2.8.26

Macam banyak nak luah, tapi...

Kali terakhir login untuk menulis bulan 5 yang lepas. Dan sekarang 2 Ogos 2026.

Antara banyak nak tulis di sini, atau nak tulis dalam buku yang Kak Lina bagi lama dulu.

Bulan 6, bulan 7 banyak yang berlaku. 

Macam banyak nak luah, tapi perlahan-lahan. Satu demi satu. Cerita demi cerita. 

Kena ambil mood juga. Baru ada feel nak menulis. Hahahah. Kalau tulis kosong begitu, nanti jiwa tak sampai bila membacanya. Sambil tulis sambil 'throwback' apa yang telah ditakdirkan berlaku. Kehidupan kita begitu, bukan? Ada pasang surutnya. Ada naik turunnya. Ada senyum, ada tangisnya. Manusia, penuh perasaan. 

Jadi, tunggulah sampai bila masanya.

Antara banyak cerita, yang mana bakal ternoktah.

8.5.26

Tunggang terbalik kehidupannya...

Minggu nie dah cecah seminggu kehadiran bulan 5. Alhamdulillah, setakat ini masih dikurniakan nikmat untuk terus bernafas di dunia fana nie.

Dan minggu kebelakang dan kedepan nampaknya badan tak pijak tanah. Taufan sibuk melanda.

Baru habis sukan, belum cukup nafas ditarik, terus dapat jawatankuasa baru. Ayuh, dulu beikrar penuh semangat waja. Apa yang diberi, amanah tak dipersia. Pikul jangan tak pikul. Kalau jatuh? Bangun sendiri. Awakkan dah besar? Dewasa yang kuat.

Belum sempat nak menangis, air mata tak keluar. Penat. Tapi apa nak buat. Masing-masing ligan, menjerat diri dengan beban yang tidak terkira. Kalau tahu begini nasibnya, adakah masih kamu berhajat kepada cita-cita yang murni ini? Kalau.

Ambil kata kata semangat daripada Lina Pom tak Pom:


Moga dimudahkan urusan keje buat kite semua. Apa nk jadi, jadi jela. Jalan teruihhh walau peritt pedihhh kehidupannyeeekkkk. (putar balik video lama dulu)


Semoga diri baik baik sahaja. Kalau penat, rehat.


16.3.26

Rindu dalam diam...

Beginilah. Tahu tahu dah tahun baru. Sedar sedar dah pertengahan bulan 3 tahun 2026. Janji nak update blog paling kurang sebulan sekali, tapi janji tinggal janji. Sama juga. Kata nak update dalam buku yang Kak Lina bagi tu. Rasanya bila lah nak penuh buku tu. Tolong jangan bagi buku tebal please. Kesian saya nak tulis sampai muka surat terakhir. Hurm.

Aku tak tahulah aku dua tiga hari nie kenapa.

Aku jadi rindu dengan semua kenangan indah. Aku macam nak ulang semua benda tu kembali. Tapi sayang, aku tak mampu. Aku cuma boleh putar benda tu dalam kotak masa yang aku tak tahu boleh simpan sampai bila.

Anything, kenangan yang mengembirakan aku.

Waktu aku dengan keluarga.

Waktu aku dengan kawan-kawan.

Waktu aku dengan anak-anak murid.

Atau waktu aku dengan stranger.

Aku cuma rindu. Terlalu rindu.

7.12.25

Kenapa baik sangat nie...

Bila sampai part aku, aku tak tahu nak reaksi macam mana. Aku tak tahu nak tunjuk emosi macam mana. Kat dalam, sumpah aku rasa sangat bahagia. Tapi, aku tak reti nak tonjol emosi tu kat luar. Weh, aku tak expect macam nie kejadian tu.

Cerita dia macam nie. Semalam, ada jamuan hi tea sekolah. Biasalah, acara wajib tiap hujung tahun. Jadi, tahun nie Hotel Concorde jadi pilihan. Macam biasa, duk mai tang tu tang nie semua kami lima ketul gerak sekali. Pergi sana ambil dan hantar oleh Kak Lina, naik Alzalina. Comel kan nama kereta Alzalina. Sebab kereta Alza + nama owner Lina sama dengan Alzalina. Whutt. 

Jadi, check point pertama, rumah Shafika. Check point kedua rumah Suhaila. Check point ketiga, rumah aku dan last sekali rumah Husna. Mujur duduk dekat dekat jer semua. Pukul 11 sharp, Kak Lina kata tayar bergolek. Horrey!! 

Sampai sana, pukul 12 lebih. Meja pun semua dah hampir penuh. At first rasa sedih kalau terpaksa duduk asing-asing. Dua sana, dua sini lah. Tak best gitu. Kita nak duduk satu geng. Tapi last sekali, duduk sama-sama dari awal sampai akhir asbab angkat kerusi satu walaupun alih sana alih sini kerusi tu. Jadi, bestlah! Sebab kita bersama dengan orang yang kita sayang.

Haaa... belum sampai part lagi nie. Tu baru muqadimah cerita. 

Dah makan, solat, makan..masa nak balik pun tibalah. Kali nie drop off Husna dulu. Lepas tu aku, kemudian Suhaila dan last sekali baru Shafika. Okaylah. Settle drop off Husna. Pusing sana, pusing sini sampailah depan guard house rumah aku. 

Kak Lina kata nak drop off. Tapi hujungnya haaa nak drop off sampah masyarakat. Aku tak dengar sangat part nie. Tapi macam tulah Kak Lina beritahu. Suhaila kata; amboi kata kat orang...kena tang kita tahu pula. Haaa...macam tulah. Lepas tu, baru Kak Lina tersedar dan auto muhasabah diri. Nie Kak Lina yang beritahu.

Patutlah lepas settle drop off semua orang, petang tu Kak Lina call aku. Ingat sebab apa. Rupanya nak minta maaf pasal nie yang aku macam tak ingat dah benda tu. Tapi kita layan drama pendek sat.

Haaaaa....tahu pun. Aku cakap aku sedih naik lif sorang sorang tadi lepas kelaur dari kereta. Aku cakap aku nak merajuk 5 hari.

Tapi tak boleh weh.

Kak Lina mai rumah tengah hari tadi.

Suprise kan. Nak mai tak habaq. Pakej bawa naik ayam gepuk Top Global, hadiah merangkap hadiah hari jadi. Ada coklat Beryl's favorite dan penanda buku. Aaaaa, jenuh nak baca buku nie. Aku pula pagi tadi dah makan nasi kerabu lepas tu ada dua bungkus nasi extra lagi. Tapi sebab Kak Lina belanja, aku makan sambil teman Kak Lina makan.

Kak Lina kata dia datang sinis sebab dia rasa serba salah cakap macam tu dekat aku. Kak Lina kata dia tak lena tidur semalam. Yelah tu, dia bukan boleh kira. Berkumur lebih.

Tapi, kenapa buat saya macam nie...buat saya makin attach dan kenapa Kak Lina baik sangat. Biasa, saya akan sembuh sendiri dengan waktu. Saya tak biasa dipujuk begini, oleh sahabat seperti ini. Mana nak cari orang baik macam Kak Lina. Sedihlah saya macam nie. Sebab saya rasa tak deserve untuk diperlakukan macam nie. Dan Kak Lina buat saya rasa macam nie rupanya perasaan bila ada orang yang validate kehadiran kita dan menghargai betapa pentingnya kita dalam kehidupan dia. 

Ya Allah,  tolong kurniakan sahabatku dunia akhirat Norazlina binti Tajuddin balasan syurga atas asbab semua hal kecil yang menyentuh jiwa ku dan insan-insan lain. Kak Lina nampak macam tu. Tapi dia baik sangat Ya Allah. Jiwa dia tulus. Jaga dia untuk ku Ya Allah. 

Sesungguhnya, Kak Lina satu dalam sejuta. Saya sangat bertuah dan beruntung dapat bersahabat dengan Kak Lina. Semoga kita berjiran di syurga kelak sebab saya teringin sangat asab persahabatan kita semua kita akan mendapat naungan Allah di akhirat nanti iaitu dua orang yang mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah.

Friends forever, neighbour in jannah. Aamiin. 

4.12.25

Geng November

Aku kata kat Kak Lina, birthday dia kali. nie aku nak bagi 5 inner. Ya, 5 inner walaupun baju lengan panjang dia bersepah jer tu. Last aku bagi inner masa birthday dia 33 tahun. Sekarang, dah 35 tahun pada 26 November lepas. Aku cakap nak bagi brand beza beza konon nak bagi rasa pengalaman lain-lain. Tapi, end up aku bagi 4 brand Uniqlo dan 1 brand Geeta, 2 putih, 2 hitam, dan 1 warna kulit. 3 material sama, 1 material hampir sama dan satu material silk. Aku tak beli sekali gus inner nie. Aku beli satu bulan satu inner. Gigih betul kan? Apalah sumbangan seketul Norazlina yang buat aku jadi segigih ini. Hurm.

Aku tak tahu macam mana aku boleh terfikir nak buat semua nie. Aku rasa sebab masa tu aku macam duk ingat hal mati jer. What if aku meninggal, lepas tu aku tak sempat nak bagi hadiah. What if aku tak sempat nak ucap happy birthday dia dan juga happy birthday aku sendiri. Aku jadi macam takut sangat kalau pergi tanpa sempat buat apa apa. Sudahlah tahun ini tahun yang banyak dengan ujian, tergigit lidah dan hampir kehilangan sebuah persahabatan ini. Kalau ingat peristiwa tu, boleh rasa basah pipi. Hangat dengan air mata, walaupun dah hampir 6 bulan berlalu. Masih melekat erat. :'(

But, after all. Alhamdulillah. Aku berjaya bagi last inner kelmarin dengan sepucuk surat tanda hadir dan ucapan persahabatan dalam Bahasa Arab. Rasa lebih bermakna menoktahkan kata dalam bahasa yang masih ku cintai.

Isinya begini bila diterjemah,

To my dearest friend, my soul companion in this fleeting world,  

Happy 35th birthday. May Allah bless every breath of your life.


I may not have all the beautiful things in this life,  

but I know I have something rare,

I have you


Our friendship isn’t ordinary. It’s a quiet, sincere bond that Allah tied gently between our hearts.  

Through laughter and silence, through distance or closeness, you’ve always been my safe place.


I pray we walk this life with love, with purpose.  

And when this world tires us, may our friendship guide us gently,

to Jannah, where we meet again, 

not as friends, but as sisters of the soul.


In His care, always.  

With all my heart.


Ayat last sekali,

Wakafa billahi syahida (dan cukuplah Allah sebagai saksi). 🤍


Paling suka dengat bait patah ayat terakhir...

Untuk semua hal yang terjadi, cukuplah Allah sebagai saksi. Atas apa yang aku rasa, aku panjatkan doa yang paling dalam. 

Kak Lina, saya tak nak jadi sahabat Kak Lina. Saya nak jadi friend forever, neighbour in jannah. Nanti tolong tarik tangan saya masuk syurga tau. 

Sayang Kak Lina lillahi ta'ala.

23.11.25

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Duhai Diri

Cliche bunyi tajuk kan? Macam aku dah tak boleh fikir tajuk lain. Tetap juga tajuk ini yang aku rasa paling ngam ngam soi dengan apa yang aku rasa pada detik ketika waktu ini.

Entah.

Alhamdulillah, masih diberi nikmat untuk bernafas dan untuk menyambut ulang tahun kelahiran semalam. So, yesterday was my birthday. 

Bak kata Kak Lina, "Untuk Siti Rokiah binti Abdullah, 33 tahun dah tu."

33 tahun hidup atas dunia yang fana ini rupanya. Dalam sedar tidak sedar kan masa berlalu dengan pantas. 

Apa yang aku buat semalam? Ya, untuk meraikan diri sendiri. 

Aku ajak adik aku, Rabiatul untuk keluar makan tengah hari. Plan asal nak makan dekat Yatie Kitchen sebab tengok harga macam okay. Tapi bila tengok review macam tak best pula, contoh macam payah nak parkir semua tu. So, end up aku booking untuk makan dekat Kay's Steak and Lobster. Aku beritahu dalam group Cekgi kalau makan lobster terus kayap aku. Dan emang ternyata kayap aku jadinya. Hahaha. Tapi, tulah bila lagi nak rasa makan lobster kan. Isi lobster macam isi ketam, pejal gitu. Bezalah isi dia dengan isi udang tu.

Cuba teka bil aku makan semalam berapa?

Almost RM 500.00 sahaja. Berbaloi ke? Untuk aku, well spend. Bukan makan lobster jer, ada ribeye steack 350 gram, speggethi, NZ mussels tu, air semua tu. Mahal kan untuk makan. Tapi aku pejam mata. Sebab kita tak tahu bila lagi kita akan merasa untuk makan semua tu. Next time, kalau umur panjang lagi untuk celebrate birthday tahun depan..aku plan nak staycation kat hotel. ST Regis dalam wishlist aku. 

Lepas makan semua tu, kami gerak ke NU Sentral pula sebab Rabiatul nak beli bedak Sephora. Baru nak try katanya. Yang paling best, dia nak belanja aku bedak juga. Tapi aku kata tunggu dia review dulu bedak tu. Kalau best baru beli. Tapi plotwistnya, aku beli losyen tangan jenama Loccitane tu. Harga dalam rm105 untuk saiz paling besar. Dan kira losyen tu tukar dengan bedak tadi. Kira Rabiatul belanja sempena hadiah birthday. Ya Allah, semoga adik aku Rabiatul Adawiyah binti Abdullah dapat kerja dengan cepat. Aaamiin.

Lepas tu sampai rumah terkejar-kejar nak solat asar semua. Lepas tu sambung makan steak dan speggethi yang tapau petang tadi. 

Dan begitulah hari istimewa aku. 

Juga terima kasih yang paling dalam dari aku atas ucapan doa yang baik dan tanda ingatan yang aku tak dapat nak sebut satu-satu di sini. Cukup aku tahu siapa yang ada dengan aku sekarang ini. 

Semoga kita berjodoh di syurga kelak!

Dan teruntuk diri, jangan rebah!


17.11.25

Still alive, alhamdulilah.

Weh, baru perasan bulan 10 nie tak update apa-apa kat blog nie. Nasib baik masih ingat password, walhal aku tak pernah sign out pun. Lol. Silly me. Aku kan dah janji paling kurang nak update sebulan sekali. Apo, janji tinggal janji. Dasar kamu! Sekarang dah masuk pertengahan bulan November. Sigh.

So, what happened so far? Well, alhamdulillah. Still alive and still surviving end to end.

Banyak hal yang berlaku, baik hal kehidupan yang memenatkan jiwa mahupun urusan kerja yang tidak pernah selesai. 

Bukan mudah untuk mendewasa. Bila penat jadi dewasa, terus auto teringat zaman jadi budak budak dulu. Tak perlu sakit kepala dan makan panadol selalu. Kan best jadi kanak-kanak. Tapi tulah. Bila jadi kanak-kanak dulu duk meratib nak jadi orang besar. Amik kau! Hahahahaha.

Nak buat macam mana kan, sebab itulah fasa demi fasa yang Allah sudah aturkan kepada kita. Mana mungkin yang tua nak kembali muda dan sebaliknya. Seiring dengan sunnatullah, ketetapan dan dan sistem yang Allah aturkan kepada setiap ciptaan-Nya. Maka, kita lalui dengan caranya.

After all, alhamdulillah atas semua nikmat dan ujian yang Allah berikan. 

Masih bernafas.

Masih berdiri.

Masih melangkah.

Masih kuat walau kadang terlihat lemah untuk mendepani hari mendatang.

Cuma doa yang tidak pernah putus,

Supaya dalam apa jua yang aku lalui, aku cuma berharap agar Allah sentiasa memeluk dan mendakap ku erat.

Aamiin yang paling serius.

25.9.25

It's not the end, yet.

Hye there. 

Baru perasan bulan September nie tak update apa-apa di blog nie. Ia bukan tak ada cerita nak tulis, cuma tak tahu kenapa tak tulis. Sibuk sangat ke atau masa yang berlalu sebegitu sepi. Tetaplah jua, hari-hari masih berlalu dan aku masih di sini...merencana alur kehidupan aku.

Hidup aku...aku cuba untuk tambah baik dan urus dengan baik, untuk jaga hubungan aku dengan Allah, hubungan aku dengan manusia dan juga sekeliling. 

Bagaimana? 

Sekarang, lepas solat isyak aku dah mulai susuli dengan solat taubat. Ya, aku terkesan dengan ceramah yang disampaikan oleh Tok Abah atau lebih mudah Fadhilah Kamsah. Masa remaja dulu, selalu dengar ceramah dan rajin juga baca buku-buku motivasi beliau. Pinjam di perpustakaan desa! Tok Abah kata, jangan missed walau sehari untuk solat taubat. Sebab kita tak tahu bila ajal kita datang menjemput. Kita juga tak tahu seberapa banyak dosa yang kita lakukan sama ada secara sedar atau tidak. Apa yang lebih mustahak, solat taubat dulu. Lazimi malam sebelum kita tidur dengan solat taubat. Kita percaya yang sesungguhnya Alllah Maha Penyanyang dan Maha Pengampun. Cuma kita, yang tidak meminta. Jadi, mintalah dan mohonlah kepada Allah agar segala bentuk dosa kita dipadamkan dalam buku rekod. Moga aku terus istiqamah untuk solat taubat dan tidak lalai untuk melaksanakannya.

Aku pun juga sekarang ini tengah urus kewangan aku. Nak selesaikan semua hutang yang ada. Risau sangat bila hutang ada nie. Cukuplah hutang-hutang yang ada nie. Tak mahu tambah lagi. Aku suka tengok bila jumlah angka hutang itu berkurang, walaupun sedikit. Dan bila aku tengok orang lain yang lagi banyak hutang, membuatkan aku sedikit sebanyak rasa, you can do it, you can settle it. Life was tough and harder, but the one who is give up is more than nothing. Bayar sikit-sikit, doa banyak-banyak...semua itu akan selesai. Aku macam nak cari lagi part time job untuk selesai dengan cepat. Hutang personal loan, balance transfer credit card, credit card, spay later semua tu. Jadikan semua itu pengajaran untuk urus kewangan dengan lebih baik untuk masa akan datang. Untuk buat aku tak rasa pening, aku tanam dalam mindset aku, bukan berjuta hutang kau. So, keep cool and do settle. Slowly, but surely. And again, doa banyak-banyak. Allah yang bagi rezeki. 

Dan ya, aku masih belajar bagaimana aku nak jaga hubungan aku dengan manusia. Circle aku tak besar, kecil sebenarnya. Aku banyak mingle around dengan orang yang aku dah biasa. Aku juga boring orangnya. Dalam masa yang sama aku tak nak jadi people pleaser, anymore. Aku cuma nak rasa comfortable dalam satu satu situasi. Antara disukai dan disenangi, aku lebih suka kalau orang senang dengan aku dan aku turut senang bila bersama dengan dia. Suka itu akan auto hadir. Cuma ya. Dalam masa kita menjaga hubungan, ada yang mungkin terlepas pandang. I guess, dealing with human is much more difficult. Very tangled and complicated. Aku belum cerita lagi perihal apa jadi hubungan persahabatan aku dengan Ain yang sekarang masing-masing berdiam diri. Menoktahkan atau terus sahaja begini. Jadi ya, aku masih belajar mengenal manusia.

Untuk akhir-akhir ini juga aku banyak merefleksi diri. Bagus juga bila single sebegini rupa dan duduk sorang-sorang merenung dinding dan kipas. Kau ada banyak masa untuk diri sendiri sebenarnya. Di mana masa itu cuma Kau dan Tuhan. Berdua.

Selagi belum sampai akhirnya, selagi itu kita kena teruskan langkah. 

Jalan terus duhai diri yang kuat!

30.8.25

Tentang kita.

Hye, it is me again! Alang-alang buat poster untuk Hari Kemerdekaan, aku singgah menaip sini. Sekali harung. Kalau tidak, cerita ini akan jadi pending.

Semalam, Jumaat selepas tamat waktu persekolahan, kami berlima pergi makan-makan. Plan sepatutnya awal lagi, tapi entah kenapa ditangguhkan. Siapa yang ajak kami semua makan? Tak lain tak bukan Kak Lina. Ya, betul. Sepanjang hampir 7 tahun aku kenal Kak Lina, jarang betul dia yang tukang mula dulu. Kemain ya propose dalam group selepas mesyuarat kokurikulum tempoh hari. Siap ada ucapan penghargaan lagi kepada Husna dan Suhaila terutamanya sebab memang mereka berdua selayaknya. Sama-sama yang berganding bahu dalam satu team kokurikulum bersama Kak Lina dan juga Puan Rafiza, PK Koku yang baharu. Jadi, itulah permulaan agenda untuk sesi makan-makan hari jumaat. 

Kak Lina kata, dia nak belanja kami makan. Suhaila macam a little bit shock. 

Response Suhaila, perghhhhhhh.

Kak Lina bukan apa tu. Kak Lina jadi OKB. Baru dapat tunggakan kenaikan gaji sempena naik pangkat. Tahniah Kak Lina, sebab dah jadi DG10. Terus terbang tinggi, namun jangan mendonggak ke langit. Ingat, sentiasa menunduk tetapi jangan rebah!

Dan dalam tempoh nak sampai ke hari jumaat ini, kami banyak kali bincang nak pergi makan mana. Sebab kami concern juga harga mahal di Sejiwa tu. Ya, kami pernah makan banyak kali di situ. Setiap kali bil sampai, beratus ya. Mahu sakit jiwa Kak Lina di kaunter pembayaran nanti.

Nak makan makanan Korea, Husna tak makan. Nak makanan bergrill, steamboat tak buka. End up, last kami plan tanpa Kak Lina adalah Secret Recipe. Banyak pilihan juga, menu pun sedap juga dan lebih mesra poket. Sebab apa tanpa Kak Lina? Sebab hari khamis tu Kak Lina MC. Kak Lina cabut gigi geraham bongsu. Lagi dua gigi menanti ya! Udah tak ada gigi kamu, sis! Ngeee ~~~~ Masih juga tetap menawan bila senyum. 

Plot twist, kami naik Alzalina ke Sejiwa! Plan B kami kalau ke Sejiwa juga, kami split half amount nanti. Tak ada koyak sangat dompet Kak Lina. Huhu. Kami nie nampak jer macam tak peduli begitu, tapi diam-diam tetap cakna. 

Sejiwa tu bunyi macam jauh, bukan? Padahal jalan kaki pun sampai. Nak juga naik Alzalina. 

Ya, tentang kita yang sama-sama nak bergelak ketawa! Naik kereta sama-sama pun sudah bahagia! Apatah lagi makan bersama-sama. Ada vibes. Ada good vibes. Feel to the moon!

Dan, aku bukan nak cerita pasal cafe Sejiwa itu. Aku cuma nak highlight dalam alam maya ini apa nilai yang Kak Lina minta cari itu. Aku tak pasti nilai ini betul atau tidak, sebab nilai ini yang aku rasa paling tepat.

Nilai yang bukan terletak berapa ratus atau ribu yang kita habiskan. 

Nilai yang ini ia tidak akan dapat dijual beli di mana-mana tempat.

Nilai yang ini ia bukan 'given' but 'earned'.

Untuk sampai ke tahap 'nilai' ini, banyak yang tidak terluah. Kalau dikarang, mana cukup satu muka surat.

Nilai kasih sayang dan juga persahabatan.

Sejujurnya, untuk sebuah ikatan yang terpatri dengan kasih sayang ini cukup untuk aku hargai sepanjang hayat. Aku mulalah nak sebak. Tengok, dah keluar air mata. 

Entah. Aku sekarang tak boleh kalau sebut tentang kasih sayang dan persahabatan akhir-akhir ini. Dia auto menangis. Terkenang banyak hal lampau mungkin. Anxious pun ya!

Okay, enough. 

Kak Lina, 

Terima kasih seluas langit untuk semua hal indah hari ini, berkongsi rezeki, rasa dan moment dengan kami semua. Menjadikan kami sedar tak sedar, sebahagian dalam perjalanan hidup seorang Norazlina binti Tajuddin. Moga Allah melimpah ruahkan rezeki batin dan zahir Kak Lina.

Doa aku panjang lagi yang aku chat personal dengan Kak Lina. Hmm.

Dan, 

El, terima kasih juga sebab ingat kami dan berkongsi tiramisu dengan kami semua tadi. Sedap tiramisu tu..

Doa aku sentiasa, semoga Allah jaga persahabatan ini dan pertemukan kami semula di syurga kelak untuk sama-sama menikmati kebahagian yang kekal. Aamiin.

Tentang kita yang nak jadi friends forever, neighbour in Jannah. Aamiin.  


28.8.25

Seberapa lama begitu.

Tinggal lama-lama ruang curhat ini nanti berhabuk dan bersawang pula. Naaaah, aku datang singgah walau sudah hampir menutup bulan Ogos. Tapi tetap singgah, bukan? Ya, aku rindu sebenarnya. Banyak nak luah, tapi akhirnya terbiar sepi. Pendam jauh ke dasar hati. Bukan apa, mood asyik macam chipsmore, tenggelam timbul tenggelam tak timbul-timbul. Huhu.

Oh ya, aku juga ada habit baru. Menarik bukan untuk seketul aku. Tak tahu kenapa lately nie aku suka rekod voice sendiri. Aku rekod dalam telefon lagi satu dan kemudian forward dalam save messages Telegram. Lepas tu, syok sendiri bila dengar suara yang tak merdu seperti suara Kak Lina. Nanti aku rekod lagi suara aku! Jangan muak sudah, sebab boleh jadi itu yang akan dirindui nanti. Hmm.

Dan aku cuma teringat perbualan sebelum kelas tambahan petang tadi. Antara aku, Kak Juley dan Kak Nun. Kak Azimah pula sibuk siapkan headcount SPM. Topik perbualan berkisar apa yang kami buat dan cara me time kami bertiga.

Kak Juley tanya aku, aku tak fully occupied dengan tugasan yang P bagi ke? Aku cakap jer P ada jer bagi kerja suruh buat, tapi aku malas nak menyahut dan aku malas nak explore apa yang P minta tempoh hari. Kak Juley kata, betulah tu. P pun kata macam tu juga. Ikut mood dan jadual aku. Jadi, kalau orang nak 'sesuatu' daripada aku, memang kena tunggu untuk aku 'ready' dulu.

Betul ke macam tu? Seberapa lama begitu?

Hidup aku nie boring sebenarnya, tapi fun dan enjoy juga. Walaupun banyak masa aku untuk tengok kipas dan dinding sehingga aku terlelap. Terus terang, sebenarnya otak aku 'plan, structure, control' apa yang aku nak buat dan capai. Ada hari ya, aku takkan buat apa-apa. Ada hari pula, aku akan totally blocking waktu aku untuk explore dan buat apa yang aku nak buat. Aku 'design' apa yang aku mahu dan bukan semata follow the flow. Kalau aku memang tak nak, ambil masa lama untuk aku proses dan hadam. Kadang ada juga aku follow the flow. Manusia!

Sebab tu aku kadang macam 'wonder', aku tak sibuk untuk orang tengok aku sibuk ke atau aku sebenarnya tak ada apa yang perlu diselesaikan? Kerja aku dah habis ke? Sebab aku tengok kerja Kak Lina tak pernah habis. Nisa merangkap housemate Kak Lina kata, Kak Lina tidur pun sekali dengan laptop. Ya, cuti MC sebab cabut gigi bongsu pun boleh bangun sambung buat kerja. Fast responder pun ya! Aku tanya Kak Lina kerja apalah yang tak sudah-sudah nie. Jawab dia, kerja yang tak sudah-sudah. Jawapan pun kurang memberangsangkan. TP 1 jer layak nie. Kak Lina kata, memang style dia begitu. Betulah begitu kalau empuya diri jawab begitu.  Iya, pelik tapi ajaib.

Tapi kan, seberapa lama begitu? Macam banyak masa pula aku untuk buat kajian kes. Hahah.

Aku cuma musykil juga, setenang itukah aku sementara orang lain bergelora dengan tanggungjawab dan tugas masing-masing? Tenang mungkin. Bahagia juga.

Aku ada saja benda nak kena langsai. Aku susun ikut hierarki. Tak semua benda kita kena buat sekali gus. Satu, satu. Perlahan-lahan.

Kerja tidak pernah akan habis. Sentiasa ada top up, sentiasa ada yang baru. Selesai satu, kemudian datang lagi yang baru. Kita akan ikut rutin yang sama tanpa kita sedar kerja kita bukan berkisar tentang kerja itu semata. 

Jadi, penat ke kerja. Penat! Gila tak penat. Tapi tahu ke apa yang lebih penat? Penat bila deal dengan manusia! 

Seberapa lama begitu, tetap beri ruang rehat untuk diri sendiri. 

Semoga baik-baik saja, duhai diri.


9.8.25

Rasa yang kosong.

Oh ya, dah masuk bulan 8. Cepat betul rasa. Baru rasa hari tu upload story kat Instagram yang 6 bulan sudah berlalu. Tahu tahu hari ini dah 9 Ogos. Masa yang cepat atau kita yang tak sedar? Kita berjalan seiring masa, sebenarnya.

Hari jumaat baru ini, kami berlima seperti biasa mencuri sedikit ruang selepas habis waktu bekerja untuk 'berhealing'. Lepas ini, kalau aku mentioned berlima tu maksudnya aku, Kak Lina, Husna, Suhaila dan Shafika. Ngeee ~~~~

Dalam group, Husna dah bunyi-bunyi nak lepak bersama sama ada di Sejiwa atau Black & White macam biasa. Dua kali ya. Tapi tulah, mesej itu ibarat angin lalu. Kesian Husna. Bukan, timing tak kena. Masing-masing sibuk, tak menyahut seruan tapi masih membaca dan mendengar. Aku kira walaupun tak respond, semua macam dah 'lock' hari jumaat tu. Begitu, macam ada telepathy. 

Jadinya, dalam kelam kelibut hari jumaat itu kami tetap naik kereta yang sama, Alzalina dan bergerak menuju ke destinasi. Kali ini jauh ya.

Cuba teka di mana?

Yang pasti bukan Sejiwa mahupun Black & White. Dua tempat tu dekat ya. Tempat baru ini kena tunggu traffic light, kena u-turn, kena pusing dan kena bayar parking. 

Kami melepaskan lelah dan tarik 'handbreak' sejeda di Richiamo Cafe, Residensi UTM tu. Tak jauh sangat pun sebenarnya. Aku pun memang dah plan nak belanja mereka semua. Aku stand by card jelah. Swipe, swipe, langsai. 

