9.2.25

Hey, new home.

Mana kata janji hari tu nak selalu update blog? Tipu jer. Hahah. Last last kadang kadang update, tu pun bila time rajin. Well, me just being me.

So, what up new life at a new home so far?

Alhamdulillah, I can tell you it was incredibly great, beyond words. Syukur sangat, sebab tak sangka aku dah ada rumah sendiri, duduk sengsorang dan makan pun sengsorang. Tulah, sebab sura hati aku masih lagi sesat tak jumpa jalan ke hati aku. Ngee ---. Walapun masih ada kosong sana sini, tidur pun masih lagi beralaskan toto, tingkap berlangitkan awan, aku masih tetap rasa bahagia. Aku macam tak percaya Allah makbulkan apa yang aku paling hajati. Diam tak diam, banyak benda yang Allah dah beri kepada aku mengikut aturan-Nya yang paling tepat. Alhamdulillah.

Mak ayah aku semua dah jejakan kaki kat rumah baru nie. Mak sempatlah bermalam kat sini, ayah tak sempat sebab rushing nak balik kampung tengok nenek aku masuk hospital. Fun fact, ayah aku ada kat KL tak sampai 24 jam. Baru datang dah kena balik. Haha. Tu pun ayah aku kata nak datang lagi rumah aku, tapi tunggu aku beli katil, peti sejuk, sofa, tv dan langsir semua dulu. Kalau tidak mati kutu dibuatnya. Kalau kita tak apa, berkepit dengan telefon 24 jam.

Kadang bila kita tengok kehidupan orang lain yang lebih baik daripada kita, mesti sedikit sebanyak kita rasa sedikit cemburu. Kita nak juga ada apa yang dia ada. Tapi pernah ke kita terfikir apa yang dia tiada, tapi kita ada? Bila aku fikir macam tu, terus aku refleksi diri. Tiap satu benda yang kita ada itu satu nikmat. Maka, nikmat itu sebenarnya tidak terkira, tidak terhintung. Be content. Tapi bukan maksud kita nak berserah bulat-bulat. Kita kenalah usaha ke arah yang lebih baik.

Aku bukan lahir dalam dulang emas, ayah aku tak pernah ada kereta. Naik motor jelah ke hulur ke hilir. Motor pun beli second. Pernah satu ketika, masa ayah nak ambil aku dari program sekolah malam tu, on the way nak balik rumah, motor bocor. Tunggula rescue datang. Pernah juga balik sekolah aku sama sama dengan ayah aku gelek motor sampai ke rumah. Naik motor jauh jauh pergi cari Bank Muamalat sebab urusan pendaftaran asasi aku. Sampai sekarang pun, ayah aku masih setia lagi dengan motor tu. Bila kenang balik setiap memori tu auto air mata tumpah.

Perancangan Allah semua tu indah belaka. Alhamdulillah, kitaorang adik beradik masing masing berpelajaran. Tinggal yang bongsu masih lagi dekat universiti.

Sebab tu, ada sebuah rumah dekat tengah-tengah bandar di ibu kota negara nie merupakan hal yang paling indah di antara semua hal indah dalam kehidupan aku. Iya, hutang, 35 tahun. Moga Allah susurkan jalan yang terbaik untuk aku langsaikan hutang seawal mungkin. Tunggu pencen, habis duit pencen bayar rumah. Ngee---

Untuk itu, kenalkan SORABIDI HOME, Setapak Kuala Lumpur. Rumah atas langit.

Moga Allah reda setiap perjalanan hidup di Sorabidi. Aamiin.


No comments:

Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie....