Tinggal lama-lama ruang curhat ini nanti berhabuk dan bersawang pula. Naaaah, aku datang singgah walau sudah hampir menutup bulan Ogos. Tapi tetap singgah, bukan? Ya, aku rindu sebenarnya. Banyak nak luah, tapi akhirnya terbiar sepi. Pendam jauh ke dasar hati. Bukan apa, mood asyik macam chipsmore, tenggelam timbul tenggelam tak timbul-timbul. Huhu.
Oh ya, aku juga ada habit baru. Menarik bukan untuk seketul aku. Tak tahu kenapa lately nie aku suka rekod voice sendiri. Aku rekod dalam telefon lagi satu dan kemudian forward dalam save messages Telegram. Lepas tu, syok sendiri bila dengar suara yang tak merdu seperti suara Kak Lina. Nanti aku rekod lagi suara aku! Jangan muak sudah, sebab boleh jadi itu yang akan dirindui nanti. Hmm.
Dan aku cuma teringat perbualan sebelum kelas tambahan petang tadi. Antara aku, Kak Juley dan Kak Nun. Kak Azimah pula sibuk siapkan headcount SPM. Topik perbualan berkisar apa yang kami buat dan cara me time kami bertiga.
Kak Juley tanya aku, aku tak fully occupied dengan tugasan yang P bagi ke? Aku cakap jer P ada jer bagi kerja suruh buat, tapi aku malas nak menyahut dan aku malas nak explore apa yang P minta tempoh hari. Kak Juley kata, betulah tu. P pun kata macam tu juga. Ikut mood dan jadual aku. Jadi, kalau orang nak 'sesuatu' daripada aku, memang kena tunggu untuk aku 'ready' dulu.
Betul ke macam tu? Seberapa lama begitu?
Hidup aku nie boring sebenarnya, tapi fun dan enjoy juga. Walaupun banyak masa aku untuk tengok kipas dan dinding sehingga aku terlelap. Terus terang, sebenarnya otak aku 'plan, structure, control' apa yang aku nak buat dan capai. Ada hari ya, aku takkan buat apa-apa. Ada hari pula, aku akan totally blocking waktu aku untuk explore dan buat apa yang aku nak buat. Aku 'design' apa yang aku mahu dan bukan semata follow the flow. Kalau aku memang tak nak, ambil masa lama untuk aku proses dan hadam. Kadang ada juga aku follow the flow. Manusia!
Sebab tu aku kadang macam 'wonder', aku tak sibuk untuk orang tengok aku sibuk ke atau aku sebenarnya tak ada apa yang perlu diselesaikan? Kerja aku dah habis ke? Sebab aku tengok kerja Kak Lina tak pernah habis. Nisa merangkap housemate Kak Lina kata, Kak Lina tidur pun sekali dengan laptop. Ya, cuti MC sebab cabut gigi bongsu pun boleh bangun sambung buat kerja. Fast responder pun ya! Aku tanya Kak Lina kerja apalah yang tak sudah-sudah nie. Jawab dia, kerja yang tak sudah-sudah. Jawapan pun kurang memberangsangkan. TP 1 jer layak nie. Kak Lina kata, memang style dia begitu. Betulah begitu kalau empuya diri jawab begitu. Iya, pelik tapi ajaib.
Tapi kan, seberapa lama begitu? Macam banyak masa pula aku untuk buat kajian kes. Hahah.
Aku cuma musykil juga, setenang itukah aku sementara orang lain bergelora dengan tanggungjawab dan tugas masing-masing? Tenang mungkin. Bahagia juga.
Aku ada saja benda nak kena langsai. Aku susun ikut hierarki. Tak semua benda kita kena buat sekali gus. Satu, satu. Perlahan-lahan.
Kerja tidak pernah akan habis. Sentiasa ada top up, sentiasa ada yang baru. Selesai satu, kemudian datang lagi yang baru. Kita akan ikut rutin yang sama tanpa kita sedar kerja kita bukan berkisar tentang kerja itu semata.
Jadi, penat ke kerja. Penat! Gila tak penat. Tapi tahu ke apa yang lebih penat? Penat bila deal dengan manusia!
Seberapa lama begitu, tetap beri ruang rehat untuk diri sendiri.
Semoga baik-baik saja, duhai diri.