Masa yang ada, kami gunakan sepenuhnya. Biar terisi dengan hal yang boleh melegakan, walaupun banyak tumpah teh. Teh apa tak tahu. Teh yang tak boleh minum.

Satu cerita ke satu cerita yang lain. Menarik jadi perempuan ini. 

Sehinggalah...beralih ke topik yang aku rasa berat. Rasa yang aku sendiri tak tahu nak olah macam mana.

Topik yang berkisar tentang pentadbiran, penolong kanan, P dan yang sewaktu dengannya. 

Topik yang berkaitan perihal Kak Lina, tenis dan P.

Dan ya, sehingga Shafika terkeluar yang Suhaila mengatakan aku Pro P. Aku tak ambil port pun, asal bukan mereka kata aku Pro Max. I'm not defending myself, sebab itu pandangan masing-masing. 

P bukan 'matter' bagi aku untuk aku peduli dan fikir terlalu dalam.

Apa yang aku dapat simpulkan daripada topik yang banyak kami bualkan adalah;

Rasa yang kosong, untuk suatu tempoh yang tak pasti bagi mereka yang merasai.

Bekerja dalam mode autopilot. Hakikat yang sedih untuk ditelan. 

Aku? Adjusting. 

Tak ada yang Suhaila atau aku sendiri yang boleh bantu mereka, melainkan mereka sendiri.

Keluar. Mungkin itu salah satu cara yang terbaik.

Aku suka cara Suhaila 'leads' perbualan kami hari tu. Macam suami  Shafika kata, Suhaila ini matang. Betulah tu analisis suami Shafika. 

We listen, but we do not judge.

Kami 'concern' juga tentang hal Kak Lina. Tapi itu hak peribody Kak Lina. Kami hormati ruang peribadi Kak Lina jika itu yang Kak Lina pilih untuk tidak bercerita apa yang dipendam. 

Tak semua kita perlu cerita, bukan?

Cuma, tetap untuk Kak Lina tahu...kami ada. We stay. I stay. Because you matter.

Dan,

Untuk rasa yang kosong ini,

Cukup untuk aku...

Cukup untuk aku langitkan agar ia tidak singgah terlalu lama,  tidak membuai sampai lena dan tidak mati rasa terus. 

Kerna, yang kosong kalau dibiarkan lama cuma tinggal 'kosong' kalau tidak diisi dengan 'rasa' yang mendakap diri. 

Oh Tuhan, dakap kami semua.


27.7.25

Andai aku tidak lagi menjadi ruang rehat.

Aku perasan hujung hujung ini aku suka meluah melalui tulisan. Cuba untuk meringankan beban fikiran.

And hi, it's me again! 

Aku cuma proses apa yang sedang aku lalui sekarang. Proses untuk aku beradaptasi sebenarnya. Dan juga mungkin proses untuk aku 'melangkah' keluar, perlahan-lahan walaupun aku sakit dalam diam.

Pagi sabtu hari tu, Ain mesej. Kebetulan masa tu sekolah ada buat aktiviti gotong royong Madani. Nama aku awalnya terlibat untuk mengecat segala tiang dan tar yang ada, tapi ditukar kepada kelas Strive untuk murid tingkatan 5. Balik sampai pukul 2.30 petang. 

Dan ya, berbalik kepada Ain tadi. Ain mesej ajak keluar. Kadang dia random ajak aku keluar dan kadang timing tak betul. 

Aku replied," Aku kata aku kat sekolah, ada program gotong royong dan bersambung dengan kelas tambahan sampai pukul 2.30 petang." Aku response laju dan tak delay seperti sebelum ini.

Ain balas mesej aku. Dia kata pukul 5 petang, bukan sekarang. Sebab dia pun ada di sekolah.

Aku macam oh okay. Lama kemudian, aku replied, aku tanya dia buat apa kat sekolah dan aku ingat dia ajak aku sekarang.

Lepas tu dia tak response. Jadi aku fikir macam jadi kot pukul 5 petang nanti. 

Balik dari sekolah semua sambil berangan lepas nie nak makan malam sama-sama dengan Ain. Aku tunggu sampai aku terlelap dan aku terjaga oleh alarm clock yang aku dah set up awal. 

Bila aku sedar, aku tengok telefon aku kosong tanpa mesej atau missed call. Yang muncul cuma mesej dalam group Telegram Korang Okay ke Hari Ini, group yang cuma ada Kak Lina, Shafika dan aku. Group yang wujud asbab suami Shafika outstation.

Shafika ajak kami berdua menemani dia ke KL East Mall, nak cari cardigan Nealofar ft kartun tu. Kak Lina tak boleh join sebab malam tu nak keluar, ada dinner dengan keluarga. Yelah, ayah Kak Lina datang sini. Fahamlah. Jadi, aku jelah singlet yang ada.

Aku macam berkira-kira nak pergi sebenarnya sebab aku kan dah set minda nak keluar dengan Ain.

Tapi bila dah pukul 5 masih lagi tak ada berita apa, aku mesej Ain pada pukul 5.40. Aku tanya jadi ke nak keluar sebab kalau tak aku nak proceed dengan plan aku yang lain, which is aku akan keluar dengan Shafika.

Guess what, pukul 7 macam tu baru dia response. Dia call tapi aku tak angkat sebab aku dah pun on the way ke rumah Shafika.

Dia mesej, dia cakap dia ingat aku tak jadi keluar dengan dia. Sebab aku tak cakap aku jadi nak keluar dengan dia. 

Tapi, bila aku amati balik mesej aku. Dia yang sebenarnya tak response mesej last aku pagi tu. Salah aku juga kan sebab berharap untuk sebuah ketidakpastian. 

Aku cuma mampu response; 

"Haha. Tak apa. I salah faham. Haha. Okay."

Jawapan yang paling sakit yang aku terima dari dia;

"Serius, I tak tahu. Sebab biasa you cakap okay."

Jadi, adakah aku 'okay' person selama ini? Adakah aku orang yang tak boleh say no sebelum ini? Adakah aku follower?

Lagi sekali aku diam. 

Lalu response aku ibarat mati rasa;

"Eh tak apa. Enggak apa apa kot. No worries."

Aku cuma menutup apa yang aku rasa di sebalik tidak apa.

Dan pedih untuk aku hadam mesej last.

"Ok u."

Dan last daripada aku petang tadi;

"alright".

Benda nie buat aku sedar satu hakikat. Aku mungkin tidak lagi menjadi ruang rehat untuk dirinya. Dia tidak lagi mencari aku seperti dulu. Mungkin aku telah menjadi tempat singgah yang sementara.

Aku tengok balik foto kami berdua dalam Google Photos. Our golden era bersama-sama last tahun 2023.

Faham kan maksudnya apa. Maksudnya aku pun sebenarnya dah slow slow pudar dalam radar kehidupan dia. Entah. Tak tahu nak ungkap perasaan itu macam mana.

We used to be together, spent almost our time together. And me always said yes to every single time whenever she asked. Sebab tu dia cakap aku selalu kata okay. Jadi, betulah aku okay perseon selama bersahabat dengan dia, bukan? 

Aku pernah bilang dalam tweet aku. Salah seorang yang aku akan 'hold' forever it is you,  Ain. A sister not by blood but by soul. 

Tetapi Ain, makin lama aku 'hold' aku makin sakit Ain. Perasaan ini memakan aku dalam diam walaupun perlahan-lahan. 

Adakah star kita akan align di kemudian hari nanti? 

Aku cuba untuk masih bertahan. Sampai bila yang aku sendiri tidak tahu.

Namun, seandainya aku tidak lagi menjadi ruang rehat mu...

Cukuplah engkau tahu, engkau pernah menetap di hati aku dan aku akan terus mendoakan mu dalam diam.

Aku tak nak jadi BFF mu, babe. Aku nak kita jadi friend forever yang boleh kita memegang tangan dan berlari di taman syurga.

Dan...

Maafkan aku, Siti Nur Ain Ab Rahman atas khilaf dan salah yang tak terungkap selama ini.


19.7.25

Sepurnama Rindu.

Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi aku rindu era kerja yang tidak terkejar-kejar seperti sekarang. Aku rindu bau suasana nyaman dan tenang. Aku rindu pada kenangan lalu. 

Bukan dulu tak sibuk, bukan juga dulu goyang kaki. Kerja ada sebab tak pernah habis. Tapi setiap benda tu kita rasa seronok nak buat. Tak ada rasa macam terpaksa dan out of sudden and nowhere. 

Not just like now, what currently happened in this school. 

Aku amati satu persatu wajah di hadapan. Jauh aku merenung dalam. Akhirnya, aku cuma dapati satu jawapan. 

Jawapan yang tampuk pemerintahan baru ini meragut segala emosi dan membenam rasa 'manusiawi'.

Natijahnya, lahir suasana yang tidak mesra dan ibarat seperti itik yang sedang berenang. Nampak elok pada dasarnya, nampak cantik pada semua mata yang memandang dan nampak kejelikitan semua. 

Tetapi, hakikat yang perit untuk ditelan ialah dasarnya sudah rosak barangkali. Berkecamuk.  Jiwa terbelah dan perasaan hilang. Lalu, apa yang tinggal? Cuma mode autopilot. Jasad ada, tapi roh mati.

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Kejam ke kalau aku kata yang patut dipertanggungjawabkan adalah P. Kejam ke kalau aku menoktahkan begitu?

Sepanjang tempoh aku disini, hampir 7 tahun, aku telah melalui era yang berbeza dan pemergian yang berterusan. Bermula dengan Puan Rohana, kemudian Puan Nafisah, diikuti dengan Puan Maizatul yang sempat dua minggu menjalankan tugas dan akhirnya dengan P yang aku selesa untuk tidak menyebut namanya. 

P mula menyambung legasi di sini pada Disember 2023, menghampiri fasa matang dua tahun.

Sejak daripada itu, banyak perubahan yang berlaku dan kami terpaksa 'follow the flow' dan menari mengikut rentak P. Apa yang P mahukan, kami ikuti semuanya. Kami mampu membangkang dalam diam dan sepi tanpa menyedari hal itu memakan kami perlahan-lahan. 

Bukan P tak bagus. P is good and excell in her forte, event management terutamanya. Sebab itu jugalah segala mak nenek protokol dan semua yang berkaitan kami wajib pelajari dari kosong.

