17.10.23

The youngest, living his life for the first time

Hye, welcome back to my personal diary. How I wish to write down all my deep thoughts here or my personal diary book, but literally I kept all of that in my mind. Funny, right?

The youngest of five sibling, Muhammad is living his life outside for the first time. I mean, finally. Dah tak duduk kat kampung, jauh dari mak ayah and trying to figure out what to do next. Dah habis STPM. Fokus nak dapatkan ijazah. Umur 20 tahun, duduk di UTM, Johor Bahru.

Masa dapat keputusan UPU tu, I quite disappointed because I wanna him to further his study at UPSI, jadi anak kandung suluh budiman. Dah jawap MEDSI, lulus MEDSI dan dah pergi interview. Selangkah jer kaki orang kata. Tapi tulah tak dapat. Frust menonggeng. I rasa Muhammad pun frust juga. Sebab serba sedikit kita mengharap. Maka, bergigihlah Rabiatul dan I hantar surat rayuan di UPSI, sampai satu ketika masa nak hantar surat tu termenangis juga. Besar harapan kan. Lepas tu Rabiatul pergi juga ke Putrajaya untuk consult dengan orang UPU. Hantar surat rayuan ke UKM juga untuk mohon program Geografi. Semua cuba. At least, we tried. 

Dan, akhirnya kami berdamai dengan takdir. Menerima dengan reda. Mungkin ini yang terbaik. We plan and He plans too, indeed He is the best planner.

Maka, jadilah Muhammad anak sanjungan bangsa mengambil program perancangan bandar dan wilayah. Semoga terus cemerlang dan jadi jaya!

Jauh nak pantau gerak geri Muhammad sebenarnya. Semoga Muhammad baik baik sahaja.

Untuk semester pertama ini juga, pembiayaan sendiri. Aku harap tulang belulang aku terus kuat untuk mencari nafkah dan menjadi penafkah yang tidak culas. Dalam masa yang sama semoga temu duga pinjaman Yayasan Terengganu Muhammad berjaya. Jadi, ringan sedikit bahu menanggung.

Mak Ayah, your son will be okay there. No worries. I will look after him as best as I can.

No comments:

Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....