10 years of being in relationship, finally she tied the knot. Kahwin juga adik perempuan tunggal aku. Perasaan tu macam berbelah rasa sebenarnya. Of course, aku rasa gembira tengok dia kahwin dengan orang yang sama dia bercinta. Dan dalam masa yang sama aku rasa sedih. Sebab aku tahu tahu lepas masa aku dengan dia tak sama. Tak boleh jadi driver aku lagi untuk ke sana ke mari, nak balik kampung sama sama naik satu kereta dah payah, nak keluar minum kopi dan makan nasi lemak Bungkus Kaw Kaw dah sukar, and the list keeps going on.
Selepas kakak kami kahwin, aku banyak habiskan masa dengan dia. I truly enjoyed my time with her even though kadang kadang aku geram dengan angin bermusim dia. Tak kena angin, pokok boleh goyang. Huhu. Bila dah berkeluarga, membina rumah tangga, she will never be the same. I mean, kehidupan dia tak sama macam zaman dia tak bersuami. Mana taknya, lepas sah akad nikah tu terus berkepit dengan suami. Amin orangnya.
Untuk menjayakan mahligai perkahwinan ini, aku rasa bukan aku sorang yang buat terbaik. Mak aku, ayah aku, my not so called abang aku, kakak aku, adik bongsu aku, kakak ipar aku dan semua oranglah. Majlis nie bukan kau buat kerja sorang sorang, kena buat bersama supaya benda biasa akan jadi luar biasa.
Masa kakak aku kahwin, aku rasa aku tak mampu buat dan bagi yang terbaik dari semua aspek macam duit, idea, tenaga dan lain lain. Tahun 2017, aku tak kerja dengan kerajaan lagi. Harap gaji tak sampai dua ribu. Huhu. Jadi, aku tak nak Biah dapat apa yang kakak aku dapat. Kalau boleh nak bagi yang terbaik ikut kemampuan aku sekarang. Sebab tu aku tak kisah aku habis beribu, risik sana sini, cari baju yang terbaik, make up tercantik, jurugambar mahal dan lain lain. I want the best for her because she is my adik. I just do not need another reason.
Aku tahu juga nanti, kalau aku kahwin....mereka tak dapat nak bagi apa yang sepatutnya. Sebab macam aku kata, keadaan tidak mengizinkan dengan hal anak dan keluarga. Aku okay, aku okay. I can handle this, I once told my mom and everyone around me at that time that I will do my majlis kat masjid. One of the reason is I do not have enough money. And why should I be bother. Haha. Kendatipun nanti mungkin aku akan rasa menyesal. Jadi, aku berdoa aku dapat suami yang kaya raya dan baik hati. Tolong aamiinkan yang paling ikhlas.
One more thing is....
Aku harap ayah akan jadi wali aku bila tiba masanya. Dan mak dapat peluk cium pipi aku tanda anak ketiga dia dah kahwin akhirnya. Tapi bila mak aku called petang tadi, mak macam sedih kalau aku kahwin. Sebab nanti mungkin mak tak ada geng. Tadi pun mak minta aku balik kampung raya haji, nak bawa aku naik motor pergi beraya. Sedihlah macam nie. Aku nak menua dengan mak ayah aku. Spend time dengan mereka. Pergi dating. Mak ayah, sabar kejap. Tunggu buat lesen dan beli kereta. Rumah dah on the way nak siap tahun depan. Nanti kita duduk sama sama duduk dekat tingkat 39, duduk dekat balkoni sama-sama sambil tengok matahari terbenam.
Indah bukan?
To one and my only adik perempuan, Rabiatul Adawiyah binti Abdullah,
I do not know when and how you will read this, but deep inside my heart...
I'm happy that you got married with Amin. Sabar 10 tahun penantian. Aku nampak mu bahagia, tersenyum riang lepas akad. Smooth jer. Aku suka tengok mu bahagia. Masa ayah datang minta izin, mu kena baca surat izin tu aku perasan mu macam sebak juga. Aku macam tahan air mata keluar. Sebab tanggungjawab ayah dah beralih kepada Amin. 27 tahun ayah jaga dan ini bukan pengakhiran sebenarnya. Sebab kita selama-lamanya anak ayah kan?
Amin, tanggungjawab nie berat, tak mudah. Susah. Banyak cabang dan alurnya. Salah langkah, hubungan yang dibina boleh putus. Jadi Amin, kak harap Amin dapat jaga Biah macam ayah kami jaga, sayang kami macam ayah kami sayang, tegur Biah dan nasihat Biah kalau ada salah silap dia. Bimbing Biah ke jalan yang benar.
Biah, aku doakan moga rumah tangga yang dibina ini dipenuhi sakinah, mawaddah dan rahmah. Ingat macam petikan kata-kata Buya Hamka yang aku baca masa sesi ngenar tu. Amanat, kepercayaan. Kehidupan bersuami isteri kena saling percaya. Kot mana mana pun, you will always have my shoulder.
Jaga rumah tangga ini baik baik. :)
No comments:
Post a Comment