Atau mungkin sebelum ini kami dalam tempoh 'bertenang'? Dah tenang lama, nah ambil ribut taufan.

Entah?

Dan apa yang membuatkan aku berfikir adalah aku cuba menyambung dot dot yang aku dengar dan luahan yang aku hadami.

Bagaimana Kak Lina berada pada tahap kemuncak untuk memohon Eg-Tukar.

Bagaimana Thew berjumpa dengan P dalam memohon Eg-Tukar.

Bagaimana Kak Asyadah yang bersedia untuk redeployment.

Dan bagaimana pula dengan tangisan air mata yang keluar dalam diam?

Bukan aku cakap P tidak baik. Sebab semua orang ada sisi baik dia, bukan?

Aku pernah sahaja kena marah dengan P sekali sebab lambat untuk pergi ke satu program. Bukan tak pernah kena marah. Pernah. Tapi aku faham sebab memang itu silap aku.

Cuma yang aku tidak mengerti ialah,

Bagaimana dengan jiwa-jiwa yang selalu diherdik kata nista dan yang rapuh menanti retak? Bagaimana perasaan mereka dan hari hari yang dilalui, di sini.

Emotional damage, mungkin.

Adakah kalau P berhijrah ke tempat lain, akan 'mungkin' keadaan kembali normal? Atau mungkin 'much more better without her'? Atau mungkin tempat P tidak sesuai untuk mengemudi kapal di sini? 

Kapal ini cuma menanti masa untuk karam.

Dan aku? Cuba untuk terus kekal bertahan.

Pernah aku panjatkan doa, memohon agar P dipindahkan ke tempat yang lebih baik. Pada waktu tu jiwa aku sarat dengan apa yang Kak Lina ceritakan, apa yang Kak Lina rasa dan apa yang Kak Lina berfikir sedemikian rupa. 

Untuk terus kekal bertahan atau bawa diri terbang mencari kebebasan.

How do I say?

Kak Lina, Thew dan Kak Asyadah aku boleh simpulkan satu sahaja. Benda ini bermula dengan pentadbir. Dan pentadbir yang paling utama adalah P. Itu sahaja.

Jadi, kejam ke kalau aku cuma doa untuk P pindah?

Aku sekolah sekolah ini. Aku mendiri sebab aku ada support system seperti Kak Lina, Husna, Suhaila dan Shafika. Aku tak boleh bayang kalau salah seorang antara mereka terbang tinggalkan aku terutamanya Kak Lina. Tapi, takkan aku nak jadi penghalang yang mengikat kaki mereka bukan?

Biarlah aku yang menyaksikan satu satu pergi supaya hati aku boleh berdamai dengan hal yang berlaku nanti. Biarlah aku yang hujungnya bawa diri setelah semua kesayangan aku di sini terbang. 

Untuk mereka menumbuh di tempat yang lagi bersinar jika tempat ini tidak layak untuk mereka. 

Cuma untuk seketika, itulah doa aku yang paling serius yang tidak pernah aku panjat sebelum ini demi sebuah perhubungan. Untuk P berpindah ke tempat yang lebih baik, doa aku dalam diam. Doa aku untuk memeluk jiwa-jiwa yang terusik.

Moga Allah makbulkan doaku itu pada waktu yang tepat. 



14.7.25

People come and go.

Hi, it's me again. 

Jumaat minggu lepas, 11 Julai 2025 Kelab Bitara anjurkan satu majlis perpisahan untuk Puan Tuan Juhaida, mantan PK Kokurikulum. Aku lebih mesra panggil Puan Ju, walaupun acap kali Puan Ju membahasakan dirinya Kak Ju. Kekok dan batas hormat tu jauh lebih meninggi. 

Puan Ju, kehadirannya cuma seketika. Tidak lama. Setahun 4 bulan, 21 Februari 2024 hinggan 30 Jun 2025. Namun, tempoh yang sekejap itu ternyata memberi kesan yang mendalam kepada jiwa yang terpaut.

Norazlina, setiausaha kokurikulum sekolah. Berkaitan urusan kokurikulum, dialah tonggak yang berhubung rapat dengan Puan Ju. Dia jugalah yang banyak berkongsi rasa dengan Puan Ju dan banyak juga yang menyaksikan segala duka yang dilalui Puan Ju di sini. Emotianal attachment is deeper and stay for no one knows. 

Dari moment Puan Ju menerima perkhabaran pelantikan dan daripada sekeping poster yang dimuat naik dalam group rasmi sekolah pada 1 julai itu, aku temui jawapan kepada persoalan yang aku utarakan dalam diam.

Sekejap tapi bermakna. Dan ternyata hubungan ini untuk ada rasa sayang dan kasih tidak perlu lama. Cukup dengan berbekalkan keikhlasan mampu menjentik hati kecil manusia.

Bulan Julai yang merombak lagi sekali emosi Norazlina, mungkin.

Langit yang cerah akan ada matahari, tidak selamanya langit kelam kelabu.

Dan aku yang menyaksikan semuanya, perpisahan demi perpisahan. Bermula tahun ini dengan pulangnya Kak Dayah ke pangkuan keluarga dan pulang berkhidmat di Negeri Darul Iman. Gembira namun jiwa aku sedih. Ingin menangis, tapi air mata tak tumpah. Yang aku ada rasa ketika itu, cuma sedih yang diselimuti rasa syukur kerana proses yang dilalui untuk Kak Dayah dapat semua ini lama. 

Kemudian, perpisahan kedua diikuti oleh Kak Yanti. Hadirnya juga cuma singgah yang sekejap, menyahut cabaran untuk memulakan tugas sebagai GK di sekolah baru. Menerima perkhabaran perpindahan Kak Yanti mengingatkan aku tentang perbualan bersama Dr.Wan di kantin tempoh hari. Tentang tanggungjawab. Tanggungjawab yang dimohon. Jadi apa yang aku rasa ketika berada dalam majlis perpisahan itu? Aku rasa kosong yang aku iringi dengan doa. Atau adakah aku rasa kosong sebab aku tiada sebarang attachment dengan Kak Yanti. Entah. Fikir aku, cukuplah dua perpisahan untuk tahun ini sehingga tanpa sedar ada harapan yang dituai dan doa yang tidak pernah putus barangkali.

Adik aku, Rabiatul memberi hint bahawa Iskandar mungkin akan pindah ke Negeri Sembilan dan menoktahkan kisah yang menyimpan seribu rasa di lebuh raya yang dilalui hampir saban hari. 

Ada aku beritahu Kak Lina what if kalau Iskandar yang ketika itu penyelaras sukan dan permainan dapat surat lulus eg-tukar? Jawab Kak Lina, patah sayap unit kokurikulum. Sebab Kak Lina dah pilih team koku yang terbaik. Aku berpendapat sama. Setiap ahli menunjukkan kefungsian yang nyata berbeza dengan tahun sebelum ini. Dan benar hint tersebut menjadi kenyataan. Lagi sekali aku menyaksikan perpisahan. Jadi, apa yang aku rasa ketika itu? Tidak lain tidak bukan aku rasa syukur akhirnya doa Iskandar makbul pada masa yang tepat walaupun pada mulanya seakan tidak ingin menanam harapan lagi. Sedih, sebab banyak juga memori bersama Iskandar. Tapi tiada yang lebih mengembirakan selain dapat bersama keluarga, bukan? Kak Lina, hilang sebutir permata dalam team koku yang baru ingin bersinar.

Cukup tiga perpisahan yang dirai, merelakan pergi demi bakti yang harus ditabur. Rupanya siapa kita untuk menidakkan takdir Tuhan.

Yang keempat untuk tahun ini, perpisahan Puan Ju. Macam yang aku coret awal tadi, sekejap tapi bermakna. Hadir memberi erti, mencurahkan tunjuk ajar dan bermanfaat. Apa yang aku rasa pada ketika itu? Satu ungkapan perasaan yang aku tidak boleh gambarkan dengan kata-kata. Satu rasa yang aku sendiri sukar untuk ungkapkan. Satu kalimah yang tidak aku jumpa untuk diterjemahkan. In between.

Aku melihat dua insan di hadapan ketika itu dalam satu ruang dimensi yang berbeza.

Bagi aku, segala yang perit untuk Puan Ju telah berakhir. Tiada lagi amarah yang diamuk kencang, tiada lagi kata yang memanah bagai halilintar dan yang paling penting tiada lagi suara nyaring yang menghunus kalbu. Aku rasa inilah jawaban doa yang tidak pernah padam, jawapan yang terbaik! Aku beranggapan, walaupun Puan Ju rasa sedih nak berpisah, rasa sayang untuk tinggalkan unit kokurikulum terutamanya dan dalam masa yang sama kaki tidak sabar untuk melangkah keluar. Perpisahan ini mungkin a blessing in disguise. Sedih tapi bahagia!

Dan aku pula melihat dari sudut pandang lain, seketul Norazlina yang ditinggalkan seperti kanak-kanak kecil yang kehilangan ibu. Sebaris ayat yang meluncur laju di bibir Kak Lina, "Kenapa Puan Ju tak bawa Kak Lina sekali?" dan sepatah response balas yang diberikan oleh Suhaila," Habis itu kami ini macam mana?". Cuma diam yang sepi. Loading. 

Aku melihat bagaimana air mata yang tumpah dan bagaimana dalamnya hubungan Puan Ju dan Kak Lina yang cuma mereka berdua dan Tuhan sahaja yang tahu. Mata aku fokus bagaimana eratnya pelukan Kak Lina kepada Puan Ju seakan tidak merelakan untuk Puan Ju pergi tapi harus melepaskan perlahan-lahan. Setiap titis air mata yang jatuh berderai...

Aku merakam setiap moment yang ada sehingga halwa telinga aku menangkap bunyi-bunyian yang tidak enak. Aku geram bila ada yang cuba membandingkan antara perasaan sedih Kak Lina terhadap Puan Ju dan Kak Dayah. Mereka bilang yang perpisahan Puan Ju sekadar bayangan dan yang Kak Dayah adalah sedih yang sebenar. Lantas, sedih yang bagaimana mereka mahukan? Aku yang tidak tahu keberanian dari mana aku ambil, pergi untuk menjelaskan yang itu bukan fake. Nonsense. You better keep your mouth shut up and do not compare. Perasan Kak Lina valid. Sedih dia, tangisan dia valid. Aku cuma marah oleh mereka yang tidak mahu mengerti dan tidak cuba untuk faham. Baik tengok diam-diam.

