10.2.12

Aneka Rasa ^^

Assalamualaikum…
Agak lama menyepi.. Bukan apa,mencari idea baru untuk digarap,dinukilkan ke dalam blog yang tidak segah nie.. Huhu.. Urm… ( non-in fluencies dalam bab non-verbal communication ).. Apa tu..?? Nanti korang belajar,korang akan tahu lar.. Hehe (^__-)
Apa khabar my beloved followers, my silent readers dan my totally spies ( wujud ke ?)..  Apa pun…semoga ALLAH SWT mengurniakan kita nikmat kesihatan untuk memantapkan dan mempowerkan lagi amal ibadah kita. Amin. (^__^)
Dalam beberapa saat,minit,jam,hari dan minggu menghilangkan diri..banyak secret yang ingin dikongsi.. Korang nak tahu tak..?? Hahaha.. ^^ Segan plus malu pulak I nak bercerita nie. Agak-agak dah lupa floor bagaimana untuk memulakan cerita mita nie. Keke.. :)
Begini secretnya…………begini cerita mitanya……….
                                                                                                               
Episod satu :

Mula mendapat baucar buku RM200. Berfikir dengan pantas lagi ligat apa yang perlu dilaksanakan dengan baucar tu. Errr… ( lagi non-in fluencies..).. Final semester tidak banyak memerlukan buku rujukan. Dalam erti kata yang mudah difahami..Baucar tidak akan digunakan untuk membeli buku-buku akademik. Jadi,apa yang BD lakukan dengan baucar tersebut..??
Aku main terjah tanpa strategi…Keke……^__*  Menghabiskan RM150 dari RM200 untuk membeli pelbagai macam buku. Iya,aku tanpa sedar telah menjadi pengumpul buku. Dan……bakal menjadi ulat buku. Excited?? Absolutely…(^__^) dengan senyuman penuh lebar..






Episod dua :

Lagi berita gembira BD terima. Hehe.. Duit biasiswa a.k.a elaun sara diri telah diakuankan lebih awal dari yang dijangka. Mula-mula rasa tak percaya. Betul ke.? Untuk itu,terpaksa  memaksakan kaki berjalan mencari atm untuk mensahihkan khabar angin yang didengar itu.
Dan..kemudian..BD terasa berada di awang-awangan..  Dalam hati mengucap syukur atas rezeki yang diperolehi. Alhamdulillah. (@__@)

Episod tiga :

Tanpa sengaja,tanpa merancang mulut ini ringan melahirkan kata setuju. Ajakan teman baik a.k.a  one of D’ HI 5 geng untuk menemaninya membeli tiket balik ke Kedah terus dipersetujui tanpa banyak soal..apatah lagi banyak kerenah. Baik kan BD?? Hihi.. :) Hentian Pudu.. Pertama kali menjejakan kaki di HP.. Gembira kerana selamat tiba, teruja kerna melihat HP yang direnovate.. Moga selepas ini Hentian Putra akan direnovate juga.Amin. Alang-alang dating HP…kami mengatur gerak ke Masjid Jamek. Mata ini memang pantang melihat aneka barangan perempuan dan wanita.
Ya ALLAH,handbag..purse..kerongsang..jubah..blaus..memang cun habis. Harga?? Memang ummmmppppphhh lar kan.. Hajat dimata nak beli handbag..tapi..duit menafikan. Kurang ongkossss lar  pak cik (  Lepas tu,terus pasang niat nak cari encik suami yang kaya raya. Kaya duit dan kaya iman. Hahaha..) Memang sifat perempuan..walaupun kekurangan duit tetap ada barangan yang manjadi sambaran. Inilah BD. Tiga kerongsang akan menjadi penyeri tudung. RM 10 = 3 kerongsang . ^^






Episod empat :

Situasi yang hampir sama dengan episode tiga. Cuma berbeza latar belakang masa dan tempat. Disebabkan beberapa hal dengan lebih tepat si dia..( orang yang sama BD menerima perlawaan ke Hentian Pudu ) merajuk..dengan senang hati BD melakar janji. Ice cream Cornetto  akan menjadi miliknya. Alhamdulillah..bersaksikan cahaya rembulan, bertemankan bintang,beratapkan langit..BD merealisasikan janji kepada si bunga cantik. Tetap ice cream walaupun bukan Cornetto..Ice cream kit kat. BD pun dah lupa nama saintifik ice cream itu. Malam itu mengukir kenangan indah.. (*__^)


Episod lima :

04/02/12.. BD dengan rela hati mengikuti  kawan-kawan seangkatan ke PWTC. For what?? Pesta buku 1Malaysia. Iya,walaupun tidak segrand pesta buku yang betul-betul punya pesta buku..hati tetap melonjak. Masih ada sekeping baucar RM50 lagi. Setelah disiasat,diselidiki..akhirnya Telaga Biru menjadi buruan hati. Oppppsss..kena plus duit sendiri. Keke..terlajak perahu lar pulak..^^..                                                                               Alang-alang terlajak tu…terus menggunakan duit saku untuk membeli  sebuah novel cinta-cintan . Novel tu pun BD survey dulu tau.. Mengikut responses pengemar novel-novel..novel itu memang tip top.. ($__$)
Di sini juga menyaksikan sekali lagi BD menunaikan janji yang telah beberapa bulan tertunggak dan tergendala. Sejuta kemaafan dipohon kepada empunya yang dijanjikan kerana tersangat mengambil masa untuk dilaksanakan. Kali ini KFC menjadi pilihan si dia yang senantiasa cute.
Nampakya BD seorang yang suka membuat janji. Satu lagi misi belanja orang makan belum tercapai... Haha..
Pesanan penaja : ‘’Promises are like snowball. Easy to make but very hard to keep..’’

Hahaha…dengan ini berakhirlah cerita mita BD…  Maaf..panjang pulak ceritanya. Nie pun sebaik mungkin cuba menyingkatkan. Haha.. Harap tak jemu apatah lagi bosan membacanya.Tamat sudaaa..  Sehingga jumpa lagi. Sekian.. J


1 comment:

Farhana Hameed said...

oho, x gune lg pon baucer tuh.

Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....