penajaan pendidikan Muhammad dan sebagainya. 

Aku harap aku kuat dan mampu bertahan, bertaut dan bergantung harap pada Yang Maha Esa. Semoga Tuhan Yang Satu memberikan aku pelangi nan indah disebalik ujian yang aku lalui. 

Kadang aku fikir aku lemah, menangis dalam kegelapan malam lalu berdoa moga ini semua sementara. Sampai aku tidak sedar, ujian ini bukan untuk merapuhkan keimanan aku, tetapi meninggikan darjat ketakwaan insan kerdil ini.

Doaku agar diri sentiasa tenang dan tidak rebah jatuh terduduk. Kendatipun mungkin terduduk seketika, cepatlah bangkit wahai diri. Jangan duduk lama-lama sampai tak kenal jiwa sendiri. Terus kuat ya jiwa!

29 Februari nie birthday Rabiatul Adawiyah binti Abdullah. Selalu dalam ingatan.

Macam banyak nak luah, tapi...

Kali terakhir login untuk menulis bulan 5 yang lepas. Dan sekarang 2 Ogos 2026. Antara banyak nak tulis di sini, atau nak tulis dalam buku y...