Aku? Akan melindungi apa yang aku sayang.

Dan akhirnya,

Semua hal yang berlaku pada hari jumaat itu menyedarkan aku tentang satu hakikat yang kalau aku telan sangat perit. Sakit.

People come and go.

Kita cuma dikelilingi oleh manusia, sementara. Pinjaman yang bukan untuk kita miliki. Satu masa, kita kena pulangkan kepada Pemilik Yang Satu atau satu masa jika belum ajalnya lagi untuk membiarkan dia terus terbang membawa diri ke ruang langit yang lebih baik. Untuk menumbuh.

Aku?

Cuma aku mohon pada Dia untuk panjangkan tempoh masa pinjaman ini, untuk lebih lama, untuk aku hargai dengan sepenuh hati, untuk sayang tanpa batas dan untuk kasih yang tidak pernah surut. 

Moga Allah reda akan semua hubungan yang aku bina ini.

Moga Allah memeluk erat jiwa-jiwa yang aku sayang sedalamnya, sentiasa.

29.6.25

Cuma Jika ini yang Terakhir.

Sejujurnya aku tidak tahu ingin bermula di mana. Tidak tahu ingin mencoret kisah yang mana sedang dua-dua hal buat jiwa aku bersedih. Dan dalam dua hal itu ada satu yang lukanya amat dalam. Tidak aku menduga sehingga tahap ini air mata aku tumpah. Tidak aku bisa hilangkan luka yang ditoreh meski masa menghilangkan sakit. Bagaimana mahu menoktahkan rasa untuk meluahkan segala yang membuku di jiwa, melepaskan sedikit demi sedikit beban fikiran yang ditanggung dan menerima semua hal yang telah berlaku mengikut takdir-Nya.

Cuma jika ini yang terakhir, aku cuma mampu pinta untuk tidak putus doa.

Tanpa aku sedar Isnin yang aku sangka menjadi pemula hari yang baru menjadi pencetus kepada hampirnya sebuah kehilangan. Dan benda yang paling aku takut adalah kehilangan orang yang aku sayang, baik keluarga mahupun sahabat. Aku, bila aku sayang...aku sayang sungguh-sungguh.  Jadi, bila hal itu berlaku. Aku jadi takut. Takut untuk kehilangan yang aku sendiri tidak sedia. Aku tidak pasti akan sekuat mana dan sejauh mana untuk menghadapi ketentuan itu. 

Dari suka suka makan kuaci bersama, menjadi duka yang laranya harap tidak panjang pada ketika detik itu. Walhal ada jiwa yang sedang sakit menahan tajamnya kata-kata aku dan interruption yang tidak sepatutnya aku bagi bila si dia, Norazlina cuba memberi penjelasan di sebaliknya. Cuba untuk menerangkan agar tidak ada yang salah erti. Tapi aku merentap semua itu dengan rakus. Dan bila aku sedar, semua itu sudah terlambat. Raut wajah Kak Lina ketika itu masih membuatkan aku terbayang-bayang dan aku fikir sepatah kata maaf boleh mengubat hati. Selepas itu, aku cuba untuk mencari kelibat Kak Lina di pejabat sebab ayat Kak Lina sebelum berlalu ingin berjumpa dengan Puan Ju. Aku pura-pura ke pejabat, meminta ihsan kertas laminate walhal dalam hati aku sudah mula gundah gelana. Berat kaki aku untuk menapak ke kelas dan betapa aku rasa masa berhenti berputar. Lama. Jiwa aku berkecamuk. 

Satu mesej aku hantar. To let her calm down first and will come back to her as soon as possible. Jawapan yang aku terima tidak seperti apa yang aku doakan. 

"Tak apa, tak perlu, Terima kasih Rok". 

Yang membaca menangis dalam hati. Kena tepat ke dasar. Cuba untuk memeluk diri, this gonna be okay. Cuba untuk beritahu diri, kejar sebelum terlambat. Selepas kelas tamat pukul 2.40, sekeliling aku mencari di mana Kak Lina. Dan diakhirnya aku nampak. Aku mengejar dan terus mengejar. Rupanya apa yang aku kejar jauh. Langkah aku mati saat aku nampak keretanya berlalu pergi dan aku terkebil-kebil bersendirian. Saat itu aku sedar signal merah dan juga air mata yang aku tak sedar bila keluar. Aku cuma mampu sapu air mata tersebut dengan hujung baju kurung.

YOU'VE CROSSED THE LIMIT. 

YOU BROKE SOMEONE'S HEART. 

YOU SHOULD'NT DO THIS AT THE FIRST PLACE. 

Otak aku cuba untuk 'digest' semua maklumat yang telah berlalu.

Aku beritahu Shafika tentang apa yang telah berlaku. Berat untuk aku tanggung. Mungkin ini hikmah disebalik aku bermalam 4 hari di rumah Shafika. Tuhan aturkan supaya aku ada dahan untuk berpaut. 

Aku beli coklat ferero untuk memujuk jiwa Kak Lina. Sebab sebelum ini Kak Lina pernah beri coklat ferero kepada aku dan Shafika untuk satu peristiwa yang aku tak nak ulang untuk sekian kalinya, Jadi, aku fikir mungkin coklat ini sedikit untuk mendamaikan hati. Pagi selasa, aku tinggalkan nota kecil dan coklat ferero atas meja Kak Lina. Begitu juga Husna. 

Harapan aku besar menggunung, yang diakhirnya berkecai. 

Kak Lina cuma ucap terima kasih ketika berselisih dengan aku dan pamit tanpa sempat aku utarakan sepatah kata. 

Benarlah. Luka ini dalam. Amat. Sakit.

Selasa malam, aku mesej lagi setelah diam aku yang lama. Memohon maaf dari lubuk hati yang paling dalam atas keterlanjuran kata, response dan interruption ketika perbualan semalam. Jika boleh aku undur masa, aku nak undur masa ke 10 saat ke belakang untuk menyedarkan aku sebelum terlambat. Aku cuma mampu merintih untuk sebuah kemaafan atas semua hal-hal luka di hati Kak Lina. Yang dihujungnya aku doa semoga Allah menjaga persahabatan ini sampai kita bertemu kembali di syurga-Nya. Aku nak sangat tergolong dalam golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak. 

Jawapan balas Kak Lina cukup untuk aku tarik nafas dalam-dalam. 

At that moment, Shafika've see me at my lowest. I've cried a river over all the things happened. 

Ada beberapa ayat yang aku baca berulang kali.

"untuk melupakan agak sukar sama seperti..."

"saya dah penat dah..."

"the damage has been done. Nothing can fix it anymore..."

Dan setiap kali aku baca, aku menangis. Aku mengenangkan punca atas semua hal luka ini yang membuatkan Kak Lina sedemikian ini. 

Cuma jika hal ini tidak berlaku. Cuma jika aku tahu apa yang akan berlaku. 

If only I knew.... 

Aku ambil masa untuk menelan setiap bait patah perkataan walaupun aku tumpas dalam kata tersebut. Aku beritahu Shafika, "bagaimana untuk menghadap hari esok di saat aku akan bekerjasama dengan Kak Lina?" How do I say something to her.

Mesej balas aku masih lagi ingin memeluk jiwa Kak Lina, masih cuba untuk menanam harapan pada diri yang...

'damage' kadang bukan penamat. Kadang luka tu ambil masa untuk sembuh, tapi keikhlasan boleh jadi penawar perlahan-lahan. 

Masih cuba menuai untuk memberi rasa pada diri yang....

Bukan semua retak berakhir dengan patah. Ada yang sembuh...perlahan, tapi kuat.


Masih tetap untuk setia, peduli dan sayang.


Namun...hujung jawapan yang aku terima cukup untuk buat aku hilang diri seketika.


"Once broken, considered sold". 


Aku noktahkan sepi.

Then, tell me how to heal you and me. 

Kita sama-sama terluka oleh luka yang aku cipta.

Aku terperangkap dengan kata-kata aku sendiri.

Mata aku bengkak.


Rabu pagi, cukup untuk beritahu aku biarlah aku menangis untuk buat kali terakhir hari itu. 

Langit tak selalunya kelam, bukan? Hujan yang turun pagi itu menyelimut air mata aku yang tumpah untuk kali yang berapa.

Izinkan aku Tuhan untuk menangisi semua hal ini. 


What will I lose,

I don't know.


Dan pada seketika di saat cuma aku tidak ingin putus doa, ada yang hadir memeluk jiwa. Mereka...Suhaila, Shafika dan Husna menjadi saksi dan pengantara walau padanya aku seakan berserah pada apa yang telah ditakdirkan. Cukup untuk mengubat apa namanya sakit. 


Perlahan-lahan memeluk jiwa kami di bilik yang sarat dengan buku.

Cuma kami yang ingin berdamai sebelum semuanya menjadi terlalu lewat. 

Cuma kami yang kadang goyah bila diuji.

Dan cuma aku yang takut untuk kehilangan.


Jujur aku takut untuk hal masa depan yang belum pasti.

Namun, izinkan sekali ini Tuhan untuk aku hargai apa yang ada sekarang. 

Untuk aku yang cuma tidak mampu menahan sakitnya kehilangan.


Thank you for holding me even when I couldn't hold myself.

Semoga hal terindah untuk kita yang sama-sama terikat, melewati hari demi hari.


Doa aku...

Semoga Allah pelihara persahabatan yang kami bina atas dasar kerana Mu Ya Allah sampai hujung nyawa dan kembali berpaut tangan di syurga Mu yang nan indah.

Aamiin yang paling serius. 


..........................................................................


Banyak hikmah dan 'ibrah disebalik apa yang telah berlaku.


Aku pun dah bawa bertaubat dan insaf serta lebih berhati hati dalam persahabatan selepas ini. Masih lagi menjadi diri sendiri. Takkan aku nak jadi orang utan pula. Kena ingat yang Suhaila kata, kalau terlajak nanti.... Ikut pandai hang lah. Tak la, Suhaila kata kena komunikasi. Aku pun dah tak nak overthinking. Nanti Shafika marah aku kalau aku overthinking. Shafika tu garang, tapi singa garang lagi. 


