19.4.25

Jiwa yang bersedih.

Hari Jumaat semalam sebenarnya otak aku sarat dengan pelbagai benda. Banyak yang aku kena fikir. Dengan khamis yang aku buat hal dengan Kak Lina. Huhu. Nie dah masuk round ketiga aku buat hal dengan Kak Lina. Kenapalah aku response persoalanan Kak Lina begitu rupa. Teruknya aku. Ya, aku mesej minta maaf. Lepas tu, petang tu aku sengaja tunggu nak solat asar sekali. Kitaorang solat sama-sama, tapi rasalah macam janggal sikit. Huhu. Macam tak tahu nak sembang apa. Padahal sebelum nie banyak benda boleh sembang. Kak Lina parking motor kat belakang. Kami membonceng bersama-sama nak pergi punch out. Lepas tu aku jalan kaki ke tempat motor aku. Pakai windbracker sambil pandang KLCC, dengan harapan sebenarnya aku harap Kak Lina tunggu aku. Turn out, Kak Lina tunggu aku. Sumpah, aku rasa wajah aku paling bahagia time tu. Kemudian, kitaorang berpisah jalan sebab Kak Lina ada urusan ke Kg Baru. Tapi serious, perasaan tu macam kanak-kanak dapat aiskrim. Tapi tulah, hari jumaat Kak Lina masih lagi suam-suam kuku. Ke Kak Lina fully occupied dengan urusan sijil perkhemahan badan beruniform? Ke Kak Lina sebenarnya okay, tapi aku yang overthinking. Aku jadi macam takut. Aku sebenarnya takut akan kehilangan dan aku takut kalau orang buang aku. Huhu. Gitu pulak kan. Ingat petang jumaat tu boleh aku, Kak Lina dan Shafika keluar sama-sama. Tapi Kak Lina tak dapat nak join sebab ada urusan keluarga. Jadi, aku keluar berdua dengan Shafika. Ingat nak teman Shafika pergi beli barang rumah sukan, tapi end up duk mengopi kat Zus. Lega juga sebab ada teman nak berborak. Aku cakap kat Shafika tentang hal aku dengan Kak Lina. Tentang berat perasaan ini. Atau sepatutnya, aku tak patut meletakkan seseorang itu terlalu istimewa dalam hati aku? Entah. Aku takut macam aku dengan Ain. Aku tak tahu. Aku fikir aku dah cukup bersedih dengan hal itu.

Tapi, jiwa aku lagi dirobek pilu bila baca mesej Muhammad. He wanna quit from Palapes. Muhammad kata dia penat nak juggle between academic and Palapes. Bukan sebab apa. Sebab subjek Studio dan site visit yang banyak, plus jadual latihan Palapes yang berubah. Dari hati yang paling dalam, aku rasa ini satu pengorbanan yang besar. Antara bertahan yang akan makan diri atau melepaskan yang akan membuatkan jiwa meratapi. Palapes ini adalah impian Muhammad. Nak masuk universiti, sebab nak masuk Palapes. Ini kali kedua pergi sesi temu duga fizikal semua baru lulus. Bila Muhammad beritahu lulus untuk masuk Palapes aku macam tak percaya, Sebab dia dapat juga merasa pakaian badan beruniform, beli itu ini untuk kelengkapan Palapes, isi borang itu ini. Like finally, he did it. Dan bila dia beritahu nak quit tu aku tahu dia sebenarnya dah ada keputusan, dia cuma tanya aku. Takkan aku kata teruskan saja proses untuk bertahan walaupun dia sebenarnya tak mampu. Ya Allah, ujian apa yang Kau berikan untuk Muhammad ini? Adakah ini cara untuk Muhammad menumbuh menjadi dewasa? Aku cuma sedih jika Muhammad terpaksa melepaskan impian yang ditanam sedari kecil. Namun apa dayanya kami Ya Allah. Jika ini jalan yang terbaik kami turuti dengan reda. Sekurang-kurangnya Muhammad sempat merasa itu semuakan. Sempat pakai baju beruniform, sempat join training semua tu, sempat share gambar pakai uniform lengkap semua tu. Mungkin ini takdirnya Tuhan. Ya Allah, Engkau pandulah Muhammad bin Abdullah untuk membuat keputusan yang tepat atas semua hal ini. Aku percaya di sebalik semua ini ada hikmah yang menanti, Aku akan mendokong setiap langkah mu duhai adik ku tersayang. Doaku yang paling serius sentiasa mengiringi setiap liku perjalanan mu duhai adik ku tersayang,

Moga Allah mendakap jiwa yang bersedih. Aku sedih Ya ALLAH.

No comments:

Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....