4.1.24

Not okay today, but will be okay later

I do not know how to describe my feeling to be honest. There is something that I wish to be granted somehow. But, sadly not. Mungkin tu benda yang aku terlalu harap untuk dapat, tapi Allah tangguh dulu untuk satu masa yang lagi baik. 

Kenapa sedih?

Mungkin aku bertahan terlalu lama. 

Sebab dalam benak fikiran aku sentiasa nak yang terbaik untuk Muhammad. Kalau boleh aku tak nak dia ulang apa yang aku dapat. Sebab tu aku usaha macam macam. Mohon pinjaman pendidikan terutamanya.

It was not easy. Semester 1 nie bertahan dengan apa yang ada. Sebab tu bila dapat keputusan yang pinjaman Yayasan Terengganu tu tak dapat, macam sedih sangat. Yayasan tak adalah kata tak dapat, dia kata Muhammad jadi calon simpanan. Erti kata kalau orang tolak pinjaman, Yayasan akan offer dekat dia. Tapi setakat nie, semua tak tolak. Faham tak keadaannya. Peluang tu tipis. Yayasan pun satu, tak beritahu pun keputusan diumumkan bila. Tahu pun sebab tanya. Kalau tak tahu, tentu masih berharap lagi. Lagi lama berharap, lagi sedih. Mujur terdetik nak tanya hari ini.

Aku macam harap sangat kat Yayasan nie. Sebab skim pinjaman bayar ikut pointer. Kita akan bayar ikut pointer yang kita dapat masa last semester.

Aku tak tahulah apa perasaan Muhammad bila aku beritahu keputusan tu. Aku rasa mesti kecewa juga. Aku kata tulah tak buat yang terbaik masa temu duga hari tu.

Perasaan nie sama macam tika mana aku mengharapkan UPSI. Ending dia buat aku sedih dalam hati dan nangis sorang sorang.

Kenapa tak mohon PTPTN? 

PTPTN bagus untuk bantu orang macam kami. Tapi kalau nak tukar jadi biasiswa kena dapat first class. Aku tak tahu momentum Muhammad macam mana dekat uni nie. Aku kena tengok keputusan semester 1 nie dulu. Kalau tak ada pilihan, nie jalan yang aku rasa wajar.

Aku dah mohon pinjaman Bank Rakyat, tapi gagal. Nak mohon Mara, course dia tak ada dalam permohonan. Nak mohon JPA, kena tengok keputusan semester 1. Kalau cemerlang boleh mohon. Dan aku harap cemerlanglah.

Adakah aku macam terlalu berharap sangat? Adakah aku buat solat hajat itu tidak betul betul bersungguh?Entahlah. Dia cuma macam apa yang aku nak untuk Muhammad tak dapat?

Atau adakah Allah akan makbulkan apa yang aku doa tu pada masa yang tepat?

Lapangkan dada atas semua ini.


No comments:

Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....