Apa yang aku tulis di sini ibarat macam aku lepaskan semua beban yang aku tanggung supaya aku boleh mula berjalan dan berlari semula.




1.6.25

Between Us, our own dimension.

 Hi. Gonna write again. Someone wants to read this again, but of course. No way. Nanti habislah aku. Bukan boleh kira dia tu. Duk kata kalau aku buat buku, tulis buku dialah orang yang akan beli, support aku. Hahaha. Sumpah Norazlina, are you serious? Itulah, siapa suruh bagi screenshot coretan aku kan pasal last post yang aku tulis tempoh hari. Tentang 'deep attachment' vs emosi dan perasaan.

Bagaimana boleh ada episod sambungan? Macam nie. Random tau sebab tak expect benda nie akan berlaku. Haha.

Aku memang dah plan nak keluar semalam sebab niat memang nak cari pen. Lepas tu, mengopi sat, makan tengah hari sat. Begitulah. Aku dah plan dalam otak aku apa yang aku nak buat. Aku kan okay jer kalau keluar sendiri. Dah biasa. Tapi entah macam mana pagi tu. Mesej beratus masuk kat group Telegram. Ini sebab Shafika kaplanya. Duk bertanya tentang PdPR. Iyalah, orang tu belum ada pengalaman berPdPR, tiba sebab Asean Summit nie kena buat. Kelam kelibut budak tu. Kita fahamlah. Aku pula layan santai pertanyaan Shafika, soalan demi soalan sehinggalah bertitik tolak kepada pernyataan,' Saya nak pergi mengopi nie'. A single statement, which leads to many more moment.

Umpan mengena. Ada yang terperangkap. Cuba teka siapa? Norazlina Tajuddin. Tulah, siapa suruh pm tepi kan. Sudah terlambat nak patah balik. Siapa suruh tanya nak mengopi di mana kan. 

------------------------------

Tapi, cerita sini belum habis lagi. Aku tak sempat nak update hari tu dan mood aku pun ke laut. Tulah, sepatutnya habiskan terus hari tu taip. Begitulah. 

Dan tiada siapa sangka yang pertemuan ini akan pergi sejauh ini. Sedalam ini perbualan kami tentang apa yang kami rasakan dalam konteks pekerjaan dan persahabatan. 

Ya, ini kali kedua kami keluar bersama. Dan ada pertemuan kali ketiga seterusnya. Dalam jarak yang dekat. Hampir 7 tahun kenal ya. Baru tiga kali keluar berdua bersama. Biasa bertiga dengan Shafika dan berkumpulan dengan yang lain.

Tidak juga aku menduga selepas pertemuan kali ketiga, air mata ku tumpah menanggung beratnya perasaan bila mana kau melihat titik terendah seorang sahabat. Setiap kali baca perbualan walau cuma di Telegram, setiap kali itu jiwa ini bersedih. 

Ya Rabb, ujian apa ini.

Akan ku coretkan bila hati ku tenang dan kuat untuk menoktah setiap bait patah perkataan.

16.5.25

Deep Attachment, somehow.

How to start eh. Benda nie aku dah fikir banyak kali. Sebenarnya aku takut kalau aku deeply attach dengan seseorang. Aku takut kalau aku dah attach dengan orang tu, lepas tu kalau orang tu jauh dari aku macam mana. Aku susah nak rapat atau open up dengan seseorang. Baik zaman aku sekolah dulu, aku tak rapat sangat dengan orang. Nak kata ada BFF tu tak ada. Tapi zaman sekolah tu aku lalui macam biasa. Ada jer kawan, tapi rapat sangat tu tak adalah. Bila dekat universiti, aku seriously seronok dengan kehidupan aku. Aku terokai duniar luar. Pendek kata aku totally had fun masa zaman university. Aku ada orang yang aku boleh kata ke hulur ke hilir sekali. Aku tak sedar yang lepas habis belajar nanti masing masing bawa haluan sendiri. Masa tu aku tak faham. Rindu juga. Tapi move on. Lepas tu mulalah kehidupan bekerjaya. Seronok juga masa nie. Sebab aku dah faham yang tak semua akan 'stay' dengan kita. Satu tahap, aku kena keluar dari comfort zone. Aku resign dari kerja tadika. Aku pun tak tahu macam mana aku ada keberanian macam tu. Mungkin sebab aku nak asah balik skill Bahasa Arab aku. Jadi, aku tekad. Aku tak fikir macam mana aku akan lalui kehidupan tanpa kawan sekerja yang sudah biasa dengan aku. Aku dapat kerja baru. Aku jumpa orang baru. Aku teruskan kehidupan macam biasa sehinggalah aku dapat tawaran kerja dengan SPP. Ke sebab tempoh masa antara satu tu tak lama. Jadi, aku tak sempat nak rasa overly attach ke atau yang seangkatan dengannya.

Bila aku dah start posting sini, dah hampir masuk tahun ke-7 kat TGS nie. Aku dah banyak menyaksikan perpisahan demi kebaikan. Dan aku wonder, bagaimana mereka melalui proses itu. Untuk bermula dari bawah semula. Benda nie buat aku tertanya tanya lagi lepas aku balik dari outing petang tadi.

Lepas balik sekolah tengah hari tadi, Kak Lina, Shafika dan aku pergi cari baju korporat untuk Shafika. Esok nak pakai masa mesyuarat PIBG. Masa makan-makan tunggu baju tu, kitaorang borak borak pasal sekolah sikit, pasal keadaan persekitaran sekolah yang mengelirukan dan juga pasal pindah sekolah. 

Kak Lina cakap, kalau sekolah terus begini toksidnya mungkin Kak Lina akan pindah sekolah, tapi bukan tahun inilah sebab nak habiskan sesi terlebih dahulu. Kak Lina cakap, dia sanggup bermula dari bawah lagi. To restart dan refresh new life. Aku pula macam kalau Kak Lina pindah aku nak teruskan hidup macam mana. Ke sebab aku dah terdeep attachment sejak dua menjak nie. Kak Lina, Husna, Suhaila dan Shafika adalah sumber kekuatan aku kat sekolah tu. Aku gembira dengan mereka, aku seronok hadir ke sekolah. Jumpa mereka, jumpa murid-murid. Yang tak seronok sekarang, environment sekolah yang kian parah. Nampak luar macam okay. Bila disuluh ke dasar, macam-macam hal yang berlaku. 

Dan aku tak sanggup nak hadap satu lagi perpisahan. Ke sebab tempoh masa yang lama membuatkan aku takut kehilangan. Macam aku takut kalau aku hilang keluarga. Tapi aku kena waras. Yang tak selamanya mereka akan berada di sisi kita. Peritnya kalau kita berpisah, kita mungkin bukan lagi seperti dulu sebab kita tidak selalu berada di sisi mereka. Macam aku dan Ain. Bila dah jarang jumpa, hubungan tu automatik akan renggang juga akhirnya. Spark tu akan hilang. Entahlah. Ke patut aku jarakan diri. Entahlah. Bagaimana ya? Sama ada terus bertahan atau berlalu pergi. 

Apa yang namanya sahabat, moga kita bertemu dan bersatu di syurga-Nya.
Moga yang baik-baik untuk kita semua.

14.5.25

Only her, my everything.

Tarik nafas, hembus nafas. First time nak tulis dekat sini. Sebab sebelum nie tak pernah nak luah dekat mana-mana platform hatta kepada kawan-kawan terdekat sendiri. Dan tak semua tahu sisi ini. Terlalu peribadi untuk dikongsikan. My worst nightmare, yang mana aku harap takkan berulang lagi. Aku fikir aku sudah bebas, tapi rupanya ada. Cuma belum meletup kalau bukan tiba masa.

Mak aku. Aku tak pernah cerita satu sisi perihal mak aku, Aku ingat mak okay sebenarnya dan akan okay. Tapi mak rupanya sembuh dalam pendam. Bagaimana? Nak taip nie pun tangan tak lekang dari menyapu air mata. Bagaimana harus bermula satu aksara penceritaan jika tak henti titisan mutiara jernih? Sakit nak luah. 

Minggu lepas masa hari pekerja, adik aku Rabiatul balik kampung. Ada urusan nak diselesaikan. Balik untuk tempoh beberapa hari, sampai selasa. Okaylah kan. Aku pun ada minta tolong dia juga settlekan hal aku. Dalam tempoh tu, dua tiga hari mak aku macam tak okay. Mak kata baru kebah daripada demam. Fahamlah. But, her mind is not in a good health. Cakap benda yang tak betul, merapu bukan-bukan. Yang pasti bukan mak aku macam sebelum nie. Ada satu malam isnin tu, Rabiatul called pukul 2.00 pagi. Of course aku tak angkat, sebab my phone is always in silence mode. Mak aku rupanya meracau pagi tu. Tapi, sekejap. Dalam 10 minit macam tu. But, it was definitely our wake up call, signal that telling us our mom was not totally okay.  Kalau ikut apa yang kami ingat, kira ini kali ketiga. 

The first one was the harderst. Masa tu aku sekolah lagi, Muhammad kecik lagi. Masa tu bulan puasa, kejadian berlaku waktu sahur. Mak goreng ayam. Tapi ayam tu tak masak sangat. Gaul makan dengan nasi letak kicap. Masa tu juga mak dah start cakap pelik-pelik. Kami adik beradik takut sangat waktu tu. Ayah kerja masa tu. Kakak aku cakap masuk bilik. Kunci pintu. Kakak aku keluar daripada jendela bilik tu, berlari beritahu mak saudara aku yang duduk bersebelahan dengan rumah kami. Lepas tu semua ayah balik. Ayah uruskan apa yang patut. Tahun tu aku rasa tahun 2005 ke atas. Abang aku masa tu belajar dekat IKM, Melaka tak silap. Ingat lagi masa mak aku tak sihat tu, semua kena urus macam mak aku baby. Pernah aku nak suap mak aku makan, tapi ditepisnya nasi tu. Habis berterabur. Sambil kutip nasi, sambil sapu air mata. Tak sanggup tengok mak dalam kondisi macam tu. Lama mak macam tu. Macam macam kaedah rawatan kami guna. Cuma satu jer, kami tak bawa mak pergi klinik untuk buat rawatan. Kesihatan mental waktu tu tabo. Takkan aku tergamak nak cakap yang mak aku gila kan? Aku pun kurang pendedahan dengan mental health tika itu. Aku cuma ikut dan patuh apa yang orang tua suruh buat.  After all, mak aku okay. Evertyhing just back to normal. Walaupun masa tu aku rasa mak aku bukan yang macam sebelum ini. She just slowly getting her self back. Dan aku dah tak harap benda ini akan berlaku lagi.

