Alhamdulillah,syabas luar biasa kepada anda semua kerana mampu mengharungi dugaan puasa selama empat hari nie..Bagus! Selama empat hari berpuasa nie macam mana dengan nafsu makan? Still boleh kontrol lagi ke?? Hihih..Kalau nak ikutkan nafsu makan dah lama BD bolong satu bazar tu..Fuuuhh..makanan banyak giler!! Cuma duit biasiswa jer tak da.Kahkahkah..Okay,pe pun jaga nafsu makan tu,jangan terlalu membazir sudah.
Orait...
Berbalik sal topic hari sabtu minggu nie..BD nak jadi seperti DIA.Tapi,siapa ek..??..
Masa dapat result midterm hari khamis..subject grammar arabic..sedih luluh hati BD.Sikit markah tu.Sekadar cukup buat alas.
Ustaz kata :'Manusia ni tak da yang sempurna.Yang sempurna cuma ALLAH jer.Jadi,jika dapat markah sikit ke apa ke..la tahzan.Sebab nie hasil titik peluh keringat kita.Kamu nampak jer ustaz nie pandai dalam ilmu yang dimiliki..tapi,kadang kala ustaz pun sama macam kamu semua..lupa,alpa..Jadi,lepas nie cuma pandang ke depan.Kita nak belajar jangan pandang markah jer..Niat tu kena betui..''
Haisyyy..Ustaz Ma Zheng Yunus nie..Sungguh menusuk kalbu kalam bicara mu..
Iye,aku ingin jadi seperti mu..bisa mahir dalam grammar arabic,bisa bercakap dalam arabic biarpun tanah lahir mu Negara China.Sungguh,aku kagum dengan mu..kagum degan ilmu mu..
Alangkah bestnya hati jika dapat jejakkan kaki ke negara orang.Nak nak lagi negara yang gah,popular gitu.Huhu..Masa time kelas BMW ( Basic Research and Method Writing ) tu,Ustaz Yaidi der citer yang dia temankan isteri dia bentangkan kertas kerja kat London.London,beb..Mata yang mengantuk tetiba jer terbuka luas.Semangat nak dengar citer ustaz.Kata ustaz lagi :'' Saya dengan keluarga saya sempat menjelajah 3 buat negara jer..London,Paris,Eropah.Ada satu hari tu kami naik kereta api bawah laut.
Syok lar tengok laut,tapi tak nampak apa-apa pun sebab dalam terowong...hihih..''
Fuhhh,ustaz..caya lar..Nak ikut ustaz lar lain kali,boleh..?? Masa g consult dekat bilik Ustaz Yaidi ternampak lar bingkai gambar.Tertera dekat situ 'Anugerah Pensyarah Terbaik IIUM 2009'..Dah lar ustaz pandai speaking arabic,dapat pula plat penghargaan the best lecturer...lagi lar BD tabik spring..Tiba-tiba hati membara nak jadi seperti ustaz.Berjaya dalam bidang yang diceburi.. :)
Dua contoh diatas membuatkan hati BD nak jadi seperti mereka.Mereka yang berjaya dalam imu yang diidami.Mudah-mudahan berjaya di Ahirat hendaknya.Doakan BD ek..BD nak juga jadi lecturer macam diorang gak.May ALLAH bless me in this world and Hereafter.
Selamat tidur dan bangun.Selamat bersahur dan berbuka puasa juga. :)
Secangkir cebisan : Apa pun niat tu mesti ada.Setiap hari kita mesti perbetulkan niat dan matlamat hidup
kita.Niat tu pula mestilah betul dan ikhlas kerana ALLAH Taala.Ya,
aku nak jadi seperti dia.
No comments:
Post a Comment