However, thing just happened long after that. Second time. Masa nie aku dah belajar kat universiti. Masa tu cuti penggal. Jadi, aku kerja buat side income dengan Ain. Buat biskut raya masa nie. Lebih kurang waktu nak dekat puasa juga. Waktu nie juga dah nak dekat pilihan raya. Ayah called. Minta berhenti kerja daripada kilang biskut sebab mak tak sihat. On the spot aku aku berhenti kerja. Ain datang hantar aku dengan kereta. Dapatlah duit 700 ringgit. Tauke aku masa tu mak saudara Hikmah juga. Sayang juga nak berhenti, sebab masa tu best kerja buat biskut rasa. Tapi sayang aku pada mak aku tetaplah melangit. Aku tak ingat macam mana aku lalui fasa selepas itu. Yang pasti semua kembali okay. Kehidupan kami kembali normal. Aku fikir sampai situ sahaja. Rupanya...

Thing happened for the third time. Tahun ini, 2025. Tahun yang mana mental health dah jadi kalis. Tahun yang mana semua orang dah aware sebenarnya berkaitan masalah kesihatan mental. Tetap juga begitu, aku rasa useless. Sebab aku tak boleh buat apa. Aku duduk jauh nun beratus kilometer. Aku tak ada lesen kereta untuk bawa mak aku pergi klinik diagnos apa masalah yang membuku di hati dan minda mak aku dan aku tak ada support sistem yang kuat. Ayah aku okay jer nak bawa mak aku pergi klinik, kakak aku, Rabiatul okay jer. Tapi abang aku, adik beradik mak aku tak nak bawa pergi klinik. Guna alternatif perubatan Islam sahaja. Ya, aku tak nafikan. Tapi takkan nak biar mak aku terus macam tu. Aku rasa paling useless, sebab aku tak boleh buat apa apa. Aku tak boleh nak mohon cuti. Aku tak boleh buat apa-apa.  Cuti Hari Wesak semua orang berebut nak beli tiket balik kampung. Aku beli tiket balik kampung pagi sabtu, datang KL balik hari ahad malam. Aku Tak sampai 48 jam keberadaan aku di rumah. 

Malam tu, mak terjaga pukul 2 pagi juga nacam tu lebih kurang. Ayah kejut aku untuk tengokkan keadaan mak aku sementara ayah pergi tandas. Aku baring sebelah mak aku, aku peluk mak aku. Aku usap belakang mak aku sampai aku rasa pipi mak aku hangat. Betapa berat beban mak aku tanggung. Aku baca doa syifa' slow slow dekat mak aku. Aku hafal doa tu. Ya Tuhan, tak kuat untuk aku lalui semua ini. 

Pagi tu, aku masak nasi goreng ikan. Aku goreng kerepok. Aku buatkan air teh o panas. Mak makan sampai licin pinggan tu. Mak cakap sedap. Pandai aku masak. Membunga hati aku, kembang setaman tika tu. Rutin mak aku memang banyak membaca al-Quran. Mak cakap nak khatam al-Quran sebelum musim haji berakhir. Petang tu aku dah cadang nak potong kuku mak aku. Tapi mak lagi cepat bertindak. Mak minta aku potong kuku dia. Sambil potong kuku, sambil aku belek jari jemari tua itu. Jari jemari yang sudah lama tidak aku usap dan belai. Kalau salam, cium tangan sebelum nie tidaklah aku perhati sejauh itu. Dalam aku tarik nafas. Jiwa aku sebak. Air mata aku hampir tumpah. Aku potong lagi kuku kaki mak. Lagi sebak. Besarnya jasa mak nak besarkan anak-anak. Tanpa sedar, dalam kita mendewasa, mak makin meniti usia. Lepas tu mak meracau lagi. Aku dengan mak berdua sahaja, Ayah pergi urus lembu lembu semua tu. Aku biarkan mak aku lepaskan segalanya, Aku tak lari. Aku baring sebelah mak aku. Aku usap paha ak maku yang tengah duduk, Aku baca seberapa boleh doa syifa, penuh sandaran dan pengharapan yang tebal. Kuatkan kami ya Allah dalam melalui ujian getir mu ini ya Allah. 

Sumpah, aku tak nak balik KL malam tu. Aku nak stay dengan mak. Aku tak nak balik. Apa daya aku kan. Antara dua amanah dan tanggungjawab, antara harus memilih dan melepaskan walau sakit untuk ditelan.

Mak, you are my everything. Mak kena kuat untuk semua hal ini. Mak, sayang mak. Orang sayang mak sangat-sangat!!!!!

4.5.25

Diakhirnya kita mendewasa dengan luka.

Nak dijadikan cerita, semalam hari sabtu, kami bertiga Kak Lina, Suhaila dan aku memenuhi jemputan aqiqah Iman Adelia di Melaka. Shafika kata kali nie tak boleh tak datang, sebab tarikh sebelum nie cancel sebab Kak Lina dan aku ada perkhemahan badan beruniform. Aku okay jer. Sebab aku pun tunggu driver. Hahah. Kalau driver kata okay, aku turuti sahaja. Dasar tak ada lesen kereta. Well. Aku masih lagi nak jadi passenger princess. Nasib baik juga pagi tu Suhaila buat keputusan nekad untuk join kitaorang. Suhaila nie. Jadi, bertolaklah kami ke sana. Jalan macam biasa, banyak kereta. Pemanduan okay, level sederhana janji sampai. Awalnya Kak Lina drive. Sampai RnR, baru Suhaila pula drive. Aku tukang tengok gelagat mereka berdua. Suhaila passed test drive kat Melaka. Yuhuuuu.

Kitaorang sampai terus makan, lepas tu kenyang. Lepas tu tunggu Husna. Lepas tu aku makan balik. Hahah. Dua kali aku makan. Lauk pauk dia mesra braces, buat gigi aku tak sakit nak makan. Sedapnya lahai. Sesi ini boleh jadi mini reunion. Hahah. Lengkaplah geng kitaorang kecuali Kak Dayah. Hahah. Mungkin nielah yang kakak aku rasa hari tu, borak 3 jam kat kenduri kahwin tak cukup tu. Sebab kalau dah jumpa, banyak cerita yang nak dikongsi. Betulah tu. 

Petang tu, lepas balik dari majlis tu kitaorang bertiga solat jamak di Masjid Selat. Tandas dia nun jauh. Kalau dah ambil wuduk tu silap boleh batal balik. Hahah. Kitaorang tukar baju siap siap semua, sebab lepas tu nak pergi melawat tempat lain pula. Haha. Dari Masjid Selat ke Pantai Puteri. Syok lepak kat pantai walaupun singgah sekejap. Dengar deruan ombak, merenung jauh. Best! 

Lepas tu kitaorang pergi pula melawat muzium Cheng Ho tu. Besar juga dalam muzium tu. Lama jugalah kitaorang duduk tawaf kat situ dan baca apa yang patut sambil fefeeling jadi budak pandai sejarah. Hahaha. Sejam juga kot, Lepas tu nak balik ke tempat kereta tu lawak gila. Sebab parking depan kedai orang. Orang tu pula kata pukul 5 jer boleh parking. Haha. Bila dah lebih pukul 5 tu mulalah berlari. Mula mula keluar dari muzium tu slow lagi jalan. Last last mencicit lari, Hahah. Sumpah kelakar rasa moment tu. Segelabah itu Kak Lina dan Suhaila masing-masing. Dan dari niat nak beli kuih keria antarabangsa tu tinggal niat jer sebab semua orang malas nak beratur. Hahaha. 

So far berapa rate aku untuk trip kali ini? Hurm, beyond words. Infinity. Aku seronok keluar dengan mereka. Dah banyak trip kitaorang keluar sekali. Ini kali ke-enam kot. Kalau kita nak kenal siapa kawan kita, kita kena bermusafir sekali. Kalau lulus permusafiran yang pertama, akan ada lagi yang kedua dan ketiga. Alhamdulillah. Moga Allah jaga dan lindungi semua hal ini. 

Dan masa perjalanan pulang ke Kuala Lumpur malam tu, a deep talk conversation happened. Just like that. Bagaimana Suhaila mendewasa dan bagaimana jiwa kami melalui hari-hari mendatang. Sampai satu noktah, Kak Lina kata, "dan diakhirnya kita mendewasa dengan luka.". Suhaila post dalam Thread pagi tadi. Bagaimana harus kita jalani hidup ini. I told my sister about this and she replied,"luka oleh orang yang paling kita sayangi.". Somehow, it feels heavy. Bagaimana untuk menyembuh dari semua hal ini sedang jiwa ada luka yang paling dalam.

27.4.25

Jangan pernah berhenti rasa.

Untuk suatu ketika, setelah badai berlalu pergi, aku rasa tenang. Tenang sebab segala yang membuku di hati dilepaskan. Tenang sebab aku dah tak overthinking pasal benda yang menyaratkan fikiran.

Untuk satu perhubungan, kejujuran dan kepercayaan sangat mustahak. Aku tak lalui lagi fasa aku bercinta, berkahwin dan semua itu. Tahap aku sekarang fasa persahabatan. Salah pilih kawan, boleh rosak aku. Sebab tu aku sangat memilih dengan siapa yang ingin aku berkawan. Once aku considered sahabat, aku akan letak di tempat yang paling istimewa. But once broken, considered gone. Itu yang paling aku takut.

Moga Allah jaga persahabatan ku semua, jaga sahabat-sahabat ku sampai kami bertemu lagi sekali di Syurga-Mu.

-------------------------

Muhammad masih lagi kuat untuk meneruskan Palapes. Masih belum membuat keputusan atau mungkin jalani sahaja hari mendatang sehingga tempoh tertentu. Apa pun, akan ku dokong. Akan ku cuba menjadi 'support system' untuk setiap detik dan waktu.

Jangan pernah berhenti rasa. 

Macam banyak nak luah, tapi...

Kali terakhir login untuk menulis bulan 5 yang lepas. Dan sekarang 2 Ogos 2026. Antara banyak nak tulis di sini, atau nak tulis dalam buku y...